6 Dis 2013

Dia Ingat Duit BR1M Mak Bapak Dia Punya!


Seorang lagi pemimpin “cap ayam” dalam Umno – Shahbudin Husin

Seorang pemimpin Umno Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung Umno petang semalam mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong Umno serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR.

Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan kerajaan itu.

"Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju.

Ternampak bahawa dengan melontarkan idea sedemikian, Shafei masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan.


Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650.

Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung Umno atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai.

Sekiranya bantuan BR1M hanya ingin diberikan kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, maka seharusnya mulai tahun depan wang rakyat atau pembayar cukai tidak lagi digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya gunakanlah wang Umno atau wang daripada poket Najib.

Selagi wang pembayar cukai yang digunakan, adalah cadangan yang tidak masuk akal jika hanya penyokong Umno dan BN saja yang layak menerima bantuan BR1M itu.

Kalau pun juga BR1M hanya mahu diberikan dengan menggunakan wang pembayar cukai tetapi hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN saja, seharusnya kerajaan juga mengecualikan penyokong PR daripada membayar cukai kepada kerajaan. Malah cukai GST yang mahu diperkenalkan tahun 2015 nanti hanya dikenakan kepada penyokong Umno dan BN saja.

Jika itu dapat dilakukan, barulah layak hanya penyokong Umno dan BN saja yang diberikan BR1M sepertimana cadangan Shafei itu. Dengan masih ada pemimpin Umno yang berfikiran sedemikian, ia tidak lain hanya menambahkan gelak ketawa rakyat terhadap mentaliti dan kualiti pemimpin dalam Umno sekarang ini. Setelah sebelum ini kita dihidangkan dengan kenyataan pemimpin Umno yang meminta rakyat jangan makan ayam kerana harganya sudah naik, tanam sayur di belakang rumah kerana harga sayur makin mahal, duduk dalam hutan jika tidak setuju dengan sistem pilihan raya dan pelbagai lagi, gesaan terbaru daripada seorang lagi pemimpin Umno yang meminta BR1M hanya diberi kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, tidak lebih sebagai bukti bahawa betapa ramainya pemimpin "cap ayam" di dalam parti itu.

Dengan Najib sendiri mengakui bahawa PRU14 makin sengit dan mencabar berbanding PRU13 lalu, terserlahnya satu demi satu pemimpin yang berkualiti "cap ayam" dalam Umno, mudah-mudahan akan memberi lebih kesedaran kepada rakyat untuk terus membuat perubahan dalam pilihan raya nanti.

Jika tidak, kita akan terus mendengar kenyataan-kenyataan pelik, aneh, tidak masuk akal dan gila selepas ini. – shahbudindotcom

ULASAN GB

Apa yang sdra Shahbudin sampaikan itu sudah cukup jelas dan terang. Wang BR1M yang digunakan adalah wang seluruh rakyat Malaysia, bukan wang Najib, bukan wang UMNO/BN.

Perwakilan UMNI itu sangka wang itu mak bapak UMNO yang punya. Dr.Maza sudah ulas sebelum ini:-


14 ulasan:

Unknown berkata...

Bapak dan tok nenek dia bayar cukai dari kubo kot!
Chukai pungut dari semua tiada kecuali melainkan Melayu yang pendapatan kurang RM1500 tetapi nak tahan BR1M bagai sialan sekular aje!
Moh kita JANGAN BAYAR CUKAI sementara UbaruAMNO dan Najib berkuasa!
Macam mana? Bawaklah ke Mahkamah!

Tanpa Nama berkata...

releks, xmau gaduh2.. ini kelajaan mmg cukup pandai ma, kluar wang 1.6 juta boley untun 140 juta. ini org manyak pandai lor.. gua pikir aa kelajaan ada patut panggil kpop tiap2 bulan dtg sini nyanyi. balu kluar satu tahun 19.2 juta nanti dpt masyuk 1,680 juta. ini safie punya kes, dia sulah tarak jd setpol sama najib lg. itu pasal manyak celaru dia punya pikiran. kita semua patut kasi ampun sama dia..

