6 Sep 2013

Rakyat Hentam Najib Di Laman Facebook, Gesa Letak Jawatan


Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut, lapor Keadilandaily.

Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.

Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622 bilion.

Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di laman 1Malaysia.com.

Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.

Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 1200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan. Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:

Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!! Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je” Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal? Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik, gaji kecik!! Koo Cai: Mohon letak jawatan segera… Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. .. Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa.. Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umpama menyalak bukit, bukit tak goncang, malah bertambah kukuh di sebabkan pokok2 serta rimbunan subur di kelangkangan nya...Saranan kpd pemimpin..naik kan lagi minyak, naik kan lagi elaun menteri dan macai2 anda, kurniakan lah harta Negara kpd kroni2 anda, semoga cepat Negara kita tergadai, kerana anda menganggap rakyat terbanyak ini Dungu dan anda boleh buat apa saja ..tapi ingat seperti mana yg di ungkapkan oleh GB bahawa kebenaran tetap akan menghancurkan kebathilan, kami gembira Dengan kenaikan harga minyak dan barangan kerana dengan cara ini mempercepatkan kehancuran UMNO dan BN...NYAHKAN MEREKA.

Unknown berkata...

Komen 1:
Kekadang terfikir juga aku akan kemampuan Melayu dalam UMNO-BN dalam pentadbiran negara? Dahlah tak mampu bersaing di persada antarabangsa dan asyik memutar metos bahawa Melayu tak mampu bersaing walaupun di peringkat dalam negara. Kalaulah setiap hari Melayu diputarkan dengan lagu yang sama, sudah tentu Melayu yang memegang PhD pun akan menyatakan sedemikian tanpa berfikir secara waras dan secara akademik.
Di dalam negara, bolehlah Melayu UMNO menggunakan Hak Istimewa yang termaktub dalam persaingan tetapi bila berada di peringkat antarabangsa, sudah tentu hak ni tiada, jadi tak mampu depa tu bersaing.
Persoalannya ialah benarkah Melayu tak mampu bersaing di peringkat antarabangsa atau hanya Melayu UMNO-BN yang tak mampu bersaing? Cuba lihat kaum Cina di Malaysia, depa dah menolak Cina MCA yang tak mampu berdaya saing dan diganti dengan Cina lain. Yang hairan ialah perubahan sedemikian dianggap oleh Melayu UMNO-BN sebagai rasis. Sedarkah UMNO, MCA, MIC adalah parti rasis yang terang lagi jelas? DAP, PKR, PAS, ... yang tiada termaktub keturunannya dalam perlembagaan depa pulak dianggap rasis. Yang lagi melucukan ialah Penyokong UMNO-BN mengiyakannya. Bukankah ini menunjukkan bahawa Melayu dalam UMNO-BN tidak pernah membuat kajian, menjadi pak turut (macam lembu Sharizat) dan bertindak secara sentimen. Itulah yang menampakkan lagi Melayu dalam UMNO-BN tak mampu berdaya saing dan hanya menggunakan cara/kaedah yang menyeleweng dalam memenangkan depa tu. Lihat pada kenyataan pak menteri depa, NO CLASS.
Melayu dalam UMNO-BN memang suka berbuat fitnah termasuklah kaki ampu depa tu. Selalu menggunakan "benda mati" yang tiada nyawa dan akal sebagai alasan dalam menegakkan alasan mereka yang dangkal dan nampak bodoh.

Unknown berkata...

Komen 2:
Bagi Khalid, KPN PDRM, dia ni patut letak jawatan aja. Adakah seorang KPN menyatakan PDRM tak mampu bertindak terhadap penjenayah semata-mata kerana dua akta dimansuhkan. Ini seolah-olah di negara kita dah tak ada akta lain yang boleh membantu dalam membanteras jenayah? Kalaulah KPN dah rasa tak mampu, letak jawatan dan berilah jawatan kepada penjawat lain yang lebih berdaya saing yang mampu meningkat kecekapan dalam membanteras jenayah. Aku percaya masih ada ramai Melayu yang mampu menanggung tanggung jawab ni.
Begitu juga PM Najib. Kalaulah Tok Najib dah tak mampu memulihkan ekonomi negara (selain daripada menaikkan harga minyak), letak jawatan saja. Lihatlah hujah-hujah dan statistik yang diberi oleh pihak PR dan perancangannya, sudah tentu negara akan lebih berbahagia di bawah pemerintah PR. Ataupun mungkin dalam BN, ada pemimpin yang mempunyai pemimpin yang berdaya saing macam pemimpin dari PR yang mampu menggantikan Tok Jib ni? Penukaran pemimpin ni jangan lah jadi macam peribahasa cina iaitu "tukar isi dalam sup tapi tidak menukar kuahnya sekali". Rasanya tetap sama walaupun dagingnya berubah.
Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat dan negara, apa salah UMNO-BN berbincang dengan PR dalam soal pentadbiran negara. Atau mungkin cara pentadbiran yang dikemukakan oleh PR menyebabkan ketirisan tak dapat dilakukan oleh pemimpin BN ni?
Cuba lihat satu contoh Melayu dalam UMNO-BN yang tak mampu berdaya saing. TNB telah menyatakan keuntungan pada kuartil ketiga tahun ini ialah 2.024 bilion (ribu juta). Satu keuntungan yang amat besar dan perniagaan yang merupakan perniagaan monopoli. Kenapakah masih TNB nak naikkan tariff elektrik? Bukankah ini kerja setan yang tamak haloba? Sedarkah kita bahawa kenaikkan sebanyak 3 sen pun boleh menghasilkan keuntungan tambahan kepada TNB sebanyak 300 juta? Aku pun tak faham semasa kita mengumumkan bahwa keuntungan syarikat GLC untung berbilion dan pada masa yang sama, kita mengumumkan kenaikan tariff semata-mata atas alasan kenaikan harga bahan api. Sepatutnya TNB tak perlu kepada keuntungan berbilion sebab perniagaan yang dijalankan oleh mereka adalah secara terus kepada rakyat dan bersifat monopoli. Satu-satu syarikat yang menguasai pasaran pembekalan elektrik dan tiada persaingan dari syarikat lain. Tambahan pulak ia adalah syarikat milik kerajaan.
Adakah rakyat akan berbangga dengan CEO TNB yang menyatakan keuntungan berbilion? Adakah Melayu macam ni yang kita kata pandai dan berdaya saing? Di mana perginya sifat berkhidmat untuk rakyat? Kalau begitu, lupakan sahaja slogan "Rakyat didahulukan". Rakyat didahulukan mesti didahulukan dengan rakyat disejahterakan dan bukan dimangsakan.
Bila lagi Tok Najib nak letak jawatan? Jangan pulak jawatan PM tu digantikan Tok Muhiyudin, dalam mentadbir Kemeterian Pendidikan pun, dia ni dah kelam kabut. Begitu banyak projek gajah putih yang tiada makna dan membelanjakan berjuta-juta ringgit dicadangkan yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada warga pendidik malahan membebankan. Apa kata kita lantik KJ sebagai PM????? Mukhriz, lupakan saja sebab dia bukan Melayu Tulen. Cukup dengan bapanya Mahathir Iskandar Kutty. Cadangan ini ok tak????? Hahahahahah....

