Politik wang: Apa di sebalik kenyataan Saifuddin?
Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah yang bahawa "redha dengan kekalahan kerana beliau tidak mengamalkan politik wang" memberi faham yang jelas apa sebenarnya yang berlaku dalam perebutan jawatan pada pemilihan Umno.
Beliau yang juga Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, mengeluarkan kenyataan itu selepas diumumkan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh yang disandang beliau sejak 2009 lalu.
Beliau tewas dalam perebutan tiga penjuru kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.
Saifuddin memperoleh undi sebanyak 204 undi berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta seorang lagi pencabar Datuk Akbar Abu yang mendapat 188 undi.
Saifuddin melalui laman mikro Twitternya bagaimanapun berkata beliau akur dengan keputusan itu, kerana beliau telah cuba membawa budaya politik baru iaitu berkempen tanpa sogokan dan politik wang.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. Saya akur dengan keputusan perwakilan.
"Saya kalah, tapi saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya melalui akaun Twitter @saifuddinabd.
Biarpun redha, kenyataannya itu dilihat banyak pihak seperti berbaur kesal dengan sesetengah pemimpin Umno yang masih mengamalkan politik wang membeli undi perwakilan.
Kenyataan itu juga dilihat selari dengan apa yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno termasuk pada pemilihan kali ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang kepada perwakilan.
"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang.
"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur baru-baru ini. -HD
ULASAN GB
Pada tahun 2001 lagi, di dalam satu ulasan GB, di SINI, GB pernah meramalkan jangka hayat Datuk Saifuddin tidak akan lama di dalam UMNO.
Petikan:
Jikalah ramai pemimpin UMNO macam Datuk Saifuddin Abdullah ini, habis Pakatan.
Mujurlah dalam pemimpin UMNO yang ada kini hanya ada seorang sahaja pemimpin matang dan terbuka serta mungkin pula beliau merupakan baka zuriat baik yang terakhir yang UMNO ada kini - itulah Saifuddin Abdullah.
Tetapi biasanya pemimpin sebegini hayatnya di dalam UMNO tidak lama. Dia nanti akan dicemburui oleh pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang ramai itu. Qabil cukup-cukup cemburu dengan sifat baik Habil. Lalu dibunuhnya Habil. Itu kisah dari Al-Quran.
4 ulasan:
Mr. Saifuddin, if redha dengan kekalahan, please OUT dari parti Munafik UMNO kerana parti itu dah tidak boleh lagi diselamatkan ibarat dah kena kanser tahap terakhir. Kalau sudah kena kanser tahap akhir apa sahaja ubat yang diberi dah tidak boleh lagi sembuh penyakit kanser tersebut.
DON WASTE YOUR TIME AND AFFORD. KELUARLAH DAN BUATLAH PERKARA LEBIH BERFEADAH DARIPADA CUBA SELAMATKAN PARTI UMNO YANG TIDAK BOLEH DIUBAT LAGI. IF NAK BERPOLITIK JUGA JOIN MANA - MANA PARTI ASALKAN BUKAN UMNO (ABU). ABU FOREVER.
Teserlah segala keputusan yg telah di buat olih perwakilan UMNO, maka jawapan sudah kita dapat lihat lah mentaliti mereka..DULU KINI DAN SELAMA LAMA NYA....Kesian Bani Melayu,UMNO.
Renunglah perbezaan Umno Kapal Layar dengan Umno Dacing!
Saifuddin ni adalah saki baki Umno Kapal Layar dalam mana nak memilih pemimpin kena besuruh,pemimpin menghabiskan harta untuk parti,dan ahli2 sanggup larut emas hiasan untuk parti dan pejuangan.
Umno Dacing pula yang tak layak nak jadi prmbantu pejabat berebut nak jadi pemimpin negara,dapat jawatan nak kebas harta rakyat dan glamor begelar,dan segala peluang untuk kerabat dan kroni.
Melayu tulen hayati lah keadaan ini.
Species macam Dato Saifuddin dlm UMNO hampir sifar...jadi fafaham2 saja lah Dato. Umur kita makin singkat . Mai kita sama2 berjuang atas tiket mencari Redha Allah bukan redha manusia....
Catat Ulasan