15 Sep 2013

Ingatan TGNA: Jangan Bagi Pelampung Kepada UMNO Yang Sedang Kelemasan!


Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harun Taib ini memang kurang celik politik. Sama macam TGHA dan Ustaz Azizan. Pada pendapat peribadi saya:

1. Apa ruginya bergabung dengan PKR. Kalau hanya atas sebab DSAI nak bincang dengan UMNO dia mengambil pandangan demikian, dia memang sakit otak. DSAI difahamkan cuma nak bincang tentang bagaimana nak pulih ekonomi negara, untuk kebaikan rakyat juga. Bukan nak tubuh kerajaang perpaduang. Biarkanlah dia. Kalau baik beri sokongan. Kalau tak baik stoplah. Niat DSAI untuk kepentingan rakyat. Dan dia pun bukanlah buat kerja sembunyi2. Harun Taib ini berjuang untuk parti dia ke atau untuk rakyat jelata.

2. PAS ini tak usahlah keras sangat. Dua negeri yang pernah mereka dapat pun, Satu penggal dah kantoi.Presiden parti sendiri pegang MB pun bungkus.

3. Dengar pula sekarang, bukan ulama tak boleh pegang kepimpinan teratas. Kenapa pula. Dah kecil hati Husam, kecil hati Mat Sabu, kecil hari Mahfoz dan Khalid Samad pun dah nak merajuk. Eloklah bagi ulama pegang, buat macam Kedah dan Trengganu. Maaf cakaplah kalaulah tiada profesional dalam PAS, jadilah PAS kekal sebagai parti pondok.

4. Tengoklah bila profesional pegang di Selangor, ok pula. Walau pun berbagai2 tekanan dia terima, dia menang dengan kerusi lagi banyak.

Janggal sangat PAS ini orang nak kedepan mereka nak jadi kambing, tarik kedepan tak nak jalan. Untuk pengetahuan, saya duduk dalam kawasan Ustaz Azizan, dan sentiasa undi PAS. Dan pernah pula jadi Pengerusi Tetap PAS Cawangan.
Sekarang ini cina pun dah suka PAS, keponglah bagi elok.

Tanpa Nama berkata...

Satu2nya pemimpin PAS yang dihormati bukan Islam hanyalah TGNA. Saya nampak tanpa beliau sukar PAKATAN nak bertahan. Terutama pemimpin2 dari T'ganu, mereka tu benak sikit.
Beliaulah satu2nya tokoh yang disenangi oleh semua bangsa.

Tanpa Nama berkata...

Nasihat Tok Guru pun tak diambil kesah oleh puak-puak gila kuasa nie memang betul separuh dari pemimpin pPAS hari ini memang suka bagi bola tanggung pada UMNO/BN lepas tu dok salahkan gabungan PR konon dok bercakap yang tidak kena mengena dengan Islam ,apa ini agaknya PAS nak jadi pembangkang selama-lamanya,lihatlah baru satu penggal tadbir Kedah sudah lintang pulang pemimpin PAS negeri,kerana berebut hendak jadi ketua, itulah sebabnya Tok Guru selalu berpesan bila bercakap biar dengan fakta agar pehak lawan akan tersungkur sendiri bila balas bahas.

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan macam langit dan bumi cara ulama berfikir berbanding lebai2 kampung yang ada dalam pas yang kebanyakannya berfikir dengan menggunakan kepala lutut. Lepas tu mengaku ulama dan memaksa orang lain hormat.

Pigi dah....

Tanpa Nama berkata...

Ulasan TGNA amat bernas untuk dijadikan pedoman dan pegangan Ahli
Jamaah semua.
Syabas Tok Guru.

Tanpa Nama berkata...

Kalau diberi juga pelampung maka jadi apa yang telah terjadi kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir terlalu beri peluang akhirnya Hosni Mubarak tetap berjaya dibebaskan.

Andre Irwan berkata...

Aku 100% menyokong TGNA. Kita wajib mendahulukan agama Allah swt iaitu Islam. Keutamaan kepada agama Allah swt adalah perkara yang tak boleh dpandang enteng terutama kepada kita yang beragama Islam.
Aku dah kata banyak kali, perjuangan perkauman tidak akan membawa kita ke syurga Allah swt. Kadang-kadang ianya dilihat seolah-olah relevan, tambahan pulak dengan slogan Melayu tu Islam dan Islam tu Melayu. Di Tanah Melayu ni memang begitulah. Tapi kalaulah kita hanya bertempekkkan nama Islam dan Melayu tapi tidak pernah mengutamakan Islam, apakah ada gunanya? Bukankah kita telah meletakkan Allah swt di tempat kedua selepas semangat keMelayuan kita? Dah banyak kali aku katakan Melayu tu bukan Islam dan Islam tu juga bukan Melayu. Islam tu universal dan hadiah yang diberi oleh Allah swt kepada semua insan di muka bumi ni. Tiada hak istimewa dalam Islam kecuali mereka yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Menduakan Allah swt dengan apa sekali pun membawa erti kata syirik yang akan membawa ke neraka jahanam.
Rezeki kita diberi oleh Allah swt. Puak UMNO-BN, rezeki mereka pun diberi oleh Allah swt. Perlukah kita bersyukur kepada UMNO-BN atas alasan mereka yang menjadi kerajaan di Malaysia? Kita boleh berterima kasih tetapi kita tak boleh bersyukur pada mereka. Hanya kepada Allah swt, kita bersyukur.
Wallahulam.

