Pensyarah disiasat kerana cerca pemimpin PAS dalam kempen
Jawatankuasa Pemilihan PAS sedang membuat kajian mendalam terhadap tuduhan seorang pensyarah terhadap dua pemimpin PAS dalam satu majlis anjuran parti itu di Perak baru-baru ini.
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan itu dan setelah cukup maklumat, ia akan diserahkan lepada Lembaga Disiplin PAS untuk diambil tindakan.
Dalam majlis Liqa' Fikri (bercambahan pemikiran) anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, seorang penceramah program yang disertai ahli dan pemimpin PAS itu didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin PAS iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.
Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata kesat yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.
"Kita sedang kaji sama ada tindakan itu perlu diambil ke atas pihak penganjur atau penceramahnya. Apa-apapun, kita hanya akan siapkan laporan dan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Mutalib Embong untuk bertindak," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Selain kes di Perak itu, Jawatankuasa Pemilihan PAS juga sedang menyiasat satu poster yang dibuat terhadap calon ketua Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif.
Dalam poster yang disebar luas dalam Facebook itu, muka Zulhazmi diletakkan gambar anjing bersama muka dua lagi calon ketua pemuda iaitu Suhaizan Kayat dan Kamaruzaman Mohamad.
"Kita sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atasnya. Jika mempunyai bukti kita akan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS untuk bertindak ke atas orang berkenaan," kata Asmuni.
Selain kedua-dua kes itu, jawatankuasa yang dipimpin Asmuni itu juga menerima lima lagi aduan daripada pelbagai pihak dalam PAS yang membuat aduan tentang perjalanan kempen menjelang Muktamar PAS ke-59, 22 hingga 24 November ini.
Sebelum ini, Asmuni dalam sidang medianya menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat laporan yang mendakwa calon menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.
Ini termasuklah pelanggaran peraturan yang melibatkan persaingan tidak sihat seperti terdapatnya unsur sabotaj bagi menjatuhkan calon lain. _TMI
Kempen pemilihan Pas bermula dengan kotor
SHAH ALAM – Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan Pas bagi sesi 2013-2015 diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihannya, Asmuni Awi, sudah pun muncul kempen memburuk-burukkan calon parti itu yang dimuat naik ke dalam laman media sosial Facebook hari ini.
Menurut sumber Sinar Harian Online, kempen berbaur hasutan dan cuba menjejaskan undi calon Ketua Dewan Pemuda Pas itu menggunakan akaun ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ dengan mengubah wajah salah seorang calon yang bertanding iaitu Zulhazmi Shariff dengan gambar anjing.
Manakala dua lagi pencabar Zulhazmi seperti Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar.
Pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada perjuangan kerajaan perpaduan yang sebelum ini lantang disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.
“Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.
“Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP...maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian,” katanya.
Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah ‘kambing hitam’ kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.
“Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.
“Perlu diingatkan bukan saja hala tuju parti kita terletak di tangan para perwakilan sekalian namun kekuatan ummah atau umat Melayu Islam juga terletak kepada keputusan yang kita buat dalam muktamar ini,” katanya sambil menyifatkan satu undi kepada Suhaizan bermakna akan menghilangkan satu undi kepada Islam.
Kempen itu jelas menyalahi peraturan pemilihan Pas kali ini yang membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk beberapa garis panduan parti itu.
Antaranya ahli Pas dilarang menerbit, mengeluar, menyiar atau mengedarkan dalam sebarang bentuk kenyataan sama ada secara lisan atau bertulisan atau grafik atau karikatur dalam apa-apa medium sekalipun yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau apa jua kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mempengaruhi atau mendorong mana-mana ahli Pas supaya mencalonkan atau tidak mencalonkan atau mengundi atau tidak mengundi mana-mana ahli Pas. -SH 10 Nov 2013
ULASAN GB
Sungguh keterlaluan dan melampau batas.
Ia sekaligus menguji kewibawaan Jawatankuasa Pemilihan PAS dan Lembaga Disiplin PAS untuk mengambil tindakan ke atas pihak tersebut SEKALIPUN mereka mengaku diri mereka ulama dan pro-ulama.
