2 Okt 2013

[KETERLALUAN] K-Pop: Rakyat Terus Ditipu Rejim UMNO BN


Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat, harakahdaily dipetik.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat.


Pada bahagian catatan mengenai perbelajaan itu dinyatakan ‘perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat’

Namun, yang amat dikesalkan ialah pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed yang sebelum ini menyatakan KBS tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya, sebaliknya berliau berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.


"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya.

Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

Kita melihat penipuan yang dilakukan oleh pegawai berkenaan sebagai KETERLALUAN.

Seorang penjawat awam yang dibayar gajinya dari wang rakyat melalukanj pembohongan dan penipuan kepada rakyat.


Seharusnya satu laporan polis dibuat terhadap beliau dan tindakan mengeheret beliau ke muka pengadilan perlu dilakukan supaya tidak ada penjawat awam yang secara sesuka hati melalukan pembohongan dan penipuan di dalam mmusaha untuk menutup apa yang diistilahkan oleh Audit Negara sebagai perbelanjaan "tidak berhemah".

TERKINI

Malaysiakini melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

"Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau.

Jawapan Menteri KBS berkenaan ternyata sebagai percubaan untuk menutup penipuan - lebih jelas: jawapan menteri berkenaan merupakan penipuan di atas penipuan. Jika benar syarikat swasta itu menarik diri dari menaja K-pop berkenaan, mengapa tiada pengumuman awal dilakukan? Mengapa baru sekarang? Jika tajaan itu tidak diberikan oleh syarikat berkenaan, apakah tidak ada tindakan undang-undang diambil keatasnya, sehingga konsekuennya, wang rakyat perlu dibazirkan untuk membayar aktiviti yang tidak mendatangkan menafaat, malah mendatangkan mudharat itu?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budaya K - POP dan penularan banyak online gaming yang melalai dari korea adalah satu perkara yang telah merosakkan akhlak golongan belia. Kalau bermain online gaming ada control sikit tak apalah. Tapi untuk K- POP memang teruk dan tiada manfaat langsung.

Tapi apa boleh buat hanya melalaikan orang muda sahaja parti munafik UMNO dapat berkuasa di Malaysia ini.

Tanpa Nama berkata...

Seingatkan sy satu ketika dulu Allahyarham Dato Harun pernah kena penjara kerana kes menaja perlawanan tinju Mohammad Ali dgn Joe Burger. mengapa menteri dizaman ni terlepas dari hukuman wlau terang2 nampak ada isu rasuah dan sebagainya dan masih dilantik menjadi menteri. Klau tak lantik jadi menteri dilantik pengerusi syarikat GLC.

Andre Irwan berkata...

Lanun menjaga lanun. Yang bodoh ialah rakyat, tambah-tambah lagi rakyat yang menyokong BN.
Ingat aku akan cerita bangau waktu di sekolah rendah.
Bangau oh Bangau, mengapa engkau ....
sambung le.
Hidup Malaysia.
Hidup UMNO.
Hidup Meeelayu.
Melayu dan Meelyu ada beza kan ??????

Tanpa Nama berkata...

masih mahukan kerajaan penipu?