27 Okt 2013

[EDISI MERENG] Dulu Tuduh PAS Sesat, Kini Kata Sedia Pula Bersatu Dengan PAS..


Umno Sentiasa Bersedia Bersatu Dengan PAS - Muhyiddin

YAN: Umno masih terbuka berhubung cadangannya untuk bersatu dengan PAS.

Dalam lawatan pilihan raya ke Sungai Limau, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu selama-lamanya bersedia untuk bersatu dengan PAS.

Muhyiddin berkata, selain perbezaan ideologi politik kedua-dua pihak, PAS dan Umno mengamalkan prinsip-prinsip Islam yang sama.

"Kami mahu melihat masyarakat Islam bersatu," katanya, dengan mengaitkan perpecahan di kalangan umat Islam di dunia Arab telah membawa kepada konflik berterusan dan perang saudara.

Bercakap pada perhimpunan dengan imam, guru agama sekolah dan penduduk di SK Sungai Dedap di sini pada Sabtu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM118,000 kepada 22 pusat Kafa (Kelas Agama Fardhu Ain), Persatuan Guru Kafa Yan, Persatuan Guru Takmir Yan dan Persatuan pegawai Masjid Yan.

Terdahulu pada majlis lain, beliau berkata 12 buah sekolah di Sungai Limau akan diperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.

"Kita tidak memberikan ini untuk mendapatkan sokongan (untuk Barisan Nasional). Kami menghormati pandangan dan pendirian yang diambil oleh tokoh-tokoh agama masing-masing.

"Tetapi marilah kita sama-sama bekerja dalam satu pasukan untuk membina asas agama yang kukuh untuk masa depan yang lebih baik," katanya, sambil menambah beberapa orang telah menasihatkan beliau supaya tidak berkempen di Sungai Limau kerana ia merupakan kubu kuat PAS.

"Sebelum ini mereka juga kata bahawa PAS kuat di Kedah tetapi tetap kalah di negeri ini," katanya, sambil menyeru pengundi Sungai Limau memberi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim peluang. -mstar

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

PAS tidak sesat tetapi difitnah dan dituduh sesat oleh UMNO.

Akhirnya kini UMNO yang memperlihatkan mereka sendiri yang sesat, teraba-raba mencari kawan, teraba-raba mencari pedoman, terjerit-jerit mahu diri mereka diterima oleh PAS..... sekarang hidung yang tak mancung, tapi pipi tersorong-sorong ke hadapan... kasihan..

Kita katakan: tinggalkan perjuangan perkauman/"assabiyah" kamu yang telah lama menyesatkan, kembalilah kepada Islam, kemudian baru boleh cerita soal perpaduan... tinggalkan barisan, masuk Pakatan dan bermula jadi orang bawahan.... jika ada keikhlasan dan kejujuran!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kaki putar belit dan songlap maka tak hairan, MELAYU MUDAH LUPA, ISLAM SENTIASA BERWASPADA, BN PERGI MAMPUS SAJALAH....

Unknown berkata...

Mana bolih sama satu sokong hudud satu bantah hudud. Tentang penyatuan aku sokong penuh. Ikut saranan TGNA, bubar umno dan pas buat parti baru berteraskan Islam.

Tanpa Nama berkata...

tak banyak kata2 atau auta ... 'sombong bodoh!'

anti munafik berkata...

inilah antara PENIPU BESAR malah masih dijilat oleh mazhab um NO/B angkai N egara...melacurkan kemuliaan
JUMAAT djohor ramai umat islam lewat dn remaja tidak solat jumaat....jika kami diberi mandat rasuahh brim akan diberi lg rm1200....PADANN MUKALLAH yg taksub dn syirik hanya B END yang boleh membela nasib rakyat.hakikatnya
mereka jd LEMBU dicucuk hidung dan terus reda 1Msia dPERBODOHLEMBUKAN.
MUNAFIK...sekolah jangan jadi pentas politik...tapi kami boleh.

Tanpa Nama berkata...

Ini putar belit UMNO.Muhyiddin nak beri peransang dan harapan pd puak UG dalam PAS.UMNO juga buat persediaan sekiranya Sabah dan Sarawak tinggalkan Malaysia.Soal "muka tebal" tak ada dalam UMNO.TGNA dah banyak kali sebut"Tak Ingin" tapi UMNO masih menaruh harapan.Itu sebab puak UG dalam PAS macam cacing kepanasan nak tidur sebantal dengan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

BN telanjang bulat. Dedah amalan rasuah musim p/raya. Bantuan KAFA kawasan lain mcm mana pulak. DUN Sg Limau akan terima projek kilat. Tunggu lah lakonan pecah tanah, sandiwara perasmian itu Ini. Lepas PRK nanti PAS akan dikutuk semula dan soal nak brbaik tak akan disebut lagi. Itulah wajah sebenar UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha setan nak bersatu dgn ajaran sesat, apa punya bodo piang setan sekoq ni. Boleh masuk kategori Hari ini dalam sejarah setan...

Tanpa Nama berkata...

Umno siapa tak kenal . dah dapat pi la pas

Tanpa Nama berkata...

Pasai besatu ni Pas bukan tak mau, tapi buah tah elok dok nampak dah, kalu jadi besatu, maknanya Pas akan jadi punca perpecahan di kalangan orang OMNO yang terkenal dengan seruan perpaduan kukoh/kemas/keming

Keretakan dalam OMNO akan terjadi dikalangan penganut yang berpegang kepada fahaman bahawa PAS ini Parti Ajaran Sesat terutama penganut OMNO di Terengganu (tak caya tanya MatSaid). dan juga penganut OMNO Kelantan mengikut petua Tok Guru RM2juta. Dakwaan ini tidak pernah diperbetol oleh mana mana U-setad terompah kayu OMNO. Jadi kalu PAS masih ada selera untok sebantal 2080dengan OMNO tersangatlah ajaib kerana antara dua makhlok ini mimpinya TAK SAMA

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan Pas boleh diibaratkan sebagai langit dan bumi bezanya. Lu ingat orang PAS bodohkah macam orang beragama Melayu? Kebanyakkan orang Islam adalah cerdik orangnya so mimpi lu nak suruh pas join UMNO yang sudah kena kanser tahap terakhir.

IF LU BERIA - RIA LU CARILAH SISA - SISA AHLI PAS YANG BERFIKIRAN MACAM ORANG BERAGAMA MELAYU (KALAU ADA PUN SIKIT JUMLAHNYA). TAPI NAK SURUH PAS BERGABUNG SAMPAI KIAMAT PAS TIDAK AKAN BERSONGKOL DENGAN ORANG MUNAFIK YANG SUDAH DILABEL OLEH ALLAH S.W.T SEBAGAI MUSUH.