Setelah meletup dengan kuliah agamanya, Ustaz Azhar Idrus kini berlakon filem pula yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 28 November ini.
Poster filem bertajuk "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" mula dipasang di papan utama iklan di panggung wayang di negara ini.
Filem arahan Pierre Andre itu diterbitkan oleh Metrowealth.
Turut berlakon di samping Ustaz Azhar ialah kumpulan Shiro, Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).
Filem berunsur dakwah dan pengajaran ini dikatakan "menutup aurat" sepenuhnya, iaitu salah satu syarat yang ditetapkan Ustaz Azhar.
Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu menjadi ikon anak muda apabila mereka berkongsi video kuliahnya melalui Facebook dan Youtube.
Laman Facebook beliau, Ustaz Azhar Idrus Original mendapat 1,316,942 likes, antara yang paling tinggi di Malaysia.
Buku beliau bertajuk, 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' turut mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak beberapa kali oleh penerbitnya, PTS Publication.
Bermula dengan kuliah kitab kecil-kecilan di surau sekitar Terengganu, kini kuliah Ustaz Azhar diadakan di seluruh negara dan mendapat sambutan hebat. -TMI
Tarikh Tayangan: 28 Nov 2013
Pengarah: Pierre Andre
Syarikat Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Genre: Islamik, Komedi
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan