5 Sep 2013

[PANAS] Najib Boros, Rakyat Jadi Mangsa!


Mengekalkan lagi Najib sebagai PM umpama menambah dosa - Shahbudin Husin Kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib menimbulkan keributan yang bukan sedikit rupanya.

Tidak saja rakyat biasa yang mengeluh dan meluahkan kemarahan, kalangan ahli dan pemimpin Umno juga mempunyai rasa yang senada.

Mereka turut kecewa dengan kenaikan itu, bukan saja kerana tiada angin atau ribut yang mengatakan harga minyak dunia meningkat tetapi juga kerana kenaikan itu diumumkan begitu pantas iaitu hanya kira-kira lebih sedikit daripada 100 hari selepas kemenangan tipis yang diraih BN dalam pilihan raya umum lalu.

Ditambah pula, dengan kemeriahan sambutan hari raya yang masih terasa dengan perdana menteri dan semua menteri Kabinet dilihat begitu bergembira dengan pesta rumah terbuka berserta jamuan yang hebat di sana-sini dengan menggunakan wang rakyat, tiba-tiba rakyat mahu dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak yang tentunya juga akan diiringi dengan pelbagai kenaikan lainnya dalam perkhidmatan dan barangan pengguna.

Oleh kerana tahun ini tahun pemilihan Umno, gah dan meriahnya majlis rumah terbuka menteri lebih jelas dapat dirasakan, terutama mereka yang mahu bertanding jawatan lebih tinggi atau mempertahankan jawatan sedia ada. Sudahlah ada rumah terbuka perdana menteri bersama menteri Kabinet, ada pula rumah terbuka kementerian, kemudian semua agensi pula turut mengadakan rumah terbuka.

Di kawasan Parlimen juga, menteri dan timbalan menteri mengadakan rumah terbuka.

Habisnya, sebulan Syawal ini jadual menteri dan timbalan menteri hanya asyik dengan rumah terbuka saja. Oleh kerana tahun pemilihan juga dan bimbang undi berkurangan, menteri turut mengambil kesempatan hadir ke rumah terbuka kementerian lainnya.

Tentu terlihat tidak sopan, setelah pemimpin berpesta dan menghabiskan duit rakyat manakala rakyat hanya dapat menatapnya melalui tv dan akhbar, tiba-tiba bebannya mahu dilonggokkan ke bahu rakyat.


Bagi sesetengah pihak, ini diskriminasi dan penindasan yang tiada tolok bandingnya. Jika diambil kira dengan pelbagai kemewahan dan perbelanjaan lainnya yang dilakukan pemimpin, termasuk kos lawatan Najib ke luar negara hampir RM50 juta, keghairahan kerajaan menukar jenama baru untuk kereta rasmi menteri dan sebagainya, kerajaan dilihat seolah-olah tidak punya perasaan langsung apabila menaikkan harga minyak ini.

Pada masa sama, kenaikan harga minyak itu juga dilakukan di tengah-tengah kebanggaan yang diumumkan bahawa Petronas pada 2012 mencatat keuntungan sebanyak RM59 bilion manakala keuntungan pada suku kedua 2013 ini pula mencecah angka RM21.9 bilion.

Dengan keuntungan sebesar itu, Najib terlihat begitu kemaruk dengan penjimatan RM1.1 bilion melalui kenaikan harga harga minyak dan memotong subsidi rakyat yang mana sebahagian besarnya penerima nikmat subsidi ini adalah orang kampung dan luar bandar yang selama ini penyokong tegar Umno serta penyumbang utama kepada kemenangan BN dalam pilihan raya lalu.

Apakah RM1.1 bilion itu tidak boleh ditampung melalui sumber lain dan lebih besar nilainya daripada menghimpit kehidupan rakyat ke kancah yang lebih sukar?

Sebaik menang pilihan raya, Najib seperti sudah lupa siapa yang menyokong dan menjadikannya kekal sebagai perdana menteri.

Lalu, dengan pelbagai keluhan dan sungutan mengenai kenaikan harga minyak ini, di manakah slogan "Kami mendengar" dan kerajaan sentiasa bersama denyut nadi rakyat yang sering dilaungkan selama ini?

