18 Dis 2013

Konon Tak Guna Pendekatan Populis, Najib Berbohong Taraf 5 Bintang


Najib, mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13?

KUALA LUMPUR 17 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional.

Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah ‘mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat’.


“Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini,” kata pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan.

Lima belas lebuh raya kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.

Justeru kata Azan, kenaikan ini telah menjadi merupakan tradisi dan kebiasaan kerajaan Umno-BN.

“Setiap kali selepas pilihan raya kita akan lihat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia seolah-olah satu tradisi.

“Bagi Umno pilihan raya bukanlah satu mandat yang diperoleh daripada rakyat. Tetapi mereka melihat pilihan raya merupakan satu peringkat untuk menyusun dan merangka semula kenaikan harga barang ke peringkat seterusnya,


“Mereka seolah-olah berpuasa sebelum pilihan raya. Selepas menang pilihan raya mereka beraya dan meraikan kemenangan.

“Ketika itu rakyat dilupakan. Budaya begini berterusan untuk pilihan raya akan datang jika Umno terus memerintah,” katanya. -KD

SEKARANG Najib kata, 'saya tak guna pendekatan POPULIS'


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan ekonomi negara.

Beliau berkata kerajaan perlu memastikan pendapatan negara terus bertambah dan berkembang sebelum memutuskan untuk memberi 'janji-janji manis' kepada rakyat.

"Realiti ini, saya percaya, anda semua sedar. Sebab itulah cara kita mentadbir negara mestilah cara berhemah, cara kita bukan cara populis.

"Saya boleh jadi perdana menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta," katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Najib berkata untuk itu kerajaan sentiasa memastikan setiap dana yang dikeluarkan dilakukan dengan berhemah bagi memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi pendapatan negara.

Katanya kerajaan tidak mahu sehingga terpaksa meminjam daripada institusi kewangan bagi melicinkan urusan pentadbiran, termasuk membayar gaji penjawat awam, kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga 'resipi' yang boleh membawa musibah besar kepada seluruh rakyat.

Justeru, kata Najib, masyarakat, khususnya penjawat awam seharusnya tidak mudah termakan dengan janji-janji mengenai penjimatan hutang negara atau penurunan harga minyak yang dijanjikan puak-puak tertentu, tanpa memperjelaskan punca kewangan yang akan digunakan untuk menampung pengurangan berkenaan.

Dalam pada itu, Najib menyeru setiap penjawat awam supaya melayan rakyat dengan baik kerana sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, tindakan yang dilakukan akan menjadi cerminan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau penjawat awam bekerja dengan baik, molek, beramah mesra, bersopan tapi berkesan dan tegas, maka pandangan dan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan juga akan kian meningkat," katanya.
- Bernama


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puak2 ni dh dpt agak akan kalah dlm pru14 akan dtg. jd kenalah menyimpan dr skrg, masuk poket selagi boley. al-maklum selepas kekalahan pru14 nnti diorg dh bercadang utk migrate ke luar negara..byk pakai duit tu.

Tanpa Nama berkata...

bertaraf gred A+

Tanpa Nama berkata...

Bro najib i nak katakan pd lu, lu jangan berlawak mahupun practice berlawak utk join maharaja lawak thn 2014 kecuali lu resign dan buat election semula dgn campurtangan rakyat.

We all tak yakin lu punya cara kerja beb yg alah flip flops alias selipar jepun. Sebab lu punya perangai macam selipar jepun sekejap lu pakai, sekejap lu buka lepas tu pakai balik lagi. Macam itu juga lu buat janji dan buat keputusan beb. Mengalah rakyat jepun dan pm jepun yg terkenal dgn selipar jepun beb.

Walaupun rakyat jepun hanya pakai selipar jepun shj, tapi perangai diaorg bukan macam selipar jepun beb sebab kalau diaorg sudah buat keputusan A maka diaorg akn teruskan shj sampai ada result. Kalau gagal immidietly resign 24 jam sebagai rasa tangungjawab.

Rakyat malaysia especially umat melayu perangai diaorg macam kepala kantornya juga, perangai selipar jepun. sebab itu BN blh menang thank to tis umat melayu dengan backup dari bangla, filipino, mat indon dll.

Tanpa Nama berkata...

hooiii najib..apa yg keluar dari mulut kau tu pun dah nampak yang kau dan kerajaan UMNO/BN tu kaki penipu...pembohong....udohlah...jgnlah nak merendahkan pemikiran rakyat sekarang yg penuh dgn maklumat......mmg dasar penyamunnnnnnn.....hihihihihi

WarFitnah berkata...

Kau jawab laa nanti depan ALLAH wahai Najib.....terketar-ketar, dah takde Gani Patail dan KPN yang akan tolong kau nanti.....sesen duit rakyat kau makan, kayu api neraka lah yang selayaknya engkau jadi nanti.....kesian aku tengok pemerintah islam sekarang, dah laa lupa ALLAH, kewajipan dan amanah untuk rakyat diabaikan dan ditindas dengan pelbagai kenaikkan harga barangan keperluan asas rakyat....wahai !!! penyokong2 UMNO, korang tak rasa bersalah kerana memilih pemimpin serupa FIRAUN ini??? jawab lah kalau korang rasa korang berani!!! pilih punya pilih korang jugak yg kena bayar lebih, bodoh bin bahalul punya UMNO.

Andre Irwan berkata...

Najib tidak bohong, dia hanya tidak bercakap benar.
Mana mungkin PM Malaysia bercakap bohong, dia hanya tidak bercakap benar.
Mana mungkin Menteri di Malaysia bercakap bohong, depa hanya tidak bercakap benar.
Bercakap bohong adalah salah manakala bercakap benar lagi membawa padah terutama bagi penjawat awam. Jadi kebanyakan penjawat awam tidak bercakap benar kerana ketua depa suka dengar cerita-cerita yang sedap didengar telinga saja walaupun tidak benar.
Bila dah biasa dengan percakapan tidak benar, maka ianya seolah-olah benar. Jadi mana mungkin depa berbohong. Kan depa dah biasa dengan hal yang tidak benar.

Tanpa Nama berkata...

Mereka smua tak suka bercakap bohong...tetapi mereka suka berdusta saja....mereka berjanji tetapi mereka mengingkari..itu lah sifat2 mereka.

Tanpa Nama berkata...

Cakap Najib tu ada betulnya - kerajaan tak pandai tipu rakyat.Soalnya: Kerajaan macam mana? Kalau kerajaan UMNO/BN memang selalu tipu rakyat.Bukan sahaja kerajaan UMNO/BN tipu rakyat tapi 2 PMnya adalah kaki pembohong - Mahathir Kutty dah Najib.Kalau PM kaki temberang yg dibawah dan yg dipimpin pun akan lebih temberang.