20 Okt 2013

Warga Sabah Sarawak Terus Belasah ISMA, Sebab Pulut Santan Binasa...


Isma: Terlajak kata, badan binasa

Kuching: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) digesa supaya tidak terlajak kata dalam membicarakan sebarang isu tanpa memikir kesannya ke atas warga Sabah dan Sarawak.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman telah mempertahankan pendirian beliau dan menuduh FMT memutar belit kenyataan beliau.

Kenyataan beliau ditemplak oleh warga Sabah Sarawak yang merasakan mereka dibodohkan dengan kenyataan Isma. Tinjauan FMT melalui Facebook mendapati warga Sabah Sarawak menyifatkan Isma sudah terlajak kata.

“Apa yang ada dalam hati, akan keluar melalui mulut, kenyataan sudah dibuat, ‘jika tidak suka Malaysia, keluar!’ dengan isu Allah. Sabah Sarawak sememangnya tidak suka.. Sebab ia adalah satu diskriminasi agama yang ketara di Malaysia.. Dan lebih malang lagi, pemimpin Malaysia dari Umno masih mendiamkan diri?,” ujar Suzie Kulleh.

Jordan David James, pula berkata: “Eh, takut? Hari itu bukann main lagi suruh orang berhijrah.. Bila orang nak, siap nak angkut Borneo sekali.. Kenyataan keluar, beliau menjawab semula kenyataa beliau kena putar belit?”

Sementara itu, Lily Bans berpendapat: “Saya tak nak terus berada dalam Malaysia, siapa yang nak tinggal berkelompok dengan orang yang perasan hebat?”

Sebelum ini, Abdullah Zaik dalam www.ismaweb.net telah menggesa orang Islam sedar bahawa perjuangan mendaulatkan Islam belum berakhir.

Beliau juga lupa bahawa warga Sabah Sarawak majoritinya bukan Islam malah pada masa yang sama mempelawa orang Kristian Sabah dan Sarawak berpindah ke mana-mana negara kalau sudah lagi tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja.

Warga Sabah dan Sarawak sudah penat dengan permainan politik Malaysia.

`Kami tak boleh terima’

“Sabah dan Sarawak adalah tanah air dan tanah kelahiran kami. Bagaimana mahu menjelaskan jika kami nyatakan bahawa kami tidak boleh menerima apa yang kamu lakukan.

“Perlukah kami berpindah ke negara yang bukan tempat asal kami. Kami orang Borneo. Maka langkah terbaik memindahkan orang Borneo yang tidak boleh terima ini adalah ‘Keluar Malaysia’. Win2 situation. Objektif kamu tercapai, kami terbebas.” ujar Petpredos Fredo.

Sementara itu, Michael D’Great menjelaskan bahawa: “Kita dah lama duduk dalam Malaysia. Taat kepada Raja dan negara serta menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

“Tetapi kenapa gubal undang undang mengharam kami menyeru Allah, sedangkan perkataan itu berasal dari perkataan Arab dan di kongsi bersama. Cakap Melayu keliru…pernahkah ada orang Kristian bawa mana mana Melayu ke gereja?

“Pernah Kristian bentangkan Injil depan mana mana Melayu untuk dibaca. Bukan ke ini satu penghinaan biarpun kami dah menghormati Islam.Sedang Emiriyah Arab Bersatu sendiri mengeluarkan kenyataan, kekesalan tindakan mahkamah rayuan,” tambahnya. -FMT

ULASAN GB

GB tidak nampak mengapa ISMA perlu menyalahkan FMT kerana apa yang jelas, FMT hanya "melaporkan" riaksi warga Sabah dan Sarawak terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden ISMA.

Saya ingin bertanya Presiden ISMA, apa hak beliau mengeluarkan kenyataan berikut:

“Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu,”


Hebat sangatkah ISMA sehingga boleh "menghalau" rakyat Malaysia di atas alsan "tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu,"?

Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan Islam itu ialah isu "kalimat Allah" yang menimbulkan kontroversi itu?

GB belum menjumpai apa-apa tindakan rakyat negara ini yang "tidak menerima kedaulatan Islam". Ia hanya persepsi dan tuduhan melulu pihak ISMA semata-mata. Jika ada sila kemukakan buktinya.

Soal penggunaan kalimat "Allah" di dalam Bible "Al-kitab" itu pun adalah dengan "kebenaran" kerajaan Malaysia iaitu Kementerian Dalam Negeri. Dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri meminta supaya warga Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimat Allah tersebut! Pergilah lawan dan berhujjah dengan KDN yang meluluskan penggunaan kalimat ALLAH di dalam Bible itu dan juga dengan Tun Dr Mahathir yang membuat gesaan supaya warga Sabah dan Sarawak dubenarkan menggunakan kalimat tersebut!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nama je ketua persatuan tapi jahil. Tiada paksaan dlm Islam. Naj dakwah pun taj reti. Pi belajar apa Rasulullah buat dan juga para sahabat lakukan. Baru boleh praktik. Ini takat jadi ketua NGO dah rasa hebat nak halau org asal kkuar Malaysia. Nampak sangat x reti asal usul penubuhan Malaysia. Pasal mulut celupar porak perandakan keharmonian Nabi dakwah banyak negara dan tempat guna hikmah & pendekatan yg baik tanpa provokasi. Ini baru jadi pemimpin ngo dah buat kacau ... terus jadi NGOK... Bengong..

Tanpa Nama berkata...

Saya melihat isu-isu yg hangat dulu,kini dan selamanya ini adalah permainan politik yg tidak menjadi.

Umpan-umpan yang disediakan oleh Mastermind, dinyanyikan oleh pak turut-pak turut lalu memakan diri sendiri.

Umat Islam kena bersatu dan terus berjuang utk menukar kerajaan mungkar yg ada sekarang ni.

Tanpa Nama berkata...

Dakwah ni bermacam2 cara, ikut situasi, keadaan & siapa orang tu. Alquran & sunnah dah lengkap beritau. Ada yg keras, agak keras, lembut & berhemah. Antaranya Surah AlNahl ayat 125 hingga akhir.

Kalau kat Rosmah Mansur misalnya bole dakwah lebih kurang macam ini kat dia: Datin Sri, datin sri, kita kan dah lama Muslim, DS isteri pemimpin terkenal, pamerlah imej Islam tu dengan menutup aurat sempurna. Tambah cun tau, insyaAllah ramai rakyat sayang, mak mentua, lebih2 lagi DS Najib.

Kepada remaja 18 tahun pulak mungkin berbeza: Adik, tutuplah aurat sempurna, kalau adik terpaksa jalan sorang2 ke sekolah ke, kerja ke, insyaAllah Allah pelihara. Adik sayang ibu kan? .

Dan macam2 pendekatan termasuk kpd non muslim sebab mereka ni pun manusia bukan kambing atau lembu dll.

Tanpa Nama berkata...

Orang Sabah bagi peringatan agar presiden ISMA tak payah dtng Sabah, bubarkan saja ISMA di negeri ini...manusia tak guna.

Tanpa Nama berkata...

SEBAB PULUT SANTAN BINASA...SEBAB MULUT PULUT HABIS......

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan dipanggil Ikatan Muslimin Malaysia. Ini dipanggil Ikatan Munafik Malaysia kerana hanya orang Munafik sahaja yang katakan demikian. Perkatan Muslimin adalah tidak layak bagimu.

PRESIDEN ISMA PERGILAH REFER APA YANG DIKATAKAN OLEH TOK GURU MENGENAI ISU KALIMAH ALLAH IF YOU RASA YOU ADALAH SEORANG MUSLIMIN. KALAU TIDAK TOLANG BUANG PERKATAN "MUSLIMIN" DAN GANTIKAN DIA KEPADA PERKATAAN MUNAFIK.