Roza berkata...

Najib dah kata rakyat didahulikan.Kan dah menjadi kenyataan. Tidak ada cara lain untuk memulihkan ekonomi negara selain menjual minyak hasil mahsul negara kepada rakyat sendiri.Macamana pun rakyat akan kenapunyalah.Teringat aku akan kebijaksanaan rakyatSelangor memilih pemimpin. W/pun meleleh air liur pemimpin BN nak kan negeri itu, mcm2 tekanan dikenakan,ttpi rkyat Sngor kekal bertahan unt mengekalkan MB yg pandai mengurus ekonomi.Gagap pun gagaplah, lantak dema lah, janji tak makan rasuah.

Unknown berkata...

Mari kita ramai-ramai menonton filem hindustan keluaran tahun 70an, 80an, 90an dan 2000an selai pun. Jalan ceritanya amat bagus. Sama dan sama dengan sistem pemerintahan negara kita m'sia sekarang. Buat apa kita nak susah hati pada ini semua. Ceritanya nanti hero dan rakyatnya semua mesti akan menang. Tapi lambatlah sikit. Sabarlah. Tunggulah.

Tanpa Nama berkata...

Jgn lah ambil hati, Datuk Najib, Perangai org melayu biasa lah, sekejap je bising, Melayu mudah lupa.

Tanpa Nama berkata...

Najib peras wang rakyat, untuk beri pada rakyat? wang negara untuk pemimpin UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah diperbodohkan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Janji BN untuk naikkan harga minyak, janji PAKATAN RAKYAT untuk turunkan harga minyak...Pengundi BN TAHNIAH

Tanpa Nama berkata...

Yng bodoh nya hampa semua; melayu umno tipu hampa dah lebih 50 tahun, padan muka.

Tanpa Nama berkata...

pilihanraya akan datang,aku undi PAKATAN RAKYAT.jgn dok rasuah BRIM

Tanpa Nama berkata...

ande irwan, anda betul, pandangan anda memang tepat, selagi melayu UMNO Berkuasa akan habis lah hasil mahsul dan segala2nya, kita lihat selama 50 tahun lebih berkuasa...harta negara berputar di kelalang mereka, dan melantik org yg tak berkelulusan dan bukan dlm bidang pengetahuan mereka, umpama tabong haji dan banyak lagi...ini lah tanda2 melayu makin UMNO makin merosot pemikiran di tambah pulak pemilihan umno akan datang siapa yang ampu kuat dia dapat...

zena arab berkata...

Kata pembantu menteri UMNO Hj Sairin Karno, najib naikkan harga minyak semata2 utk m'bantu golongan miskin. Kenyataan itu hanya di maksudkan kpd penyokong2 BN saja kerana bimbang termakan hasutan PR.

Manzui berkata...

Andre Irwan; wa suka lu punya komen sebab guna fakta bukan logik akai semata-mata. Malam ni mai Manzui ....

Tanpa Nama berkata...

Nak jadi pemimpin biarlah ikhlas berkhidmat kepada rakyat bukannya putar alam guna pelbagai cara nak tipu rakyat...Bagi BR1M bukan ikhlas nak bantu kesusahan rakyat tapi semata2 nak pancing undi sedangkan BR1M diambil dari duit rakyat tapi buat kempen seolah macam duit kepala bapak dua yg punya...ingatlah Allah itu maha adil...akan sampai masa jua Allah balas semua pengkhianatan itu...tidak di dunia akhirat sudah pasti..amin