9 Okt 2013

Apa Nama Restoran Cekik Darah, RM6,000 Untuk Sarapan Pagi Ni?


Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.


“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.

Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.

“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.

Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.

“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.

“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.

“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.

"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SH

ULASAN GB

Ada sesiapa yang tahu, yang boleh kongsikan nama restoran itu?

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai peniaga haram jadah mcm ni.. tgk org pakai kemas sikit, harga lain. Tgk org bawa kereta besar sikit, harga lain. Orang bercakap x sama dialek dgn dia, harga lain. Org mcm ni, mati lg baik.
Penguasa & pbt patut lbh banyak buat random check. X payah tunggu aduan. Cukai nak kutip, kerja, mcm2 alasan.
Susah2 sangat, ikut je cakap menteri " kalau makanan mahal, jangan makan, ambil bau saje" - meteri pun sama x cerdik

Tanpa Nama berkata...

Jangan main percaya je apa yang media tulis dan paparkan. Pergi periksa dan siasat dulu. Siapa VVIP tu? Makanan ditempah sehari sebelum atau dipesan masa nak makan? Makan di situ saja atau ada awak2 yang bungkus bawa balik lagi? Betul ke makan untuk 50 orang saja atau tempahan dibuat untuk 200 orang? Kalau setakat 50 orang makan , kemudian dapat bil pukal RM6K siapa pun tak akan buat bayaran. Melainkan ..........siasatlah lagi

Tanpa Nama berkata...

Dengar dulu cerita dari pihak restoran.... Jangan nak hukum, rombongan tu rombongan Mukris, konon tempahan untuk 200 pax, yang makan 400 pax..... Yang bungkus entah berapa..... Katanya ok boleh bayar kalau dikira +-14.00rm sekepala.... Ok lah tu.......

Tanpa Nama berkata...

Nama kedai makan ini perlu dihebahkan kepada umum supaya kita perhatin kalaulah tersampai kawasan ini dimasa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

vvip mukhriz mahadir rupanya,bukan makan untuk 50 org,tp 200 org.harap tuan kedai saman je sape yg wat cite ni,makan siap tapau skali 200 org.

waksab berkata...

Jgn percaya saja apa media siarkan...siasat dahulu dan dengarkan dari pihak sana juga..sila klik video penjelasan tuan punya Restoran..

http://youtu.be/-RSdf7RldsQ

Tanpa Nama berkata...

peniaga makan lain kali jgn bukak pintu pd pelanggan umno. biar peniaga umno sendiri yg hidangkan utk depa. lantaklah nk caj brp pun, depa boley claim, siap markup lg. huh..

gengster melayu alaf baru. berkata...

Kita perlu dengar crita dr kedua belah pihak.jgn hukum terus.itu namanya zalim.
Peniaga juga punya hak untuk d pertahankan..

mad berkata...

penjelasan isu dari tuan punya kedai >>
http://www.ekeleh.com/patutlah-restoran-di-kb-cas-rm6000-ini-penjelasannya/

Tanpa Nama berkata...

penjelasan tuanpunya kedai lansung tak munasabah dan tak masuk akal. itu sebab kena saman dengan kementerian pengguna.

bukti penipuan ialah tiada perincian dalam bil.

kedua, jika masuk tapau sekalipun 200 org, takkanlah makan sekepala sampai RM20?

Walau berlainan fahaman politik sekalipun Islam melarang keras kita untuk berlaku diskriminasi dan tidak adil.


Tanpa Nama berkata...

Dgn serba serbi dah naik, tak heran la sekali mkn kene rm 20. Ayam kampung tu pun da brape ringgit seketul. Ko sokong la parti kesayangan kau tu..kene batang hidung sendiri tau menggelupur! Bkn ke ayam mahal jgn mkn ayam..sayur mahal gi tanam sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Islam melarang kita melakukan penipuan dalam apa bentuk pun didalam berjual-beli hatta kpd bukan Islam sekalipun.

muhammad insanni berkata...

https://www.youtube.com/watch?v=-RSdf7RldsQ&feature=youtube_gdata_player

Pada pendapat saya .kita kene dgr penjelasan dari kedua belah pihak.baru boleh nilai mana yg betol mana yg salah.dgn keadaan harga barang yg meningkat naik n dgn jumlah tetamu yg dtg kedai kak yah ni saya rasa berbaloi & siap bungkus lg.kita tak boleh nk nampak salah peniaga sahaja tp cuba letak diri kita pd tmpt peniaga. :)

Tanpa Nama berkata...

dah la bayar RM6000.. siap nego minta kurang. dapat kurang RM5500 tapi nak resit RM6000... claim kat bos extra 500... betul2 hampeh.. kesian mokcik tu di malu kan satu malaya... saman balik atas kemaluan yagn diterima..

BIL RM6K : 400 MACAI UMNO MAKAN MAKANAN UNTUK 600 ORANG...!!!

http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/10/bil-rm6k-400-macai-umno-makan-makanan.html