22 Sep 2013

Isu Chin Peng: Najib, UMNO, Perkasa & KPN Tidak Tahu Undang-undang


Timbalan Menteri: Kerajaan tidak boleh halang abu mayat Chin Peng pulang

Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.

“Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

“Saya tidak boleh bayangkan. Saya tidak tahu undang-undang mana boleh halang mereka,” tambah Wan Junaidi yang pernah memerangi komunis semasa darurat di Sarawak.

Beliau mengatakan jika terdapat undang-undang sekalipun, sukar bagi kerajaan untuk menghalang seseorang untuk membawa abu masuk ke dalam negara.

“Tiada apa yang kerajaan boleh buat tentangnya,”
kata Junaidi yang juga merupakan seorang peguam.

Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok, Thailand pada ulangtahun sambutan Hari Malaysia ke 50, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89.

Ketika hayatnya, beliau berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.

Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) pada usia 23 tahun dan menjadi “musuh nombor satu” British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abu mayat Chin Peng dibawa masuk.

Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat mayat Chin Peng patut dibenarkan pulang ke sini.

Pengerusi biro publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, jika mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia, mengapa tidak Chin Peng.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.

Menurutnya, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam temuramah bersama stesen radio BFM semalam memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan “naïf” dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk disemadikan.

Menurutnya, tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu. -TMI

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini adalah satu isu yg membuktikan umno itu bodoh...bodoh yg xboleh diajar...ruginya malaysia mempunyai pm dan kerajaan yang bodoh piang..umno bodoh selamanya...

Tanpa Nama berkata...

Ramai kawan2 polis aku memuji KPN sekarang ni seorang yang bijak. Tapi cerita tu semasa dia belum jadi KPN lagi.

Tapi bila dah jadi KPN aku tengok tak lah bijak mana. Sama level dengan ketua kampung je aku tengok.

Adakah dia ni next ibrahim ali in the making?

GEBU berkata...

Rakyat Malaysia memang sedar yang Malaysia ditadbir oleh ketua dan sekumpulan pemimpin yang bukan dipilih oleh rakyat tetapi oleh SPR. Tindakan-tindakan terhadap kepentingan rakyat dan Negara bukan menjadi agenda utama tetapi mempertahankan kuasa menjadi darah daging mereka seperti mana golongan sekular diMesir.
Perlu kita sama-sama fikirkan bagaimana hendak menghapuskan mereka ini dari bumi Malaysia yang tercinta dan Tanah tumpah darah kita.

Tanpa Nama berkata...

sapa najib ni? nabi s.a.w pun ikut perjanjian. ikutlah al-quran, hadith & sunnah. Islam berpegang pd janji.

Tanpa Nama berkata...

Isu ini biarlah DAP dengan MCA selesaikan.

Banyak lagi isu lain yg tak ada siapa ambil peduli misalnya pesta penjualan Country Garden Danga Bay Johor Bahru untuk warga asing.

kakaktua berkata...

kenapa abu atthantuya hantar balik'''
kerana NAJIB takut diHANTUI.Bagaimana
jika abu pada parti ABU hendak dihtr DIMANA???

Andre Irwan berkata...

Lanjutan ... 1:39 AM,

Hang tak kenal Najibkah? Dialah bapa golongan munafikun yang menggantikan Mahthir Kutty. Kan Allah swt dah berpesan, munafikunlah golongan yang selalu memungkiri janji.

Lanjutan ... 11.43 PM,

KPN tu manusia pembodek yang paling bodoh yang pernah aku lihat setakat hari ini. Sanggup dia mengaku bahawa PDRM sedang berjaga-jaga di semua sempadan Malaysia semata-mata nak menghalang kemasukan abu mendiang Chin Peng? Bodoh sungguh. Yang senjata, dadah, ... dia tak terjaga. Yang rompakan, kecurian, mat rempit, ... dia tak terjaga. .... ini nak jaga abu mendiang. Sedih melihat KPN yang paling bodoh. Dia ni budak kampong mana ni? Pi belajar dengan boss lama hang tu. Janji ditepati. Roti canai kot.
Satu perkataan sahaja sesuai untuk puak ni.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.. ABU CHIN PENG ATAU ABU ...

Tanpa Nama berkata...

Sedih sungguh keadaan yg menimpa negara kita. Pelakunya dah tak dapat bezakan yg mana satu keutamaan. Tak kenal wajib dgn sunat. Macam sembahyang raya penuh sesak masjid. Cuma sunat. Tapi sembahyang fardhu yg wajib jarang nampak muka berjemaah di masjid. Kalau ada pun nak menunjuk2 minta tv siar secara langsung. Kesihan.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Sebenarnya KPN tu bijak tapi nak jaga periuk nasi trpksa ikut rentak pm bodoh najib..klau brcanggh statemen alamat tak berasap lah dapur....