Tanpa Nama berkata...

KLU BOLEH LAGI BAGUS MUSNAHKAN KILANG YG MENGELUARKAN PELAMPUNG BERJENAMA "UNDI AWAL"DAN YG BERJENAMA "UNDI POS".KLU PELAMPUNG JENIS NIE DAPAT DIMUSNAHKAN KOMPOM UMNO/BN CELAKA LAKNATTULAH PUPUS DARI MUKABUMI MALAYSIA YG KITA CINTAI INI.

Din Angsa berkata...

Kenyataan TGNA ni adalah kenyataan ulamak yg TAHU politik dan TAHU pentadbiran.Kerana buta politik dan tak faham mentadbirlah PAS sekadar mampu memerintah Trengganu dan Kedah hanya pada satu penggal sahaja.Ini Harun Taib tak faham,Harun Din tak faham dan Din Ayam tak reti.Geng dari Trengganu ni selalu buat kacau dalam PAS.Baca kenyataan TGHA selepas acara penutup - hambar,tak tegas dan bermuka-muka.Keluarlah dari Pakatan Rakyat,nak tengok berapa banyak kerusi PAS boleh menang.Hasrat Harun Taib ni adalah kehendak UMNO,Harun Din,Nasaruddin Mat Isa dan Hassan Ali.

Tanpa Nama berkata...

Din angsa, puak2 yg hang sebut adalah "ulama" melayu dulu islam kemudian.
Skag kt kelantan pun dah ada puak mcm ni. Tak heran la kalau tak brubah GE 14 kelantan pun bungkus

Tanpa Nama berkata...

PAS ini rata rata ahli orang Melayu. Orang Melayu rata rata miskin akibat bahalol dan benggap dalam pemikiran , terutama Melayu dari kampong yang masih otak kampong. PAS perlu pemimpin yang matang otak berfikiran global yang dapat memasarkan Islam kepada bukan Islam. Rata rata ulama dalam PAS itu pun menunjukkan pemikiran jumud. Apakah sama rupa orang bahalol dengan orang berfikiran ?

Sedih di lihat PAS yang dapat menarik bukan Islam mengiktirafnya jadi sebigini akibat pemimpin ulama yang agak jumud.

Sebaiknya lantik Dr MAZA sebagai Konsultan bagi Dewan Ulama dan Harun Taib jadi orang buka-tutup pintu Dewan aje.

Melayu Melayu.... Pak Guard pun Melayu !

Tanpa Nama berkata...

komen2 di atas memang cukup baik, maka saranan TGNA sangat lah kena dan tepat pada masa. jangan nanti sokong bawa rebah,...ingatlah UMNO tidak sekali2 redho dgn cara PAS, APA SAHAJA tENTANG iSLAM umno AKAN TEKAN HABIS2AN. Org cerdik pandai dalam PAS ambil lah pengiktibaran dari apa yg Allah berikan selama ini...jangan sibuk nak kuasa hingga ugama di persendakan..

Tanpa Nama berkata...

Satu ktiteria yang perlu ada dalam jamaah gerakan islam ialah kehebatan mental dan fizikal dalam mendepani puak Thoghut. Berapa banyak golongan ulamak yang pernah di ISAkan, masuk dan keluar lokap, naik dan turun mahkamah berbanding golongan professional seperti Mat Sabu, Dr. Hatta, Sallehuddin Ayob, Mahfuz dll. Cuba kita tanya DHT, berapa kali dia kena ISA.

Oleh itu kuta kena juga tengok kehebatan orang lain dalam soal jamaah PAS.

Tanpa Nama berkata...

Harun Taib tak layak jadi ketua dewan ulamak, hanya layak duduk dalam perkasa dan jati je...masa pilihanraya batang hidung pun tak nampak..sekarang nak tunjuk hero pulak..turun padang berceramah pun tak pernah..bila pas dah kuat skit nak suruh tinggal pkr.Inilah org kata melayu mudah lupa..bila kuat skit dah tunjuk taring..kau ingat bila kau bersendirian kau dapat takluk sabah sarawak dan malaysia..?Kalau macam inilah perangai harun taib sampai kiamat pun pas takkan perintah malaysia..!!!

