19 Nov 2013

Hadkan Jangkahayat Kereta: Rakyat Dipaksa Beli Kereta Baru?


Setelah gagal tunai janji turun harga, hadkan pula jangka hayat kereta, dakwa Rafizi

Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan pula harga minyak dan kini akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.

"Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli, ahli Parlimen Pandan.

Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.

Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.

Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.

Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.

"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya.

Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.

Bagi beliau, cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.


Menurut Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.

"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.

"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.

"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,"katanya.

Akibatnya, dakwa beliau, harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Oleh itu kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.

Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.

Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya.

"Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan.

"Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau. -TMI


Pakatan tolak had jangka hayat, desak turun harga kereta terlebih dahulu


Pakatan Rakyat hari ini menolak rancangan pelaksanaan oleh Putrajaya untuk mengehadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.

Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP), Zairil Khir Johari menyifatkan cadangan tersebut tidak sesuai dilaksanakan ketika ini tatkala harga kereta di Malaysia masih lagi tinggi dan soal kemampuan rakyat Malaysia membeli kereta baru.

"Sebenarnya daripada segi polisi adalah baik tetapi cuma keadaan semasa ketika ini bagi saya ia tidak sepatutnya dilaksanakan.

"Hal ini disebabkan kerana harga kereta di Malaysia masih lagi tinggi dan soalnya adakah orang ramai mampu untuk membeli kereta baru jika ia dilaksanakan,"
kata Zairil ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini bagi mengulas isu tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi baru-baru ini berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat pertimbangan teliti untuk menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon mendedahkan bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli juga membuat bantahan terhadap langkah kerajaan itu sebelum ini.

Menurut Zairil, langkah tersebut dilihat bakal membebankan rakyat kerana sudah pun terpaksa berhutang lama dan kemudiaannya terpaksa berhutang lagi apabila terpaksa menuruti peraturan baru yang ingin dilaksanakan kerajaan.

"Kalau perbandingan dengan harga kereta di negara lain, kebanyakan negara dimana rakyat membeli kereta sudah habis bayar dalam tempoh dua ke tiga tahun. Malah di Filipina, paling lama pun rakyatnya membayar habis kereta yang dibeli adalah lima tahun.

"Tapi di Malaysia disebabkan harga kereta yang mahal, rakyat terpaksa berhutang selama 7 hingga 9 tahun untuk melangsaikan hutang sepenuhnya," terang pemimpin DAP itu lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar membidas langkah tersebut sebagai tidak adil kerana membebani rakyat dan sepatutnya kerajaan terlebih dahulu mengurangkan dahulu duti eksais/import serta menurunkan harga kereta terlebih dahulu sebelum melaksanakan cadangan tersebut.

"Saya fikir ini satu tindakan yang tidak adil kepada rakyat kerana cukai eksais dan import masih tinggi, harga kereta juga masih tinggi


"Kerajaan sepatutnya memikirkan tentang kemampuan rakyat terlebih dahulu kerana ini hanya membebaskan rakyat ketika harga kereta lama tidak bernilai, mereka tidak mampu untuk membeli kereta baru," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz juga menyifatkan kerajaan tidak lagi memikirkan tentang kepentingan rakyat sebaliknya mencari cara untuk menambah beban kepada rakyat sahaja.

"Kerajaan kenalah berlaku adil, sekarang ini nampaknya kerajaan nak dapatkan hasil dan pendapatan sahaja tapi bukannya berfikir untuk meringankan beban rakyat.

"Langkah ini hanya akan membebankan lagi rakyat yang sudah tersedia dibebani dengan kenaikkan kos sara hidup harian," tegasnya lagi.

Sementara itu, Rafizi juga mengulas mengenai isu sama, menyifatkannya sebagai satu lagi langkah yang akan menambah hutang isi rumah yang sudah sedia terbeban dengan peningkatan kos sara hidup seharian.

"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata hli Parlimen Pandan tersebut.

Menurut Rafizi, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.

"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.

"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.


"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus," katanya.

Akibatnya, dakwa beliau, harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Bagi Zairil, rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menggunakan kereta untuk tempoh yang lama memandangkan sistem pengangkutan awam negara yang masih lagi buruk.

Beliau sebaliknya menggesa kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di dalam negara terlebih dahulu sebelum mengambil langkah drastik untuk menghadkan jangka hayat kereta.

"Langkah tersebut dilihat tidak praktikal kerana ketika ini sistem pengangkutan awam negara masih lagi tidak baik dan menyebabkan rakyat terpaksa menggunakan kereta yang berusia lamanya untuk tugasan harian.

"Apa yang sepatutnya kerajaan buat ketika ini adalah perbaiki dahulu sistem pengangkutan negara sebelum melaksanakannya," tegas Zairil lagi.

September lalu, akhbar perniagaan mendedahkan laporan harga kereta di Malaysia antara kedua tertinggi daripada 10 negara lain di dunia jika dibandingkan dengan negara lain, merujuk kepada laporan automobil Amerika Syarikat, Jalopnik.

Jalopnik dalam laporan di webnya mendedahkan Singapura dan Malaysia berkongsi kedudukan di ranking kedua harga kereta tertinggi, diikuti negara Indonesia, Nicaragua, China, Brazil, United Kingdom, St Kitts dan Nevis, Korea Utara dan Cuba.

Malahan, Pakatan juga sebelum ini dalam manifesto semasa piliihan raya umum ke-13 turut berjanji akan menurunkan harga kereta sekiranya berjaya merampas Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional.
–TMI


11 ulasan:

abuamir berkata...

