24 Sep 2013

Macai UMNO Memfitnah Lagi: Ibu Nizar Dituduhnya Sepupu Chin Peng


Ipoh – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya. Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula.

“Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula” katanya tersenyum.

Sebelum ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Kor Ming sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut. -SH

ULASAN GB

Cukup teruk perangai pencacai UMNO nih. Tak sudah-sudah dan tak serik-serik melakukan fitnah. Lansung tak takut amaran Allah tentang balasna orang yang suka menaburkan fitnah:

Firmanullah s.w.t:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Tidakkah mereka melihat apa yang telah menimpaterjadi ke atas papagomo yang ditimpa kehinaan sejak masih di dunia lagi akibat suka melakukan fitnah? Bukankah janji Allah itu benar?

Hukum Kebenaran dan Keadilan tetap berjalan.... sekalipun macai UMNO jahil mengenainya...

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya najib tu ada hubungan darah dengan ching peng sebab toh puan rahah adalah drp keturunan cina sitiawan perak. Datuk chin peng berkahwin dengan nenek toh puan rahah. Ini yg aku peroleh drp blog2. Walaalhualam. Jadi najib ada kaitan darah dgn chin peng lah kalu gitu. Hehe

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya bloger2 UMNO ni saja nak bagi duit kat pemimpin2 PR. Dia nak bagi terang2 nampak sangat, jadi buatlah fitnah agar pemimpin2 PR ni saman mereka balik. Mereka semua tau yg cerita tu tak benar kalau disaman pasti mereka kalah. Inilah satu2nya cara mereka nak perabihkan duit mereka yg dah berlongok2 diberikan oleh BN..

Yong berkata...

Salam GB

Ater, dosa ke kalau iapun ibu Nizar sepupu Chin Peng? Yang jadi cucu tokeh judi tu saper? Ini memang dah sah. Minta DS Nizar saman blogger ni sampai bangkrap.

Tanpa Nama berkata...

Biasa la tu pekerjaan BABI ialah menyondol

Demi mendapatkan cacing untuk buat makan maka babi menyondollah, dia tak kira kebun orang ke, pokok tanaman orang ke habis disondol

Ingat tuh kelakuan BABI menyondol
Kelakuan macai MEMFITNAH

Andre Irwan berkata...

Manusia ni ... bila dah biasa makan benda haramjadah, dah tak mampu makan benda halal. Sehari tak makan benda haram, tak senang duduk. Kalau kita ajak makan benda yang halal, depa akan marah kat kita malahan mungkin memboikot kita.
Mungkin dah lama dok jamah benda haram, dalam pemikiran depa tu depa tu dok fikir depa tu mai dari juboq ibu depa kot. Sebab tu alat kelamin perempuan tu halal bagi depa, tak kiralah muhrim atau tidak.
Bagi orang yang waras, hal ini tak mungkin berlaku. Cuba tanya kat depa tu, depa solat tak? Depa lebih percaya pada dunia atau bomoh tapi tidak pada Allah swt walaupun mulut dok mengaku tapi hati, ... entah. Puak macam ni cukup liat dalam hal-hal yang membawa kepada kebaikan. Ingat lagi kes Dato' Mazlan. Yang terbaru ialah dengan abu Chin Peng pun depa takut. Alasan Zahidi bahawa abu hendak dijadi monumen??? HaHaHaHaHa ... Macam ni kita kena korek semua kubor cina di Malaysia. Pi kat kubor Cina, hangpa akan faham. Lagipun sejemput abu dok buat apa? Beliau berkata ada beribu-ribu askar dan polis yang berkorban semasa melawan Chin Peng suatu masa dulu, jadi dengan sebab ini depa tak benarkan Chin Peng pulang walaupun abunya. 53% rakyat (berjuta) tak sokong depa, tapi depa tak mahu pergi (turun) pun. Kerakyatan Chin Peng ???? Cuba imbas kembali, bagaimana British memberi anugerah kat Chin Peng jika beliau bukan berjuang atas kapisiti sebagai rakyat Malaya waktu itu? Lagipun dia dilahirkan di Sitiawan, Perak. Bercakap pasal kerakyatan, bullshit. Hangpa faham maksud aku.

Hampeh berkata...

Lepas ni ada lagi orang yang tak mengaku blogger.. hehehe

Tukang kata berkata...

seronok buat dosa fitnah....sama macam suka cakap tipu tak tipu sehari tak boleh tido...

Tanpa Nama berkata...

puak2 dulu kini dan selama nya suka bergelumang dengan fitnah dan hasad dengki..keimanan yag tiada dalam diri, akibat nya melempar dan meracun orang dengan sesuka hati akan fitnah..tunggu lah hari pembalasan, jgn ingat awak boleh menongkat langit. dasar umporno.

Tanpa Nama berkata...

ish ish
terer jugak cacai umngok cari dan selidik "ancestors" DS Nizar ek?

moh la cacai umngok korang cer cari ancestors aku jugak sebab ancestors aku orang cina asal segamat, nama "surname" "Teck"...puas aku tanya mak aku tapi dia tak nak citer banyak.....maklum mentaliti orang2 dulu mana suka jadi anak angkat....

Bujang Lapok berkata...

Yang jadi cucu tokeh judi tu saper, Cik Salmah?

Tanpa Nama berkata...

Nizar, saman dia orang. Jangan tak saman. Hanya Melayu bodoh saja yang membaca Utusex.

din siam berkata...

Samannnnnnnnnnnn serampang dua tiga mata; bersih nama dan dapat juga duit untuk tabungan. Saya sokong Andre Irwan; jom Manzui.

Tanpa Nama berkata...

kita dah di akhir zaman, mengapa tak takut dengan fitnah.Jangan jadi talam dua muka, kondem Chin Peng tapi dengan negara China melutut habis.Ibarat seorang yang jahat, ada kah keturunan nya juga dianaiyakan.Cuma umno nak tutup siapa sebenarnya pejuang merdeka, jadi reka lah bermacam fitnah, hai blogger pro umno kau sekongkol dengan fitnah dan bagi anak bini makan, tak merasa dosa kah?Mana pahlawan Melayu menentang penjajah potugis, belanda, jepun dan british yang telah terkorban ketitisan darah terakhir dipaparkan tiap tahun sebelum merdeka?Jangan tipu sejarah, penjajah merompak harta negara sama dengan rompakan umno sekarang dengan rasuah dalam segala hal.Mengapa Malaysia negara terkaya di dunia boleh hutang berbillion billion dan ramai expemimpin yang jadi billionaire tapi rakyat masih susah.Apabila yang kaya raya ni melupakan perintah Allah agar sholat 5 waktu dan tak cegah mungkar tunggu lah bala