Sebab itu, tidak hairan kenaikan harga minyak kali ini turut mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada pemimpin Umno sendiri. Sementara ramai yang berdiam diri kerana tidak bersetuju tetapi tidak mahu meluahkan perasaan secara terang-terangan kerana bimbang periuk nasi terjejas, terdapat juga yang berani berterus-terang.

Seorang pemimpin pemuda, Lokman Nor Adam mahu Najib dan kerajaan memikirkan semula kenaikan harga minyak ini dan mencari kaedah lain untuk menampung kos RM1.1 bilion yang diperlukan untuk meneruskan subsidi minyak yang dikurangkan itu.

Di pelbagai peringkat lainnya, ramai lagi pemimpin dan ahli Umno yang turut kecewa dengan tindakan Najib ini. Mereka meluahkan kekecewaan dengan cara tersendiri. Ada yang meluahkannya melalui perbualan dengan kawan atau ketika sambil berbual-bual di kedai kopi.

Seorang pemimpin Umno yang ditemui jelas kecewa dengan tindakan Najib ini. Beliau kecewa bukan saja kerana tindakan ini dilihat menyusahkan rakyat tetapi juga membuat pemimpin sepertinya menghadapi kesukaran untuk mempertahankan keputusan Najib itu apabila dipersoalkan pengikut serta penyokongnya.

Penyokong dan pengikutnya yang rata-rata berpendapatan rendah dan sederhana jelas begitu terpukul dengan kenaikan minyak ini kerana selama ini pun kehidupannya seharian mereka sekadar cukup makan sebagai kakitangan kerajaan mahupun swasta.

Lebih menggusarkan pemimpin tadi ialah apabila anaknya juga turut marah, kecewa dan tidak setuju dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib ini.

Menurutnya, apabila anaknya yang belajar di universiti turut mempertikaikan tindakan Najib berserta dengan fakta, angka dan rasionalnya, beliau menghadapi masalah dan tidak upaya berbuat apa-apa kerana pendapat golongan muda seperti anaknya itu banyak kebenarannya.

Mahu mempertahankan kerajaan serba-salah, tidak mempertahankan kerajaan pun serba-salah juga. Kita sebagai pemimpin Umno pun susah dibuatnya dengan tindakan Najib ini, rungutnya lagi.

Dengan kecenderungan Najib berbelanja mewah dan boros serta kemungkinan akan mengenakan beberapa lagi kenaikan seperti tarif elektrik, pengenalan cukai GST dan sebagainya sebagai langkah mudah menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara, beliau juga percaya kehidupan rakyat akan terus sulit dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang.

Sehubungan itu, tambahnya, mengekalkan lagi Najib sebagai perdana menteri hanya seperti menambah dosa saja kerana kehidupan rakyat yang sudah sedia terbeban dipercayai akan terus terbeban selagi beliau kekal di tempatnya sekarang. – shahbudindotcom.blogspot.com


Jangan lupa penduduk luar bandar selamatkan BN PRU13, kata bekas bos NSTP


Datuk A. Kadir Jasin membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran keputusan menaikkan harga minyak semalam, serta menggesa kerajaan tidak lupa akan rakyat luar bandar yang menyelamatkan mereka pada pilihan raya ke-13 lalu.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tersebut menegaskan kenaikkan tersebut akan menekan rakyat khususnya luar bandar, dimana keputusan pilihan raya lalu telah menunjukkan secara jelas BN terselamat kerana sokongan mereka.

"Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.

"Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!" bidas Kadir dalam tulisan blognya susulan pengumuman kerajaan semalam.

Beliau juga mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana bersikap boros dan tidak berbelanja secara berhemah sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa.

"Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu.

"Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?"
katanya lagi.

Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis membuat kesimpulan berlaku peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.

BN walaupun berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, mereka telah kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.

BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.

Putrajaya semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.

Langkah tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada hujung tahun lalu.

Sejurus pengumuman semalam, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan tersebut.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.
-TMI



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong dan sokong lagi ..... padan mukaaaa.

