10 Okt 2013

Takkan 29 Kereta Polis Pun Jatuh Dalam Laut?

Selain menyentuh tentang kehilangan senjata, seorang pemimpin pembangkang dengan sinis turut membangkitkan tentang kehilangan kenderaan polis.

Merujuk kepada kenyataan ketua polis negara bahawa senjata polis yang hilang mungkin jatuh ke laut, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tertanya-tanya sama ada kenderaan polis yang hilang pun jatuh ke laut.

"Adakah 29 buah kenderaan polis itu juga turut ke laut perginya?" tanya Lim dalam satu kenyataan.

Katanya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak polis mengenai peralatannya yang hilang.

Laporan audit mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 44 senjatapi, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain berjumlah RM1.3 juta.

Lim berkata, menurut Ambrin, setakat ini, orang awam dimaklumkan oleh ketua polis negara dan menteri dalam negeri bahawa senjata api yang hilang itu berkemungkinan jatuh ke dalam laut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah mendakwa bahawa beliau telah menjelaskan perkara itu kepada Jabatan Audit, tetapi ini tidak dimasukkan dalam laporan itu.

Rakyat, dakwa Lim, lebih yakin bahawa ketua audit negara telah bercakap benar manakala Ahmad Zahid dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak bercakap benar.

Sehubungan itu, kata pemimpin DAP itu, kedua-dua menteri berkenaan patut meminta maaf.

Beralih kepada Ahmad Shabery, Lim bertanya: "Bagaimana beliau sanggup berbohong bahawa ada pihak swasta yang menaja RM1.6 juta yang dibayar oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa tiga kumpulan K-Pop untuk sambutan Hari Belia, sedangkan Tan Sri Ambrin memberitahu bahawa pegawai kementerian pun tidak menafikan bahawa wang tersebut datang daripada peruntukan kerajaan?"

Ahmad Shabery mengetuai Kementerian Belia dan Sukan ketika itu dan kini merupakan menteri komunikasi dan multimedia.

Menteri itu memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau bersedia memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenai isu itu dan bersedia ia disiarkan secara langsung.

Menurut Lim lagi, jika Ahmad Zahid dan Ahmad Shabery tidak memohon maaf, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah bertindak "sekiranya beliau mahu mengekalkan sebarang sisa keyakinan awam terhadap kejujuran, kemahiran dan profesionalisme menteri-menterinya". -mk

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

IGP menuduh rakyat sentiasa cuba untuk menjatuhkan maruah polis tapi ........dengan kenyataan-kenyataan yang bodoh beliau,bagaimana belaiu hendak mendapatkan sokongan dan hormat daripada rakyat ?

Polis melakukan rompakan....
Polis merogol gadis dalam lokap...
Polis pukul tahanan sampai mati ....
Polis mengugut....
Polis rasuah....
Polis melindungi kumpulan haram....
Bapa Polis merestui kumpulan haram...

mahu respect dari rakyat ? lain kali lah.....

Unknown berkata...

musibah yang menimpa polis kiranya tidak terjadi lagi

Unknown berkata...

semoga polis dapat mengatasi masalah yang dihadapi

Tanpa Nama berkata...

Bersyukor pada Allah walaupun tak dapat kuasai kerajaan namum dengan pembangkang yang kuat segala penipuan selama ini terbongkar.Pasal itu umno cukup jaga sama polis kerana mereka pun 2X5, selagi polis tak bebas cenkaman pemerintah, rasuah tak boleh hapus.Polis mesti ada badan pengawasan dari anggota pembangkang kerana jika hanya orang kerajaan jadi pengawasan banyak lah penyelewengan masih berlaku.

Andre Irwan berkata...

Harapkan pagar, pagar makan padi.
Nak orang hormat Polis semestinya Polis harus menghormati diri sendiri dulu dengan berpegang kepada semangat lencananya, "Bersih dan Cekap". Kalaulah Polis sendiri tak mampu menghormati dirinya, kenapa harus minta orang lain menghormati depa?
Penghormatan bukan diminta tapi diperolehi dengan sifat jati diri yang kental, berintegriti, berketrampilan, berdaya saing, ... dan akhirnya, mestilah nampak "BERSIH".
Bagi IGP Polis, ... maaf le. Kenyataannya sendiri memalukan dirinya sendiri. Tak perlu suara diri sebab dunia sekarang, suara tinggi tidak pun menakutkan orang lain.

abuamir berkata...

Patutlah kereta org awam yg hilang banyak yg tak dijumpai, kereta polis pun hilang tak jumpa? Ini belum kes pecah rumah yg banyak berlaku tetapi tiada siasatan atau tindakan. Sekarang kes bunuh semakin menjadi-jadi. Macam mana kata negara paling aman didunia sedangkan rakyat hidup dlm ketakutan???

Apakah negara kita akan jadi macam negara Mexico suatu hari nanti?

Tanpa Nama berkata...

dunia akhir zaman..kiamat semakin menghampiri..