Tanpa Nama berkata...

Bro, xdak yg kecuali.. miskin ke, iban ke, hobo ke, ateis ke..Slagi bernyawa semua rakyat mnyumbang kpd hasil negara..

Tanpa Nama berkata...

What a moron. Luckily he lost in the last general election.

Tanpa Nama berkata...

Org bodoh dan tonggong mcm ni la yg umno perlu tendang msk kandang babi.Gunalah kepala otak bila nk buat statement.walaupun gua sokong umno tp tak akan mengikut pemimpin yg lbh bodoh drpd kita.so umno wake up!Pilih pemimpin yg intelek sikit.

Tanpa Nama berkata...

Siapakah boleh menyelamatkan kami Dari tangan golongan yang begitu berbangga Sangat dengan rasuah secara terbuka? Siapa? Adakah "god" membenarkan rasuah?

Tanpa Nama berkata...

Shafee Abdullah ni yg kalah teruk kad Wangsa Maju diPRU yg lalu.Dia guna gelaran Dr.walau pun tak pernah jijak kaki dimana-mana universiti.Tak heiran Dr Bangang ni buat kenyataan macam orang terencat akal sebab banyak habis duit masa jadi calun tempoh hari.Dia fikir wang BRIM tu dato dia dari Pahang yg kasi.Nasib baik kalah kalau dia menang tak tau apa dia nak cakap diParlimen.Sejenis dengan Kinabatangan.

Tanpa Nama berkata...

Bukan lagi cap ayam... tapi dah CAP TAHI AYAM!

Unknown berkata...

Hantu raya spesis macam tu lah yg banyak mendera melayu islam di kelantan

Tanpa Nama berkata...

Kalau awal2 dia cakap duit tu untuk orang bn, memang aku tak ambik duit tu.
pasal dia kata duit tu untuk rakyat, tu yang aku ambik tu....memang lah aku tak banyak duit, tapi aku bukan lah kebulur sangat dengan duit tu..

Tanpa Nama berkata...

Hebatnye, UMBONGOK ada system utk check rakyat undi sape. hahaha. Mcm lahanat mangkuk ni. Mmg kaki jilat punggung, bercakap guna punggung. Ingat sket, BR1M tu je talian hayat UMBONGOK, dgn buat statement gila ni mcm nk sabotaj parti sendiri je? Jeng, jeng, jeng. Lingkup lah kau Shafee dgn UMBONGOK.

Tanpa Nama berkata...

Orang Kristian, budha, hindu dan sebagainya tahu juga tentang dosa pahala dalam ugama mereka tu.

Tapi mamat ni sikit pun tak terfikir pasal dosa pahala.

Wahai orang-orang UMNO ...... insaflah , kamu semua akan mati jugak. akan di soal malaikat.

Kalau kamu tak percaya ada pembalasan selepas mati, kenapa kamu duk panggil orang buat tahlil, baca yassin bila ada kematian.

Panggil k-POP pula ah bila ada kematian....

shidine didine rahman berkata...

Kebangangang dan ketahian apakah ini...
Kedendaman dan kebusukan apakah ini...
Kekinabatangan dan kehassanan malekan apakah ini...

Tanpa Nama berkata...

Ni saja nak bagi ingat kat En.Sapie Bedolah, lain kali kalu nak bagi cadangan bagi la biag berenaeh, ni apa macam tak iklas ja.

Apa En.Sapie tak malu ka? bila soal nak holog suroh pilih bulu macam orang pilih antah beraeh, tapi dalam soal kutip cukai rembat semua, dasar PENYANGAK OMNGOK.

Sepatotnya En.Sapie bagi la cadangan supaya KERAjaan Omngok kutip cukai hanya daripada penyokong Umno serta BN sahaja dan jangan kutip cukai dari penyokong PR kemudian LANTAKlah En.Sapie nak bagi kat sapa pon BRIM tuh.

Saya rasa En,Sapie ni spesis BEROK kot