6 Sep 2013

Ini Dia Ketua Gangster, Seorang Bekas Pemimpin MCA, Bukan DAP

Kalaulah bekas ketua gangster ni ahli atau pemimpin DAP sudah tentu 7 hari 7 malam media-media tunggangan UMNO/BN termasuk blog-blog Pro UMNO akan memainkan perkara ini..

Tapi sayangnya bekas ketua gangster yang didedahkan terlibat dalam politik oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bukan ahli atau pemimpin DAP tapi MCA..

Maka macai-macai UMNO pun tak berani nak mainkan isu ini...


Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.

Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.

Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.

"Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) dimana kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap menggunakan dialek Hokkien.

Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan enam maut ditembak.

Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang.

Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia kini di negara jiran.

Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan.

Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau kumpulan gangster.

Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini pihak berkuasa telah mengenal pasti ahli politik yang dulunya merupakan bekas kumpulan gangster.

Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah menjadi baik.

Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi kumpulan kongsi gelap dimana ia telah didedahkan oleh Zahid minggu lalu.

Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru.

Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat.

Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum ditahan.

Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor.
-TMI



Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Ong King Ee atau lebih dikenali sebagai Jackie Chan adalah bekas pengerusi MCA bahagian Lebuh Gurney Pulau PInang kini telah bebas lepas setelah mendapat pengampunan dr YDP Agong.

Dia ni jugak lebih dikenali sebagai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap di Malaysia. Dia ni jugak dikatakan terlibat dgn pelbagai kes rompak dan bunuh.

Yang menghairankan macam mana boleh dapat pengampunan semudah itu. Macam mana boleh dilepaskan semudah itu. Kalau dah kepala kongsi gelap dan pernah merompak dan membunuh, tak ke merbahaya namanya.

Kalau dah terlepas di tengah-tengah masyarakat kan ke merbahaya tu. Org ini amat merbahaya buat masyarakat. Dia tak sepatutnya dibebaskan tetapi harus dipenjarakan.

Apa motif disebalik pembebasannya? Bagaimana terjadi begini? Seorang penjenayah boleh diampunkan semudah makan kacang. Apa dah jadi ni? Sedangkan ramai lagi mereka yg tak bersalah dijatuhkan hukuman penjara tanpa bicara.

ISA digunakan dengan pantas buat mereka yg terang tak bersalah. Anwar Ibrahim contohnya dipenjara sedangkan kesalahannya langsung tak menggugat keselamatan negara.

Tetapi Ong King Ee @ Jackie Chan boleh dibebaskan tanpa banyak soal. Pada hal semua tahu dia ni seorang penjenayah yg amat merbahaya. Takkan semudah itu dia dibebaskan kalau tak ada udang disebalik batu.

Kalau setakat nak meraih undi kaum Cina masa pilihanraya nanti, cukup tak patut. Ada ke patut masyarakat dibiarkan terdedah dgn penjenayah kejam ini hanya kerana nak meraih undi kaum Cina. Rasanya masyarakat Cinapun ketakutan agaknya kalau kepala kongi gelap ni berada di tengah-tengah mereka.

Silap haribulan kena bunuh pulak. Entahlah apa nak jadi dgn kerajaan Malaysia sekarang ni.
-:GASAK:-


Macai-macai UMNO yang sibuk menuduh DAP dipengaruhi gangster nak kata apa pulak sekarang?

Yang sahih menerima gangster sebagai ahlinya ialah MCA bukannya DAP (malaysiansmustknowthetruth)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada rakyat Malaysia yang hormati,
Suka-lah kita memberitahu bahawa Sami Negera Myamnar kebanyakannya ajaran sesat, banyak permikirannya yang tak betul, main perempuan, tipu wang orang ramai dan lain-lain.

Seorang Myanmar Sami Buddha (VEN. ASHIN INDAKA) bertinggal SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK"MCA GOMBAK" PRESIDENT) yang sama jahat.

Harap orang ramai, khasnya rakyat Malaysia mesti jauhkan sami Myanmar ini. kami harap juga Kerajaan Malaysia lebih mengambil perhatian Sami Buddha yang di upah dari luar Negeri, supaya rakyat Malaysia dan Nagera dapat di selamatkan. Sekian, Terima Kasih

Respect to people of Malaysia,
Likely, we are told that the Myanmar monks mostly false teaching, many impress notions which are not right, play girl, cheating of the public money and others.

Myanmar Buddhist Monk (VEN. ASHIN INDAKA) stayed at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK"MCA GOMBAK" PRESIDENT) as same bad.

Hope all people; especially Malaysians must far away Myanmar's monks. We hope more Malaysia's Government also noted that the wages of Buddhist monks from the other countries, so that the Malaysian and country can be saved. Thank you

尊敬的马来西亚人民,
我们想告知,缅甸僧侣多半是假的教学,观念是不正确的,玩女人,谎言,欺骗金钱...­......

缅甸佛教的僧侣 (VEN. ASHIN INDAKA) 住在 SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK " MCA GOMBAK" PRESIDENT) 同样糟糕。

希望所有的马来西亚人, 都应该注意远离缅甸的僧侣。我们更希望马来西亚政府注意,外来的僧侣. 谢谢

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Zahid sayang sangat nak dedahkan identiti ahli politik bekas anggota kongsi gelap tu。Nyatakanlah dia tu ahli politik pembangkang atau BN dan sebutlah namanya. Baik benarkah dia sekarang sbgmana yg dikata. Sekurang2nya rakyat tau dan berwaspda. Bukankah rakyat yg didahulukan bukannya gengster.

Tanpa Nama berkata...

Susah kalau nak cakap dgn macai haramjadah dajal umno bn ni..semua apa yg "Tuhan" ameno dia buat semua betul..kalau berani saman la pemilik website ni..terang2 bagi fakta polis MCA terlibar dlm kongsi gelap...woi PDRM..apa lagi pi tangkap website owner ni!!! pi tangkap pukul 12.30 malam! http://en.wikipedia.org/wiki/Sio_Sam_Ong

BaDiN berkata...

Jahatnya BN dan Umno hinggakan ke Tulang Sumsum,Maka tak mustahillah sikap dan sifat ahlinya sama macam Gangster sbb bersama diaorang adalah anak murid kepada Kepala Jahanam ini.
Bongkar terus bongkar mungkin dalam Umno juga orang Jahat semacan ni.Kemungkinan Altantuya juga menjadi mangsa upahan kumpulan gangster demi menyelamatkan ketua gangster terhormat.
Terselamat DAP daripada jadi mangsa Fitnah simulut celupar Pro Bn/Umno.

Tanpa Nama berkata...

Ini mengesahkan lagi bahawa malaysia sudahpun menjadi negara mafia dan UMNO adalah kumpulan mafia paling besar sekali di Malaysia.

lan berkata...

Bn mcm haram peragai...suka tuduh membabi buta...dan suka fitnah org...tgoknlah satu harinkelak BN...akn trkubur jua...