15 Sep 2013

[BERGAMBAR] Polis Tembak Diri Sendiri Selepas Tembak Isteri & Bapa Mertua


Ledang - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Felda Chempelak, Labis dan di Kampung Padang Lerek 1, di sini malam tadi.

Isteri suspek berusia 26 tahun itu merupakan seorang kerani sekolah di Bandar Tangkak di sini manakala bapanya seorang imam di Kampung Padang Lerek 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer.

Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah bapa mertua, manakala bapa mertua yang cedera parah akibat terkena tembakan dikejarkan ke Hospital Daerah di sini tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Sementara itu seorang jiran mangsa, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi letupan dan salah seorang anak lelaki mangsa tiba-tiba datang ke rumahnya memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya amat terkejut dan memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah mangsa dan apabila masuk, saya lihat dua tubuh terbaring di ruang tamu berlumuran darah.

"Imam itu ketika itu berada dalam keadaan terlentang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja," katanya yang bertindak menghubungi polis dan ambulans sejurus selepas itu.

Katanya, sebelum itu beliau ada melihat suspek pulang ke rumah bapa mertuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah Proton Wira sebelum salah seorang anak perempuan Iman itu keluar bermain-main bersama anak suspek.

Sementara itu, jenazah suspek dan bapa mertuanya dibawa ke bilik mayat Hospital Daerah Ledang di sini manakala sepasukan anggota forensik masih menjalankan siasatan di rumah kejadian di Kampung Padang Lerek 1 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris turut berada di tempat kejadian, namun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - Bernama



ULASAN GB

Inilah yang berlaku apabila pistol berada di tangan orang yang tipis imannya.

Sebelum ini di Terengganu sudah wujud pendedahan di mahkamah di dalam kes Suwardi dan Azwan, seorang anggota polis cara terang-terangan mengaku dia tidak pernah mendirikan solat, kemudian mengaku bahawa dia seorang peminum arak, sekalipun di luar waktu bertugas.

Kemudian timbul pula kes polis merogol pelajar di dalam balai polis.

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - katanya bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Walau apa pun alasan polsi itu melakukan tembakan (samada beliau menghadapi masalah mental dan sebagainya) yang penting keseluruhan unit keselamatan perlu dibersihkan. Usaha untuk meningkatkan pendidikan agama di kalangan para anggotanya perlu dilakukan.

Dan Menteri KDN dan KPN, seperti GB suarakan sebelum ini, perlu ditukar kerana kedua-duanya bermasalah.

Petikan :

Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah.

Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadap kematian tahanan di dalam penjara!

Dan nampaknya, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini.

Bukankah bagaimana acuan begitu kuehnya? Bagaimana ketua begitu anak buahnya?

Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan.


14 ulasan:

Amuraria berkata...

setuju 110% dengan saranan Tn GB ! ABU jangan lupa !

ex FBI berkata...

Ada polis yg rasuah, sekongkol dgn sindiket dadah dan judi, merogol perempuan pendatang, pelanggan GRO percuma dan salah guna kuasa.

VCD lucah yg dirampas akan dibahagi-bahagi antara anggota polis untuk ditonton, sampai anak polis pun tahu bapanya tonton vcd lucah dirumah.

Ada piagam polis yg tak ditulis 'Never betray your comrade'.

Lebih ramai polis mcm ni tembak kepala sendiri lagi bagus. Tanam je di jirat bukan islam.

tomskut berkata...

Saya ada dulu komen.... ada kenalan saya yang jadi polis... sebelum jadi polis die ada macam satu ujian.. die kena macam dera segi emosi. tu tak kisah sgt... tapi yang betul2 bodoh ialah org2 pendera2 tu (polis) tak bagi sembahyang.... walaupun mereka tu islam... jadi dari situ dah tau polis malaysia sudah menyimpang jauh... mmg tak boleh jadi polis sekarang... kena ubah cara2 mereka baru polis jadi ok

Tanpa Nama berkata...