Kegagalan untuk mengesan dan mengambil sebarang tindakan ke atas mereka akan menyebabkan parti akan musnah hasil dari mereka selama ini yang telah lama dilihat esu dan tidak bermaya di dalam mendisiplinkan ahli-ahli di dalam organisasi PAS.
5 ulasan:
Mana - mana parti pun mesti ada ahli yg bermasalah bukan hanya UMNO. Cuma bezanya parti munafik UMNO anggap masalah itu bukan satu masalah sebab itu masalah bukan semakin berkurang tapi bertambah.
Kalau PAS anggap masalah itu bukan satu masalah macam UMNO, i rasa baik kita buat parti Islam yg baru sebab PAS tidak ambil tindakan tegas kpd org yg bermasalah apatah lagi kaum Umat Melayu yg bersembunyi dalam PAS.
Dalam perebutan jawatan, seharusnya calon-calon memperkenalkan diri mereka dengan wawasan mereka tanpa menghentam/caci calon lain.
Tonjolkan diri anda seiring dengan wawasan anda demi kebaikan parti kan lebih baik dan lebih matang. Dengan mengaibkan calon lain tanpa wawasan sendiri telah mencerminkan diri anda yang sebenarnya dan anda memang TIDAK LAYAK duduk dalam saf kepimpinan. Tak kiralah kau ini berpendidikan tinggi atau tidak. Sahsiah dan perlakuan seseorang tidak terletak pada tinggi mana dia belajar tetapi sejauh mana dia beramal dengan hal-hal baik. Kalau asyik dok hentam orang lain, maka kelayakan pendidikannya juga dipersoalkan. Adakah ijazahnya diperoleh secara TIDAK LURUS? atau beliau sering terjebak dengan hal-hal yang "haram" yang dia sendiri tidak sedar?
Jadi adakah PAS perlukan pemimpin yang sebegini? Kita tidak perlu kepada pemimpin yang sebegini sebab ianya banyak ada dalam UMNO.
Pemimpin yang berakhlak ialah pemimpin yang mampu menilai sumbangan dan jasa orang lain dan pada masa yang sama, menonjolkan dirinya lebih baik dengan wawasan yang bernas dan efektif.
Aku berharap pemimpin PAS yang dipilih kelak janganlah sama seperti pemimpin UMNO yang ada sekarang. Depa suka bercakap bohong bila berucap. Bukan saja nampak BODOH tapi memang BODOH. Adakah kita nak jadi "BODOH" macam depa tu????? Tepuk dada tanya IMAN masing-masing. Jangan jadi seperti SILUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN, BIARKAN, BIARKAN BEGITU SAJA.
Ya, Allah swt ya Tuhanku, selamatkan mereka yang berjuang di atas jalanMu dan lindungi mereka daripada puak munafikun dan fasikun.
Kaedah tersebut halal bagi Dewan Ulama untuk "menyelamatkan" PAS.
Ibarat 10 orang berilmu punyai tafsiran yang berlainan..., sepatutnya ianya satu rahmat percambahan ilmu.., tapi sudah menjadi serangan 10 penjuru..
Amat mengecewakan dengan perkembangan terkini berkaitan pemilihan PAS.
Inilah ujian kemenangan dan juga ujian kuasa. Jika beterusan PAS akan dilihat sebagai sebuah parti politik yang sama sahaja seperti parti2 lain.
Pada saya ulama itu penting, tetapi melengkapkan ahli dengan ilmu agama dan keperibadian itu lebih penting. Inilah yang akan menjadi identiti ahli PAS (Berilmu dan berakhlak).
Usah gusar jika orang yang tidak berlatar belakang pendidikan agama berupaya menguasai ilmu agama melebihi orang yang berpendidikan agama. Itulah satu aset PAS.
Siapa pun memimpin PAS selagi meletakkan Al-Quran dan Sunnah serta berpegang teguh dengan tali Allah, Insya-Allah PAS akan terus mantap dan bergerak bersama massa. Relevan sepanjang masa.
Sudah2lah terbelit dengan isu ulama dan bukan ulama. Yang berilmu bimbinglah yang kurang ilmu.
Catat Ulasan