Apa menteri mabuk minum todi ke? Kalau yg bersara swasta boleh pinjam beli kereta ke? Atau kena jalan kaki sebab kereta kena lupus. Hari tu kata motor tak boleh guna lebuhraya, kini nak lupus kereta pula. Bila nak turun harga kereta?

Pegi mabuk sama itu menteri umno/bn....

Tanpa Nama berkata...

aku sokong 100000000% hadkan umur kereta kerana yg ramai pakai kete lebih 12thn juak2 amno

Tanpa Nama berkata...

What?? Saya dah selesa drive storm ke hulu ke hilir, org lain berebut beli kereta baru tapi sy selesa dengan storm sebab dah habis bayar loan, bukan nak riak tapi kereta storm sy tu biarpun dah outdated tapi still lagi cantik luar dalam bbanding kereta rakan2 sy yg baru sebab sy jaga betul2 luar dalam n selalu periksa n servis gak... tak ada niat nak jual pun tapi ramai je rakan yg call tanya bila nak jual, so kalau lulus usul ni storm dah tak laku la ya, nanti kena beli kereta baru lagi?? kereta tu liabiliti bukanya aset so kenapa nak susahkan rakyat macam ini..malangnya nasib rakyat malaysia dapat kerajaan yg tak jaga kebajikan rakyatnya..apa salahnya suruh periksa kat puspakom dulu, ni tak..dahlah harga kereta di Msia ni tinggi! Hmm mana2 yg mgundi BN tu jangan marah2 dgn cadangan ni, u deserve it.
"Sesungguhnya dosa itu atas orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih" Asy-Syuuraa : 42

Tanpa Nama berkata...

Umat melayu dan mereka guna lutut utk berfikir akn katakan begini "langkah yg baik dengan ini kadar kemalangan dpt dikurangkan". Walhal kemalangan banyak berlaku pd kereta baru dan kereta berusia tak pernah berlaku kemalangan.

Kalau umat islam dan mereka yg celik ini yg dikatakan "apa kena mengena dgn usia kereta dgn keselamatan beb. Keselamatan jln raya adalah bergantung pd sikap pemandu bukan pd usia kereta." Sebab tu i cakap tadi banyak kereta baru terlibat kemalangan kerana sikap pemandu tu sendiri dan i guarantee punya sudah ada kereta baru confirm bawa laju punya. Biasalah kereta barulah katakan.

I disini bukan nak bantah beli kereta baru tapi nak suruh org yg guna lutut utk berfikir (itu kalau diaorg mahu dengar) supaya guna balik kurniaan allah paling bernilai iaitu otak utk berfikir. So fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Inilah species HARAM JADAH yang disebut oleh NAJI(S)B.......
Dia bolehlah belanja RM2.2 juta (itu berhemah dan terendah kata ppak dan sasau) untuk api sahaj.....
Ya Allah semoga HARAM JADAH-HARAM JADAH ini dan penyokongnya semua di HARAM JADAHKAN didunia sampai akhirat.

HARAM JADAH, HARAM JADAH, HARAM JADAH

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak bodoh dan jahat bukan ameno namanye...

Macai ameno bawahan ni kebanyakkan pakai kete second melebihi usia 15 tahun pun. Tapi disebabkan dia macai...maka dia tetap sokong ameno!!

Tanpa Nama berkata...

Ambe setuju!Elok hadkan sampai 9 tahun je tp harganya turunkan 50%

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai rakyat biasa ingin mengusulkan cadangan berikut:
1. Mewajibkan pemeriksaan berkala secara percuma oleh PUSPAKOM keatas kenderaan-kenderaan yg berusia melebihi 5 tahun. Interval setiap 2 tahun. Kalau tak lulus, minta tuan kenderaan supaya memperbaiki kerosakan kenderaan mereka dan duji semula.

2. Sistem merit/demerit lesen: Setiap pemegang lesen akan dikhaskan markah setiap satu tahun, dan jika melakukan kesalahan trafik seperti melanggar lampu merah, memotong di garisan berkembar dan sebagainya, markah akan dipotong. Markah minima juga perlu dinyatakan untuk membenarkan urusan perbaharui lesen, kalau tak cukup maka perlu menduduki kursus jalanraya semula.


3. Kenderaan yang gagal dalam ujian sebanyak 3 kali perlu dihadkan radius perjalanannya.

4. Kerajaan perlu mengurangkan duti eksais dan menawarkan PWP jika ingin rakyat menukar kenderaan lama kepada kenderaan baru.

5. Memperkemaskan syarat-syarat memandu kenderaan dengan menjalankan ujian saringan terhadap pemandu.


Sekian,

Warga cakna

Tanpa Nama berkata...

Setuju mana2 mdah jadi menteri lebih 12 tahun elok je dilupuskan. Sebab merbahaya dan membawa kemudaratan kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat2 dengan cadangan kera jaan untuk menghadkan hayat kenderaan kereta. Sebab kereta keluaran tempatan dah di ketahui rakyat marhean memang tak bermutu dan berkualiti rendah, terutama kereta nasional negara memang hancuss kualiti dan ciri2 keselamatan yg macam hampeahhh!. Jadi bior rakyat@macai sahaje yg guna.kah kah kah. Minyak pulok mahal.kah kah kah.Ckit hari lagi Tol pulok naik.kah kah kah. Insuran pulok naik kah kah kah. Bior pape asalkan x bergaya. kah kah kah.Macai selamanya kuli,macai selamanya tuli ,macai selama kena buli. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

terbaik bro.. gua sokong.. aku rakyat yg terasa sangat susah selepas BN tindas rakyat