Polis jahat tak ramai tapi yang tak ramai inilah yang menjatuhkan nama baik PDRM. KPN, nama kamu pun terpalit sama kerana perbuatan anak-buah kamu... adakah kamu sendiri jahat? Tak mungkin, tapi bersikap angkuh bila membuat atau mengeluarkan kenyataan, ada lah.

BaDiN berkata...

Dulu pernah kata bahawa mereka yg jadi polis amat berbangga ibarat dapat lesen membunuh,ramai dikalangan mereka yg tiada lesen memandu bila tidak jadi polis tika itulah lesen memandu hendak diambil juga pernah suatu ketika dulu semasa saya berkawan mereka ni ,ada yg tak puasa dan makan direstoran bagi yg berwajah seiras Cina dan ada yg berkata kpd saya berkawan boleh tapi bersahabat jangan.
Adakah ini balasan bagi semua polis yg berlagak kononnya puak mereka saja yag betul serta benar dalam pakaian seragamnya.Rasa riak,takabur,sombong,bongkak dijadikan perisai untuk menafikan segala teguran dan cadangan.Kerana Nila Setitik,Rosak Susu Sebelanga.
Niat suci polis untuk menjaga keamanan dan kedamaian masyarakat telah dirosakkan oleh sang Pemerintah Umno/Bn apabila mereka dipergunakan untuk kekal berkuasa.

Anti Rasuah berkata...

Kepada Anon, Sept 15, 3.00 pm,

Polis yang Baik tak ramai tetapi yang JAHAT tu ramai. Sebab tu imej PDRM ... KPNnya ... integriti pun dipersoalkan. Jadi kalau KPN pun antara polis yang kurang baik, sudah tentu anak buahnya pun kurang lebih sahaja. KPN ni dinaikkan pangkat sebab dia merupakan antara yang terbaik di antara yang buruk. Kan pribahasa melayu ada menjelaskan, "Bapa Borek Anak Rintik".
Soalnya bukan angkuh tapi fakta.

Tanpa Nama berkata...

Banyak polis yang jahat daripada yang baik....

Tanpa Nama berkata...

Ari tok bahasa Melayu dapat satu peribahasa baru

"Harapkan pagar, pagar makan pagar"

Guru bahasa Melayu sekolah rendah sila ambil perhatian

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah bapak punya bapak pun kepala bapak...pukui orang sampai cacat kekal...anak-anak apa lagi..kepala bapak punya b**** laaa..... ABU jangan lupa....

Unknown berkata...

tu la... tp kita perlu ingat.tak semua yang buruk dan tak semua yg baik. xyah jauh la.. tpuk dada tanya selera... yg buruk tu harap cepat2 lah sedar dan dikluarkan.jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tanpa Nama berkata...

ni pengalaman sendiri ketika mahu pergi solat jumaat, ada sekumpulan polis mengikuti kursus di equine park dan singgah berehat di rumah rakan mereka di apartment berdekatan rumah saya, apa yang memusykilkan saya ialah dari banyak2 polis yg ada tu (termasuk tuan rumah) hanya sorang saja ygpergi solat jumaat kerana menumpang kereta saya, apabila ditanya mana yg lain polis yg keseorangan itu hanya diam dan memberi nasihat agar tidak menunaikan solat...hahaha so dari sini kita bleh tau brapa rmai polis yg solat dan tak solat...POLIS JAHAT LAGI BANYAK DARI POLIS BAIK...bersyukurlah Malaysia masih aman...

zena arab berkata...

Sebenarnya inilah bala yg Allah turunkan kpd kumpulan yg melindungi pemimpin zalim. Sedarlah masyarakat diluar sana, insaflah kpd yg belum.

Tanpa Nama berkata...

Pernah aku berdiskusi seorang anggota polis berpangkat. Katanya cukuplah pelajaran ugama yang dia belajar dibangku sekolah dulu. Aku kata engko belajar agama semasa tahap otak engko budak-budak. Sekarang tahap fikiran budak-budak engko bawak bila dah dewasa.

Sebab itu apabila nampak polis terus terbayang makan rasuah, ugut, ganas dan pro-umno.

batu api berkata...

Apa juga yang berlaku atas kamu ia adalah hasil dari tangan kamu sendiri...