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi yang boleh dikatakan , orang kampong / pendalaman tak berkereta ( kata si bung ) jadi tak guna petrol dan diesel, semuanya naik basikal tua . Orang kampong / pendalaman mana kisah harga minyak naik sebab nanti PM nak bagi BR1M , BROOM , BRAM yang lebih dari tahun lepas dan BR1M , BROOM ,BRAM tu boleh cukup /tahun 1 tahun digunakan. Pemimpin2 UMNO/BN melantak duit negara. TUNGGULAH, SEMUA KITA AKAN KEMBALI KEPADA NYA BILA SAMPAI MASA KELAK. KITA AKAN TUNTUT HAK KITA DI AKHIRAT NANTI.

Tanpa Nama berkata...

masalah yg timbul sebenarnya dtg dari melayu..sbb melayu yang masih lagi tak sedar diri dan berjayanya BN atas dasar ASSOBIYAH. satu cara saja utk menjayakan impian rakyat.....iaitu demo ganas.....bukan demo aman!

Tanpa Nama berkata...

Bukan menambahkan dosa jer...ttp menambahkan bala yg akan menimpa Mlaysia nie.....tp bukannyer najib jer...tapi UMNO/BN sekali patut jgn dikekalkan lagi......singkirkan mereka.....sbb mereka bukan telah membuktikan mereka bukanlah ahli lagi utk dipilih terus memerintah negara ini.......geng mereka juga yg menyatakan...Malysia akan muflis.....muflis jika dibiar UMNO/Bn terus memerintah negara ini........

Tanpa Nama berkata...

Apa yg rakyat bole cakap lagi...? Semua kesempatan pd PRU 13 utk terangkan pembohongan, korupsi, pemborosan, ketirisan dan mcm2 lagi penyelewengan dan ketidakcekapan serta ketidakamanahan pemimpin2 yg berkuasa masih lagi di tolak. Buatlah bnyk manapun analisa ... hasilnya yg masih memegang tampuk pemerintahan sebenarnya berjiwa rakyat hanya berjiwa munafik dan pengkhianat.. Orang kampung...???!!@!! Hah. Selagi masih di momokkan dgn BRIM dll tidak akan rasa mereka telah di bohongi dan di bodohi.. penyokong pemimpin2 ini yg masih tegar hanya sekadar nak dapat tempias2.. kaya sekali gus sbb dpt projek2 yg di janjikan.. harap2 PRU14 lagi 4 tahun rakyat Malaysia yg bodoh dan bingong ni ni Allah bagi cerdek sbb kalau tidak hancur negara ni di sedut hasil pendapatan yg banyak betbillion ringgit oleh geng2 malaun ibni firaun semua ni..kita semua Malaysia berhak memilih pemimpin yg di pilih oleh rakyat untuk rakyat. Hak bersuara dan demokrasi adalah hak semua bukan hak pemimpin2 dpd parti mana2 sekali pun. ALLAH akan hitung dosa dan pahala kita dan akhirat adalah benar...!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita sama2 tunggu *persidangan agung umno*tak lama saja lagi samada perwakilan masih mengekalkan Najib atau sebaliknya. Disamping itu kita lihat ada tak yg berani berkorban bertanding melawan boss. Di situ kita akan dapat menilai jiwa pemimpin2 umno yg sebenar samada cerdik atau bodoh.

Mahatahi berkata...

Yang sokong Puak Puak barang naik memang berdosa besar

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah diperbodohkan sebab tu Najib naikkan harga minyak

zena arab berkata...

Ingat, Najib dan kuncu2nya sedang merancang & mbuat apa saja utk mempertahankan kuasa kerana mereka tahu dgn cara piliharaya memang sudah x trdaya utk kekal kuasa, jadi kita rakyat mesti jua merancang utk mengalahkan mereka dari skrg.

bijak kancil berkata...

NYATA UBAH/INI KALILAH tiada dihati rakyat bermazhab um NO dn B angkai N egara.lebih rela dgn rasuah,kroni dn 1001masalah sanggup dPERBODOHLEMBUKAN
dgn dendangan Jamuan Rkyat,Pemimpin Turun Padang,Mesra Rkyt dengar denyut
NADI slogan kjaan PERIThatin.BRIM500
dbagi 365hari yg tinggal rm1.40 utk beli Seluar dalam@COLI tidak cukup apatah lg bahan bakar yg diguna setiap hari...wlpun konon akan dinaik
kn brim itu.PADANNN MUKALLLAAHH