29 Okt 2013

Logo 1Malaysia Tidak Sepatutnya Ada Di Pembungkus Gula Pasir!


Dahulu para pengeluar telah diugut oleh kerajaan UMNO-BN supaya meletakkan logo 1Malaysia di pembungkus barangan mereka. Jika pengilang gagal berbuat demikian kerajaan akan menghentikan subsidi kepada mereka...(rujuk laporan di bawah)


Malah kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara.

Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "gula pasir ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".


Kini, tiada lagi satu sen pun subsidi ke atas gula pasir. Adalah wajar untuk para pengeluar memadam/membuang tanda logo 1Malaysia tersebut dari pembungkus gula pasir.

4 ulasan:

Amuraria berkata...

lahanat punya kerja ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Hari ini dalam sejarah pada 26 okt 2013 kerajaan pm malaysia mr. Najib telah memansuhkan subsidi gula dan juga memperkenalkan cukai gst bagi mengatasi masalah ekonomi tidak menentu. Tujuan pengmansuhan subsidi gula adalah mrngurangkan peningkatan penyakit diabetis (kononnya) dan meningkatan pendapatan para kroni secara tidak langsung.

pada 26 okt 2013 adalah hari yang akan diingati oleh semua orang celik dan umat islam islam di malaysia (orang beragama melayu munafik dan orang bodoh dikecualikan) sebagai hari hitam dalam sejarah dan sentiasa akan diingati bahawa umno adalah penipu kpd semua rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Ada logo ke tak ada logo ke, aku tak kisah pun. Habis guna ke tong sampah juga tempatnya. Biarkanlah dia nak saiz besar mana pun. Lagi besar lagilah jelas kelihatan tempat bersemadinya.

Tanpa Nama berkata...

Kerana penyokong M no yg tidak terlibat myokong pun kena.... kesian