13 Nov 2013

Wanita Kristian Ini Menutup Aurat & Merasai Ketenangan Yang Tak Pernah Dirasa Sebelumnya


Wanita Kelantan menutup aurat, tergerak hati saya’

KOTA BHARU: "Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya," kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.

Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan.

Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat.

"Tetapi apabila saya datang ke Kelantan dan melihat wanita Kelantan menutup kepala dan aurat sempurna, tergerak hati saya untuk melakukannya.

"Apabila saya berpakaian seperti ini saya dapat merasa suatu ketenangan yang belum pernah saya rasa,"
ujarnya yang memukau perhatian yang hadir.

Sebelum itu Dr Ramli dalam ucapannya berkata bahawa kurikulum yang digubal dan digunakan oleh Pasti mendapat pengiktirafan antara kurikulum pendidikan pra sekolah yang terbaik dalam negara.

Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' yang berusia setahun itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna hampir 50 orang kanak-kanak, pelbagai persembahan, pertandingan fesyen dan cabutan bertuah. -HD?

ULASAN GB

Mungkin pengalaman wanita Krisitian ini dapat meneggerakkan hati, bukan saja kaum hawa bukan Islam yang lain, tetapi untuk kaum hawa yang beragama Islam (yang belum menutup aurat sepenuhnya) juga, untuk mcuba menggunakan pakaian yang menutupi aurat... dan rasakan ketenangan sepertimana dialami olehnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amin alhamdullilah

Tanpa Nama berkata...

Hidayah dan kurniaan Allah...bersyukurlah kita sebagai seorang muslim jika kita mengikut syariat yg telah di tetapkan Allah. Malu lah kita kpd Allah bahawa org yg bukan muslim mendapat ketenangan dgn apa yang telah Allah kurniakan untuk hamba nya. berubah lah wanita2 yg masih tidak menutup aurat. MENUTUP AURAT ITU WAJIB.

Tanpa Nama berkata...

Moga beliau mendapat hidayah utk hijrah ke agama islam.
Sakit mata & hati gak bila melihat trend pakai tudung singkat & baju ketat wanita melayu kini.

musafirlalu berkata...

Terkenangkan seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang sukan memakai tudung sehinggakan ibunya terpaksa membeli tudung untuk anaknya. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun itu tidak lekang dengan tudung dan sentiasa memakainya kemana sahaja beliau pergi hatta jika berada dirumahnya sendiri. Menurut ibunya, anaknya itu mahu memakai tudung setelah melihat guru Pasti tempat beliau belajar yang sentiasa bertudung sehingga beliau beria-ia meminta ibunya membeli tudung untuknya. Apa yang mengharukan ialah ibunya tidak membantah dan sentiasa memakaikan anaknya bertudung setiap kali keluar atau membeli belah.

Tanpa Nama berkata...

Klau niat wanita Kristian ni ikhlas syukur tapi jgn sekali-kali percaya sgt dgn org Indon ni. Saya ni dah banyak sgt pembantu Indon. Perangai mereka sama saja. Sebenarnya ramai Indon yg beragama Kristian disini bekerja tetapi tidak pernah mengaku sebagai Kristian kerana takut tidak diterima oleh masyarakat melayu dan jika mengaku kerja hanya terhad kpd bmajikan bukan Islam sahaja. Hanya dpt tahu melalui teman2 mereka yg rapat dgn kita. Wanita ini mungkin dlm lingkungan class atasan atau medium high class jadi tak takut utk menyembunyikan agama beliau.Yg beragama Islam pulak ramai kahwin tanpa nikah dgn semua jenis bangsa dan agama dan makan semua jenis tak kira halal atau haram. Seorg pembantu saya mengaku beragama Islam dan pernah bekerja diArab Saudi, berkahwin (tanpa nikah) dgn lelaki Sarawak Kristian. Waktu bekerja pagi dan pulang petang. Jika ada ikan2 stock lama didlm peti ais dia meminta izin bawa pulang. Bila tanya utk apa, utk suami jadikan umpan tangkap biawak. Saya tanya sedap ke daging biawak, dia jawab sangat sedap. Org Indon yg dtg keMsia ni semuanya jenis sanggup melakukan apa sahaja demi wang. Hati mereka dah hitam.

BaDiN berkata...

Inilah untungnya Berketuakan Seorang Islam Yg Taat Kepada NYA.Alangkah indahnya hidup di bawah Kerajaan Islam Bila Islam Yang Memerintah Bknnya Islam Yg Diperintah.

Unknown berkata...

Maaf ya bukan nak riak, tapi saja nak kongsi pgalaman sebelum sy peluk islam. Masa kecil dulu, sy tinggal di kaw perumahan yg dekat dgn masjid, bila bunyi azan tu memang kuat tapi tak pernah pula sy rasa tensen malah sy ingat lagi sy selalu tunggu azan bunyi sebab sy nak dengar2 kalau kali ni perempuan pula yg bsuara, sy ingat lagi sy tensen kenapa tak pernah dengar perempuan yg mgalun huhu bila jiran sy yg bragama islam buat kenduri sy siap intip2, suka tengok orang pakai tudung, hinggakan sy pun tiru pakai tuala kat kepala , stiap kali nak mandi misti sy pakai tuala kat kepala, huhu akhirnya bila dah dewasa baru sy byk belajar ttg islam, akhirnya dah convert. Alhamdulillah. Sy cuma nak tegur sikap sstgh orang islam sendiri yg suka judge mualaf yg masuk islam melalui jalan pernikahan. Bukan semua mualaf tu masuk islam sebab nak kahwin dgn pasangan tu aje, bdosa sangka macam tu.

Tanpa Nama berkata...

setuju skl.agama bukan ikut bangsa..