Petronas ke-5 dalam indeks ketelusan antarabangsa
KUALA LUMPUR - Petronas berada di tempat kelima tertinggi dalam indeks keseluruhan bagi pelaporan korporat syarikat-syarikat pasaran sedang pesat membangun di dalam kajian Ketelusan Antarabangsa (Transparency International), badan pengawasan rasuah global.
Menurut kajian baru-baru ini bertajuk "Ketelusan di dalam Pelaporan Korporat: Menilai Multinasional Pasaran Sedang Pesat Membangun", Petronas mencapai skor tertinggi untuk kategori Syarikat Tidak Tersenarai Terbaik, kata Petronas dalam satu kenyataan.
Seiring dengan dasar toleransi sifar ke atas rasuah dan sogokan, Petronas hari ini mengadakan forum separuh hari bagi membincangkan, mendapatkan pandangan dan berkongsi perspektif mengenai amalan terbaik di dalam integriti dengan pelbagai pemimpin industri, badan kerajaan dan agensi pencegah rasuah.
Program Sokongan Integriti Korporat Petronas bertemakan “Designing Corruption out of the Business Eco-system”, dianjurkan bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia.
Forum itu diadakan bersempena Hari Integriti Nasional tahunan yang akan diadakan pada 5 November, 2013.
Program itu dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. - Bernama
ULASAN GB
Setelah negara dikejutkan bahawa akaun Petronas tidak diaudit semenjak 38 tahun ditubuhkan, tiba-tiba hari ini Petronas mendakwa kononnya Petronas berada di tempat ke5 tertinggi dalam indeks kajian Ketelusan Antarabangsa (Transparency International).
Kita tak tahu Transparency International yang mana satu yang dimaksudkan oleh Petronas. Lebih-lebih meragukan (malah melucukan?)apabila Petronas mendabik dada menyatakan mereka "mencapai skor tertinggi untuk kategori Syarikat Tidak Tersenarai Terbaik".
Kita cabar Petronas untuk membuktikan kewujudan kajian tersebut, malah badan pengawasan rasuah global itu.
Nampaknya rakyat terus mahu diperbodohkan sekalipun kita kini berada di dunia ipad dan tablet...
Mentaliti pengurusan Petronas saling tak tumpah mentaliti pemimpin UMNO yang sentiasa menganggap rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan.

6 ulasan:
Jawapan i dan semua umat islam serta orang celik ialah AUTA. Tapi bagi orang bodoh dan orang beragama melayu jawapan diaorang ialah FAKTA. So u all berada pada golongan mana satu. Fikirkanlah.
Selama aku kerja kat sini, tiap2 tahun ada audit. aku pon kena audit macam2.
Mungkin artikel ni nak inform ketirisan kerajaan yang menggunakan duit PETRONAS tanpa kawalan kut..
AUTA...
Awat hang tak habag lombot satu cek ooiii
Mengkalu hang habag petronas lombot satu, kamedian hang tambah siiikiiiit lagi "DENGAN SYARAT TIDAK DIODIT" memang kena pada tempatnya.
Itu sebab mereka matian nak control semua media supaya nak spin cerita mereka terbaik.Saya dah bertahun tak layan media pro umno, Allah bagi saya akal normal alhamdulillah dapat saya beza yang mana munafik dan yang mana betul.Kalau kita subahat dengan kaum ini hati kita pun jadi buta.
Depa buat undang-undang utk sekat petronas dari diodit. Nktau tnya madet la...petronas pak dia punya
Catat Ulasan