27 Nov 2013

Malaysia Bakal Bankrap Jika BN Terus Memerintah Negara


Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.

“GST ini bukannya ‘miracle cure’, ia tidak bermakna dengan laksanakan GST negara tidak akan bankrap.

“Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST. Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap.

“Jadi, isu asas sesebuah negara bankrap bukan dengan melaksana GST, isu pokoknya adalah akibat amalan rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Pada sidang media sama, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli pula meminta Najib lebih konsisten membuat penilaian kewangan negara.

“Saya pelik, bagaimana Najib boleh katakan kita akan menghadapi masalah bankrap, sedangkan semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan betapa kukuhnya kewangan negara berbanding dengan negara lain. Ini bercanggah.

“Ahmad Maslan ketika diminta menjawab mengenai kadar hutang negara, beliau mengatakan kita tidak ada masalah, negara masih lagi kaya dan beliau sertakan senarai negara yang kononnya lebih teruk daripada Malaysia. Malaysia saja paling baik.

“Kita mahukan jawapan konsisten daripada beliau, adakah kita sedang menghampiri bankrap atau kewangan kita sememangnya kukuh? Kalau betul-betul kukuh maka tidak timbul soal pelaksanaan GST kerana mengikut Najib GST ini diperlukan apabila negara nak bankrap,” tegasnya.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula mempertikai tindakan Najib yang kononnya mahu menyelamatkan kewangan negara tapi dalam masa sama mengamalkan pembaziran dengan menggunakan wang negara dalam rangka lawatan peribadi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur baru-baru ini.

“Apa guna bercakap soal kewangan negara jika pada masa sama boleh guna jet peribadi untuk menghantar ‘First Lady’, Rosmah Mansor ke luar negara menggunakan wang negara.

“Bercakap soal pelaksanaan GST yang kononnya akan menyebabkan negara bankrap jika tidak dilaksanakan, ini tidak masuk akal kerana pada masa sama guna wang negara untuk lawatan Rosmah.

“Saya setuju dengan Tony dan Rafizi, laksana GST bukan jalan penyelesaiannya, apa yang terbaik sebenarnya adalah ‘good governance’, iaitu bagaimana menguruskan kewangan negara dengan cara yang sepatutnya,” katanya. -Roketkini


7 ulasan:

Awanama berkata...

Negara memang menuju ke arah bangkrap dari dulu lagi dan sekarang semakin terselah. Justeru, umno haramjadah ni dah mula nak salahkan rakyat....dan bukan salah cara pemerintahan yg mcm sial dan celaka ni!!! Mana kita tak bangkrap....hidup menteri2 umno dan Rosmah mcm haramjadah!!!....konon berlagak mewah dng naik jet VIP...nak tunjuklah kat dunia konon yg dia tu banyak duit.......pirahhh lah luuu!! Pi mampuslah!!! Guna duit rakyat nak berlagak pulak!! Macai2 umno haramjadah akan terus sembah dan pertahankan barang sembahan mereka ini walaupun dah cukup jelas malapetaka yg dibawa oleh puak2 umno haramjadah ni! Biar kita tertungging dan tertonggeng!!! Padan muka semua!!!

Awanama berkata...

najib cuma boley berpolitik jek. itupun pasal bapakkk dia tu PM, so adalah turun sikit bakat org tua tu pd anaknya . tapi tang bab lain, failed, ilmu satu apa pun tarak. bodoh lagi tolol. xda kelayakan dlm hal kewangan, tup tup lantik diri jd menteri kewangan. listen, listen Najib, mmg Greece ada guna pakai GST, so bila nk ckp selidik dulu, bodoh!

BaDiN berkata...

Islam hanya kosmetik pada Perlembagaan Negara dan bukannya kpd Penghayatan serta Pentadbiran Negara.
Penyokong tegar umno berpegang bahawa Umno tak salah jika Negara Muflis/Bangkrap yg bersalah adalah penjawat Awam dan tidak salah juga kpd PM,TPM,Menteri2 serta MP2nya kalau terjadi demikian pada tanggapan mereka Pemimpin Yg Bersalah seperti contoh YB Umno buat Maksiat,rasuah,salahgunakuasa yg tanggong dosanya YB itulah Kami pengundi tak salah sebab kami tak suruh pun buat perkara itu.Penyokong Fanatik BN pula kata kalau org lain jadi kerajaan pun sama shj.Puak2 ini tidak ada rasa Kebertanggongjawaban kpd harta awam/Negara/Rakyat kerana pada pengertiannya itu semua adalah hak milik Umno/Bn.Golongan inilah yang akan berterusan pangkah Dacing dan tidak kpd bukan dacing.Org Kampung,nelayan,Peneroka Felda,Org 2 Tua(Tidak Kesemuanya)sudah jadi pengikut Dajjal secara tidak sedar dan juga pengikut bapa Mertua Syawal dlm filem Ahmad Albab.
Golongan inilah yg akan menjahanamkan negara dan mendewa2kan Umno/BN sehinggakan amat takut kpd Umno/Bn lebih drpd Allah.

askar pencen berkata...

mmg pun kerajaan malaysia dah nak muflis.... hutang terlalu banyak..... peluang pekerjaan makin terhimpit bagi anak2 kita..... apa yg negara luar nak beli dari malaysia nee minyak , minyak sawit dan getah ajee.... apa yg kita hasilkan sgt utk org luar beli.... kilang2 pun kebanyakkan org luar datang melabur.... malaysia hanya negara membangun bukan negara maju... ambil contoh korea.... kapal terbesar di dunia pun depa boleh buat.... malaysia emmmm pistol pun tak boleh buat.... mcmna lah anak2 kita yg ada kelulusan ... apa kerja lah yg ada dekat malaysia nee 10 tahun akan datang

Awanama berkata...

Rosmah ni sebenarnya tak belajar ilmu alam semasa disekolah.Dia tak tau atas peta dunia, Malaysia tu sebesar mana.Negara lain lebih besar dan lebih hebat, isteri Perdana Menterinya tak berlagak macam Rosmah.First Lady umumnya digunakan oleh isteri Presiden aje.Muka tak malu nak pakai gelaran First Lady.Tak lama lagi Malaysia pasti bankrap, rakyat semua akan menanggung hutan negara.

Awanama berkata...

Bila bankrapnya Malaysia nanti, mangkuk2 hayun dan malaun umno celaka ni akan terbang keluar negara kerana di sanalah harta mereka yg dicuri dan disonglap!!yg tinggal di Malaysia ialah mak cik dan pak cik terngangga kerana negara dah tak ada apa2 pun!!! Padan muka kita semua!! Masa tu macai2 umno haramjadah masih akan kata "tak pa asalkan orang melayu memerintah"!!

Awanama berkata...

negara jiran kita indonesia,thailand,philipine dah lama mengamalkan sistem cukai gst,apa jadi kesudahan rakyat mereka,ramai yg terpaksa lari berhijrah keluar negara sbb negara mereka sudah padat tiada peluang kerja lagi,dgn sistem cukai yg lebih tinggi,harga kereta mahal,kadar faedah bank tinggi,terpaksa bayar tol dsbnya,kadar pengganguran setiap tahun meningkat,tiap hari 60 rakyat kita muflis,graduan guru tak lagi dijamin pekerjaan, doktor dan nurse mula susah ditempatkan utk posting mereka,kadar penambahan penduduk semakin bertambah setiap hari,apa akan terjadi pada kita dalam 5 tahun akan datang??/