12 Sep 2013

Silap Siar Logo "Polis Raja Di Malaysia": Petugas RTM Dibuang Kerja


Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.

Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam.

Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tatatertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - BERNAMA

Video Permohonan Maaf RTM Isu Logo PDRM


3 ulasan:

Amuraria berkata...

terketak ketak 0
! ABU jangan lupa !

Hidupringkas berkata...

Bagus la tu mengaku kesilapan, tapi jangan buag sorang saja daripada yang bertugas sampai ketua jabatan kena bertanggung jawab...!

Tanpa Nama berkata...

Bagus la tu mengaku kesilapan, tapi jangan buag sorang saja daripada yang bertugas sampai ketua jabatan kena bertanggung jawab...!

September 12, 2013 at 12:55 PM

Saya sokong sahabat ni, bukan ketua jabatan saja KP juga... Sebab gagal mendeligasikan kerja kawal selia dan intergriti kerja....