Pakatan kecam Umno lindungi gangster, Zahid tak layak jadi menteri
Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Umno yang melindungi kumpulan gangster salah di sisi undang-undang hanya kerana kaitannya dengan pemimpin parti tersebut.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri".
Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.
Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu".
Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.
"Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke.
"Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno."
Naib presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid "penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya diharamkan sendiri oleh kementeriannya.
"Ini adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan."
Surendran, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, turut menggesa supaya polis menyiasat hubungan Ahmad Zahid dengan kumpulan tersebut "memandangkan mengakui beberapa ahli kumpulan tersebut adalah rakannya".
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang juga naib presiden PAS, mendesak Ahmad Zahid untuk memberikan penjelasan ke atas kenyataannya yang bertentangan sama sekali.
"Kementerian beliau sendiri keluarkan senarai kumpulan haram. Jadi dia kata halal pula sekarang?
"Ini menunjukkan apa saja yang kementerian beri kepada rakyat tidak boleh dipercayai langsung," dakwanya lagi.
Mahfuz mendakwa Umno menggunakan kumpulan Tiga Line sebagai "barisan depan" untuk menentang lawan politik mereka.
"Umno di belakang mereka. Apabila mereka mahu melakukan kerja tidak demokratik, mereka akan guna Tiga Line," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong yang memperoleh rakaman suara Ahmad Zahid itu mahu menteri tersebut meletak jawatan serta-merta.
"Kenyataan perkauman oleh menteri tersebut terhadap kaum Cina dan India adalah imej sebenar Umno," kata Khoo lagi.
"Zahid mendakwa kaum Melayu adalah mangsa sebenar mereka yang mengambil dadah dan berjudi, ini memang sudah dijangkakan kerana perhimpunan agung Umno yang bakal tiba tidak lama lagi.
"Beliau perlu menunjukkan dirinya sebagai pro-Melayu sehabis kuat untuk mendapatkan sokongan perwakilan dalam pilihan raya Umno," kata Khoo.
Khoo berjaya mendapatkan rakaman 20 minit ucapan Zahid dalam majlis itu yang diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, bertajuk Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat.
Khoo enggan mendedahkan sumber yang memberinya rakaman itu tetapi mendakwa mendengar kata-kata perkauman yang tidak masuk akal dikeluarkan oleh Ahmad Zahid.
Beliau berkata terdapat khabar angin sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kumpuan Tiga Line dikaitkan dengan Umno dan kini Zahid telah mengesahkan khabar angin ini.
"Umno menyokong budaya samseng dan mereka menggunakan taktik ini untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka.
"Tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa hanya 'wayang'," kata Khoo semasa dihubungi The Malaysian Insider hari ini. -TMI
4 ulasan:
Tak kan baru tahu bahawa UMNO tu kumpulan gangster. Yang beza antara depa dengan kumpulan lain ialah depa tu berdaftar dengan ROS. Jadi tak perlulah hairan sangat dengan kenyataan Zahid ni. Kan depa pendokong semangat perkauman. Tertubuhnya UMNO ni pun atas semangat perkauman. Sebab tu depa kurang mesra dengan Islam. Yang depa kurang mesra dengan Islam ni sebab ada larangan dalam Islam ni yang depa tak mampu ikut.
Sedarkah hangpa bahawa ramai ahli dalam UMNO makan "babi" (rasuah)? Hanya yang dok makan sekali tu yang tak nampak tapi bagi yang dok luar, memang jelas pandangan depa tu. Entah-entah depa tak sedar bahawa "babi" tu haram kot.
Bila dah banyak kali makan "babi", hati dan darah yang mengalir pun dah bertukar jadi hati "babi" dan darah "babi", otak pun dah tak boleh berfikir pada tahap tinggi. Kan babi tu BODOH. Tak caya, tanya orang Cina. Babi tu bodoh atau tidak?
Tolong siasat tengok dalam darah babi tu ada banyak oksigen tak? Mungkin itulah sebabnya babi jadi lembap. Kan otak tak dapat menerima oksigen yang banyak untuk kecergasan.
Pandai mamat ni raih undi pemilihan agung umno.. Bagi pembangkang kempen untuk dia.. Jijik tapi menguntungkan
Dari lagak, gaya dan muka memang gengster, lebih kuat & lebih hebat dari MAFIA, MAFIA diburu di USA, Latin Amerika, Italy dan mungkin Eropah....
Disini depa di OKkan.....
Chis
Malaysia sudahpun menjadi negara mafia.
Catat Ulasan