6 Okt 2013

Madonna Belajar Al-Quran & Bina Sekolah Untuk Anak-anak Islam


Ikon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.

“Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata penyanyi berusia 55 tahun itu kepada edisi terbaru majalah Harper Bazaar.

“Seperti kata sahabat saya Yaman, seorang penganut Islam yang baik adalah juga Yahudi yang baik dan Yahudi yang baik adalah juga penganut Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju dengannya,” kata Madonna.

Dalam wawancara itu, Maddona mengaku pernah diperkosa dengan pisau diacu pada belakangnya ketika terkial-kial menempa nama sebagai artis di New York.

Selain diperkosa, apartmen didiaminya turut diceroboh tiga kali dan berkata dia sentiasa dalam ketakutan sebelum muncul sebagai penyanyi dan penari tersohor.

Dalam artikel itu, Madonna mengimbau kenangannya ketika di Britain. Dia berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie dan tertarik dengan kehidupan dan pandangan desa di situ.

“Kehidupan di New York bukan seperti apa yang saya impikan. Kedatangan saya di situ tidak diterima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi itu.

Madonna pernah menjadi model bogel untuk kelas lukisan. Kami duduk bertentangan dan saling berpandangan.

“Ketika pertama kali diperkosa, saya diseret ke atas bumbung rumah sambil lelaki itu mengacu pisau di belakang badan.

“Tiga kali apartmen saya dipecah masuk. Saya tidak tahu mengapa. Tiada barang berharga pun di situ. Kali pertama mereka cuma mengambil radio.

“Saya sentiasa dalam ketakutan dan tidak selesa dengan bau kencing dan muntah terutama pintu masuk tangga ke apartmen saya,” kata penyanyi itu.

Namun penyanyi itu kagum dengan kehebatan bangunan tinggi dan keluasan New York.

“Kesesakan laluan pejalan kaki, bunyi bising trafik dan kesibukan warga kotanya memberi kejutan kepada urat saraf.

“Saya seperti berada dalam dunia asing. Saya seperti pahlawan yang merempuh musuh untuk hidup. Saya rasa kembali hidup dan bertenaga,” katanya dalam temu bual berkenaan.

Dalam temu bual itu, Madonna juga mengimbau kenangannya menjadi bintang dalam seawal usia 20-an, menganut Kabbalah dalam usia 30-an sebelum berkahwin dengan Ritchie dan berpindah ke Britain pada usia 45 tahun. - AFP

ULASAN GB

Madonna bukan saja sedang mempelajari Al-Quran, malah sedang membinakan beberapa sekolah di beberapa negara Islam. Ini tidak dilaporkan di dalam berita AFP di atas.

Petikan ini yang GB kutip dari majalah Harper Bazaar:

"I am building schools for girls in Islamic countries and studying the Qur'an," she said. "I think it is important to study all the holy books. As my friend Yaman always tells me, a good Muslim is a good Jew, and a good Jew is a good Christian, and so forth. I couldn't agree more. To some people this is a very daring thought."

The Harper's Bazaar article features a photo of Madonna wearing a chainmail mask that resembles a traditional Muslim women's burka. The singer had posted a similar picture on her Instagram page on July 2, saying: "The Revolution of Love is on...Inshallah." (See photo, above)

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ada sesetengah orang Islam masih jahil tentang hal ni...contohnya melarang mengumpat sesama Islam kerana diibaratkan seperti memakan daging saudara sendiri so ramai yang jahil mereka ingatkan kalau mengumpat atau aniaya orang kafir dibolehkan. Masa sekolah dahulu ada seorang kawan sy yg agak alim, bertudung dan berbaju kurung ke sekolah ttapi dia selalu mengumpat rakan sekolah sy yg non muslim, katanya skirt mereka pendek (maklumlah non muslim ramai yg guna pinafore ke sekolah) Yg myakitkan hati sy dia selalu mgumpat dengan suara yg kuat, risau pula sy kalau rakan yg lain ingat sy ni pengumpat macam dia. Kemudian, bila rakan non muslim mahu berkongsi makanan dgn kami, dia akan cakap kuat2 tanya pasal babi, menolak dengan cara macam tu memalukan orang...lepas tu suka hina agama lain pertikaikan lambang2 yg diguna, dan dia cakap depan rakan non muslim semua ni ..dan yg sy tak boleh lupa dia tak akan duduk sama dgn rakan non muslim, bkawan dgn yg Islam sahaja.. bila saya tegur perbuatan dia, dia jawab macam ni...alah, derang tu orang kafir gak...tak bdosa kalau cakap pasal derang, tak bdosa kalau malukan orang non muslim ni....ya Allah sampai sekarang perangai dia tak berubah. Apa pun dipendekn cerita rakan sekolah non muslim sy tu sekarang ini sy dengar sudah convert, alhamdullilah...bkahwin dgn orang islam juga. Ingat ya semua, orang kafir bukan selamanya kekal kafir, hidayah milik Allah. Seteruk mana orang kafir tu kalau Allah mahu, akan diberi petunjuk juga. So kepada orang Islam jgn lupa doa orang kafir yg dianiaya tu makbul jadi jgn nak aniaya atau mgumpat mfitnah orang kafir! Kecuali lah orang kafir yg mahu perangi Islam. Ingat ya..Jangan kita halang orang kafir mgenal ajaran islam yg indah ini dengan perangai mcm kawan saya yg sejak lahir islam tapi perangai macam tak ada hidayah. Wallahualambishawab