Sistem pesanan ringkas (SMS) ‘menyeru’ pengundi memilih PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai ‘tiket ke syurga’ sebenarnya bukan dihantar jentera pilihan raya PAS tetapi sebaliknya dihantar Barisan Nasional (BN).
Mesej terbabit yang juga mendakwa jika memilih UMNO akan menyebabkan individu itu masuk neraka jelas bertujuan menunjukkan kononnya mesej itu dihantar PAS, sekali gus memberi gambaran parti itu ekstrimis.
Taktik jentera BN untuk meraih undi secara kotor itu walaupun dapat dibaca sesetengah masyarakat tetapi masih tidak dapat dibuktikan.
Bagaimanapun taktik itu akhirnya dibuktikan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin ketika umat Islam di Malaysia bersedia menyambut tahun baru kalendar Islam, 1435 Hijrah.
Taktik itu berjaya dikesan apabila seorang anggota SAMM di Kedah menerima dua mesej berbeza dari nombor sama 019-5791297 yang diyakini dihantar jentera kempen BN.
“Mesej pertama diterima ketika kempen PRU-13 lalu dan saya percaya mereka terlupa atau menyangka tidak ada yang perasan penghantaran mesej kedua sebelum Maal Hijrah, baru-baru ini.
“Bagi telefon bimbit yang menggunakan sistem Android, setiap sms yang diterima akan menyebabkan mesej lama turut dipaparkan jika belum dipadam.
“Memang Allah ingin tunjuk apabila anggota SAMM itu tidak padamkan mesej pertama dan bila mereka hantar mesej kedua secara automatik mesej sebelum ini dipaparkan. Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
Mesej pertama yang diterima Mei lalu, berbunyi, “Ingatlah syurga neraka apabila mengundi. Undi PAS ke syurga, undi Umno ke neraka. PAS parti Allah (hizbullah), Umno parti syaitan”.
Mesej kedua yang diterima sebelum Maal Hijrah pula berbunyi “Salam. Selamat menyambut Maal Hijrah 1435H daripada Barisan Nasional “Bersatu Bersama Bergerak Ke Hadapan”.
Badrul Hisham berkata, BN sepatutnya kena fikirkan taktik lebih bijak lagi berbanding sms berbaur fitnah itu.
“Pengundi sekarang sudah cerdik, ramai yang sudah tahu taktik ini tetapi BN suka menghantar SMS melagakan ulama dalam PAS. Kaedah sama turut digunakan bagi melagakan pemimpin PAS dengan menghantar SMS pada Pilihan Raya Kecil Bukit Limau, baru-baru ini,” katanya. -tvselangor
2 ulasan:
Memang tepat dan jelas kata-kata tun m, dalam umno semua orang bodoh sahaj yang ada atau tinggal.
Ini bukti jelas budak ni tak ada CGPA langsung kot. Mat lan yang ada 3.8+ CGPA pun cakap macam budak tak pegi tadika.......
Tengoklah blogger pro umno ajak orang boikot bihon kelauran bos dia orang......
Budak-budak macam ni kena hantar pergi tadika kemas semula..... Belajar berfikir dan menyelidik....
Salah satu cara kempen yang ditunjukajar oleh kawan baik dia dari kalangan syaitan dikenali beginilah caranya. Tapi malang KALAH SEMACAM
Nak buat macamana barang sudah ketentuan tohan kata ularmak parti kengkawan setan. Ni ayat pejok hati lepaeh alah mengundi
Catat Ulasan