Tanpa Nama berkata...

subhanallah, lihatlah bagaimana gaya dan corak pemikiran seorang ulamak yang sebenarnya, penuh dgn kebijaksanaan dan hikmah. Sebab itu orang bukan islam ramai yg kagum dgn tgnaa.
sayang, ada pula kumpulan yng ada sedikit ilmu islam dan.mengaku pula golongan ulamak yang mempunyai pemikiran yang songsang kebelakang. Ulamak adalah diangkat golongan yang diangkat oeh masyarakat berdasarkan pegangan islam yg kukuh dan membawa masyarakat ke jalan yg benar. Dan bukannya golongan yg syok sendiri dgn.ilmu islam mereka.

Tanpa Nama berkata...

calon paling layak ganti Ketua Dewan Ulama PAS Pusat ialah Datok Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Ustaz Ahmad Awang.

Paling bagus, dikaji semula kedudukan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

1) Kajian tentang peranan Harun Taib dalam memastikan PAS tersungkur di terengganu pada PRU12, dan gagal dalam menawan PAS terengganu dalam PRU13.

2) Kajian tentang peranan Harun Taib dalam PROJEK KERAJAAN PERPADUANG UMNO-PAS membantu Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa

3) Kajian tentang peranan Harun Taib dalam memperlihatkan Dewan Ulama PAS sebagai diktator dan tidak demokratik serta melanggar Perlembagaan PAS terutamanya dalam "Isu Presiden dan Timbalan Presiden PAS untuk Ulama"

4) Kajian tentang peranan Harun Taib dalam PAS, dia hanya rajin keluar hukum dan kenyataan. Tetapi gerak kerja untuk kemenangan PAS dan gerak kerja untuk menarik pengundi menyokong PAS hampir langsung tiada. Kejayaan beliau ialah melarikan pengundi daripada menyokong PAS dan membuatkan pengundi membenci PAS.

5) Kajian tentang kegagalan Harun Taib dalam memimpin Dewan Ulama PAS. Dewan Ulama PAS kini dilihat langsung tidak berfungsi kecuali menjadi suara umno untuk menggagalkan Pakatan Rakyat. Dewan Ulama PAS kini menjadi liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat umumnya.

Tanpa Nama berkata...

aswhb tuan guru N.aziz

nasihati lah anakmu pe name tu....
nik abeduh ngan anak tantawai tu....yg dah jadi pemimpin pas yg meminta minta tanpa rasa segan dgn Allah

nasihat lah...sebab abeduh and anak tantawi selalu aje beri pelampong dan bola tanggung utk umno malahan dah dekat PRU13 ari tu...tolong yerrr

Unknown berkata...

Allah huakhbr! TGNA my idol forever.bkn tksub tp bangga dgn pemikiran dia yg maju kehadapan ntuk mmperbaiki n mmperkukuhkn agama Islam dimata org2 kafir khususnya n islm umumnya.dlm islm tiada pksaan..ttpi dgn cara inilah jgn terkejut,klau satu hri nnti bilangan umat Islam brtmbh dn bertmbh diatas keindahan Islam yg ditnjukkn,dr agama jahiliyyah hijrah ke agama Allah sprtimana Arab quraisy dahulu.buatlh demi agama bkn demi parti.Moga Allah kurniakn kesihatan yg baek ke atas TGNA agar dia trus mnjadi penasihat kpda PAS yg smkin mnyimpang dr tujuan asal.wallah hualam.

AKG BEARINGS FOR JOHOR , MALAYSIA berkata...

Assalam, saya penyokong PAS tegar ditempat saya yang melihat ukwah tahalul siyasis antara PKR dan DAP berjaya. Pelik juga, Dewan ulamak ni asyik keluarkan statement yang macam tu sejak mula PRU13 tempohari dan dibawak ke sehingga hari ini. Menantu Presiden PAS tu silalah berhenti dari membawa onar yang boleh memalukan Presiden PAS itu sendiri jika sumber yang saya dapat benarlah. Malulah saya menjadi Penyokong PAS tegar bila semua nak jadi BOSSS. Dah macam mirip2 pemimpinan UMNO lak. Tidak meletakkan Islam dihadapan nak meletakkan kepentingan diri sendiri dihadapan yang kononnya ULAMAK itu maksum. Profesional dalam PAS kalau boleh bercakap dengan NAS dan Hadits kan lebih baik dari ULAMAK yang jumud kononya dia maksum. Subbhana Allah.