Ibrahim Ali bebas, akan buat rayuan esok untuk bersihkan namanya
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menghabiskan sehari di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi menjalani hukuman penjara sehari kerana menghina mahkamah.
Sebaik saja dibebaskan, Ibrahim mendakwa mahkamah salah menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas beliau kerana menghina mahkamah.
Ibrahim telah dibebaskan selepas sehari ditahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur dan dibebaskan apabila tamatnya waktu bekerja hari ini dan membayar denda RM20,000 yang dikenakan ke atas beliau.
Ibrahim menegaskan dia tidak bersalah kerana dia bukan pihak yang bertanggungjawab terhadap tulisan yang didapati menghina kehakiman itu.
Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menghina mahkamah hari ini.
Ini berikutan penyiaran satu rencana dalam laman web Perkasa oleh blogger Zainudin Salleh yang didapati merosakkan reputasi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V. T. Singham.
Singham merupakan hakim dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara juga hari ini menjatuhkan hukuman empat minggu penjara ke atas Zainuddin.
Dalam pada itu, Ibrahim akan mengemukakan rayuan esok bagi membersihkan namanya.
Ibrahim yang mengenakan kot dan berseluar hitam itu meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tepat jam 5.08 petang tadi setelah dikenakan perintah untuk berada dalam kompleks mahkamah sepanjang hari ini.
"Saya akan mengemukakan rayuan esok bagi membersihkan nama saya setelah artikel itu dipertanggungjawabkan atas nama saya sendiri.
"Artikel itu disiarkan oleh Zainudin atas nama Media Perkasa malah saya sendiri tidak mengetahui kata laluan ke blog itu. Saya anggap diri saya tidak bersalah namun saya menerima keputusan mahkamah hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa menikmati minum petang di kafeteria mahkamah.
Namun begitu, Ibrahim tidak kesal dengan penahanan sebegini kerana ia bukan perkara baru bagi beliau.
Kata Presiden Perkasa itu, dia hanya mangsa keadaan ekoran tersiarnya tulisan di dalam laman Perkasa.
"Penahanan ini bukan perkara baru bagi saya. Saya mangsa keadaan. Saya dijatuhkan hukum atas kesalahan yang saya tidak buat.
"Artikel oleh Zainudin. Mengkritik mahkamah dan hakim atas isu Anwar saman Utusan. Dia tulis dalam blog dia. Nama dia. Kemudian dia muatkan artikel itu dalam laman web Perkasa.
"Laman web itu didaftar atas nama dia sendiri. Tiada kena-mengena dengan saya. Apa pasal saya dihukum?" kata Ibrahim sambil minum teh tarik di kantin mahkamah. -TMI
klik untuk baca
6 ulasan:
Apa kesan sekiranya rayuan Alkataki tidak berjaya...
laaaaaaa..hidup lg si katak tanduk ni ye
kawe pelek peranga mung Braheng sari duo ning, oghe laeng doh mohkamoh bui bebah oghe kelek dumoh slalu suroh tok bomo repo papas siye majaa kuwong rumoh pasong tuh, mung ni pelek dok royak sukoo sedat dok dale tuh nok mitok koho lamo nok dok dale tu
Aee lagu mano mung ni Braheng, kawe pelek... ko nok pandak omo, aee mitok jaoh laawey, mogo kawe brahi saeng denge demo Braheng weh, payoh nok caghi saeng hok rupo mace menesio peranga supo ...... gapoo ...... hok lopat lopat cepuh cepuh tuh.... KATOK ko gapoo....
translate please..
Mungkin telinga i ni salah dengar, 1 hari shj kena penjara? I rasa perlu diupkan lagi kpd 20 thn penjara baru dia insaf dengan kesalahannya. 1 hari tak cukup syarat 20 thn baru cukup syarat.
Slagi katak ni bebas slagi tu akan buat kacau sb tu lah ada baik nya sumbat je katak ni dlm sel selama 20 thn dan bukannya 1 hari dan denda 20rbu.
Catat Ulasan