8 Okt 2013

Tembak Tanpa Amaran, Zahid Hamidi Wajar Ditangkap

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar ditangkap kerana mahu anggota polis menembak suspek jenayah tanpa amaran.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata kenyataan Menteri Umno-BN itu merupakan satu kesalahan yang serius dibawah pelbagai Kanun Keseksaan seperti 302, 120A dan 107.

“Maknanya Menteri Dalam Negeri sendiri sedang mengarahkan ataupun mengapi-apikan polis untuk melakukan pembunuhan kerana kalau polis tembak tanpa amaran, pakai tembak sahaja suspek maknanya itu ditakrifkan sebagai pembunuhan dibawah Kanun Keseksaan,” kata Ahli Parlimen Padang Serai ini kepada TV Selangor.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap dalam satu ‘Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat’ pada hari Sabtu lalu.

Dalam majlis itu para wartawan dilaporkan dihalau keluar dan diugut oleh menteri tersebut agar tidak melaporkan kandungan ucapannya.

“Pada pendapat saya Menteri Dalam Negeri perlu ditangkap segera (kerana) meminta supaya pembunuhan dilakukan,” kata Surendran.

Mengikut undang-undang, suspek adalah orang yang disyaki melakukan jenayah. Perbezaan antara suspek dan pelaku adalah suspek tidak diketahui samada melakukan kesalahan, manakala pelaku melakukan kesalahan itu, tetapi tidak semestinya disyaki.

Tatacara penguatkuasa undang-undang yang digunapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan penggunaan senjata api adalah langkah ekstrem dan tidak boleh digunakan kecuali suspek mengancam nyawa orang lain.

Ekoran kenyataan Zahid itu, Surendren menggesa semua kes tembak sampai mati melibatkan polis dibuka untuk siasatan semula. Sebelum ini, media pernah melaporkan beberapa melibatkan anak-anak muda yang ditembak sampai mati oleh pihak berkuasa. Turut dilaporkan kes-kes rakyat Malaysia ditemui mati sewaktu dalam tahanan polis.

“Kita menyeru Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera. Satu siasatan polis yang bebas juga perlu segera dijalankan keatas kenyataan Zahid, yang dengan jelas melanggar undang-undang,” tegas Surendran. -selangorku


Kenyataan Zahid mirip gengster mafia - Hanipa


PAS menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung "kita tembak dulu", seperti dilapor Malaysiakini, sebagai tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Hanipa Maidin berkata, kenyataan Zahid itu mirip bahasa gengster atau mafia.

"Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab keluar dari seorang menteri, sepatutnya menteri tahu apa yang ingin dikatakan. Seperti kenyataan orang yang tidak bersekolah.

"Saya melihat tindakan tersebut tidak jauh bezanya dengan kumpulan gengster atau mafia, "ada bukti tembak"," jelasnya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendedahkan rakamam audio ucapan 20 minit Zahid di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka Sabtu lalu.

Dalam ucapan itu Zahid antara lain memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek jenayah ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Antara lain beliau didakwa menyebut "Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu".

Mengulas lanjut, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang juga menjelaskan, amat malang bagi rakyat negara ini apabila mempunyai seorang menteri yang bersikap ala mafia.

"Apa guna undang-undang dan mahkamah jika menteri bercakap sedemikian, tak semua mereka ditahan itu bersalah.

"Setiap kesalahan perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu barulah hukuman dijatuhkan, ini tidak, terus nak tembak," sambung beliau.

Selain itu, Zahid dalam rakaman itu juga dilapor mendakwa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undang beliau.

"Bagi saya setiap apa yang Zahid perkatakan itu tidak memcerminkan seorang menteri dan malang bagi negara ini mempunyai menteri sedemikian," kata Hanipa.
-HD


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa berani tangkap zahid ni,
Ketua Polis? Kena pecat baru tahu......
Siapa berani cerita pasal Zaid? Dia tutup surat kabar yang cerita pasal dia.....
Sapa barani dekati anak dia.... Dia tumbuk......
Tak mungkin samseng berani ganggu dia.... Dia kepala segala samseng.....
Ini dia yang dikata ONE MAN LAW MAKER.... dia control semua... Tengok jari dia, mulut dia, mata dia dan muka dia MENYAMPAH AKU.....

Tanpa Nama berkata...

Tangkap dibawah PCA

gengster melayu alaf baru. berkata...

Saya nak minta zahidi kluarkan lisen jual snjata api untuk saya agar rkyt dpt beli snjata untuk mmpertahankan diri dari tembakan polis....
...apa mcm zahidi?
..klau stuju called me sooner...

matABU berkata...

Apa tunggu lagi? Peguam-peguam Pakatan Rakyat wajar tubuhkan satu tim peguam yg mantap untuk seret Zahid Hamidi kemahkamah.Munkin polis tak berani nak siasat dan tangkap dia,tapi arahan dari mahkamah tidak boleh diabaikan.Negara ni ada perlembagaan dan undang-undang.Kalau seorang bertaraf menteri tak hormati perlembagaan dan undang-undang dia wajar dihukum.Biar jadikan kes ini satu pengajaran kepada yg pegang kuasa.

Tanpa Nama berkata...

tgk bila dia dh xda kuasa satu ari nnti. we wait and see...