25 Sep 2013

Budaya Samseng Dan UMNO Tak Dapat Dipisahkan


Calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz yang mendakwa dipukul ketika menghantar borang pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Titiwangsa, Sabtu lalu meminta pihak polis menyegerakan siasatan kes itu.

Menurut Mohd Ariff, dia turut mengenali pihak yang memukulnya itu kerana individu berkenaan turut memegang jawatan dalam Umno Bahagian Titiwangsa.

"Gejala samseng dalam Umno perlu dihapuskan agar ia tidak memberi imej buruk kepada parti terbesar dalam negara ini.

“Di bahagian lain semuanya berjalan lancar, tetapi kenapa berlaku kejadian ini untuk bahagian Titiwangsa,” katanya kepada media, semalam.

Mohd Ariff berkata, kes pukul berkenaan tidak boleh dikaitkan dengan Datuk Johari Abdul Ghani kerana pada masa itu Ketua Umno Bahagian Titiwangsa itu masih belum menghantar borang untuk mengekalkan jawatannya.

"Namun, saya menafikan kenyataan Datuk Johari yang menganggap kejadian pukul ini merupakan satu drama yang dilakukan untuk memburukkan nama beliau.

“Ia memang betul berlaku dan laporan polis juga saya telah buat termasuk pemeriksaan doktor.

“Mungkin Datuk Johari tidak percaya kerana saya masih belum menyerahkan laporan polis ini kepadanya atas sebab kekangan masa. Insya-Allah esok (hari ini) saya serahkan kepadanya," katanya.

Mohd Ariff dalam pada itu meminta mana-mana pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa.

“Biar pihak polis dan lembaga disiplin parti melakukan siasatan seterusnya mengenakan tindakan terhadap pihak yang bersalah,” katanya. -SH

‘Hentikan budaya samseng dalam Umno’


Calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, hari ini mahu pimpinan Umno pusat menghentikan penularan budaya samseng di dalam Umno ekoran kejadian yang menimpa beliau.

“Umno tidak memerlukan pemimpin bersifat gangster. Sila singkirkan mereka,” kata beliau dalam satu sidang media di sini.

Beliau telah pun menghantar surat cadangannya kepada pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail dan pengerusi jawatankuasa pemilihan Umno, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Surat sama akan diberikan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua hari lalu, Ariff bercadang menghantar borang pencalonan di PWTC untuk bertanding kerusi Ketua Bahagian Umno Titiwangsa telah dipukul oleh Setiausaha Kerja Umno Titiwangsa, Noryumisza Abu Nasir.

Beliau yang cedera terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Kuala Lumpur. Satu laporan polis telah pun dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Beberapa jam sebelum itu, beliau telahpun mendaftarkan diri sebagai calon untuk kerusi ahli majlis tertinggi Umno. Beliau merupakan salah seorang daripada 64 calon yang bertanding untuk 25 kerusi ahli majlis tertinggi.

Pemangku Ketua Bahagian Umno Titiwangsa sekarang ialah Datuk Johari Abdul Ghani Beliau yang akan mempertahankan jawatan beliau telahpun menafikan dakwaan Ariff.

“Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya.

“Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno,” kata Johari kepada akhbar Sinar Harian dua hari lalu.

Dalam akhbar sama hari ini, Johari mendakwa kejadian ini ialah satu drama lakonan semata – mata.

Mengulas kenyataan ini, Ariff berharap pihak polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Ariff turut memberitahu bahawa beliau telah menerima pesanan ringkas melalui telefon dari Noryumisza.

“Dia minta maaf kepada saya kerana menyangka saya akan menghantar pencalonan untuk kerusi ketua bahagian Umno Titiwangsa. Saya tidak berbuat demikian.

“Dia juga redha untuk menghadapi apa saja hukuman sewajarnya,” kata Ariff.


ULASAN GB

Hukum Kebenaran & Keadilan terus berjalan. Akhirnya kini terbukti budaya samseng itu budaya UMNO. Selama ini PR menjadi mangsa samseng-samseng UMNO ini. Kini calon MT UMNO sendiri menjadi mangsanya.

Tapi aneh, belum didengar pihak polis menangkap samseng-samseng UMNO ini.

7 ulasan:

Bujang Lapok berkata...

Ohhh! kau mau tunjuk samseng ya?

Apa kau ingat parti umporno ni bapa kau yg punya ?

Oi sedara.. cakap jangan sebarang cakap. Nanti ada yg kena penangan pendekar mastor.

Pendekar mustar lah ba**l*l.

The Seven Thing berkata...

biarkan si luncai terjun dengan labu labunya...teruskan permainan ini wahai bani umnu

Tanpa Nama berkata...

haahh....tangkap kemudian tayangkan kat tv arus perdana..kasi make up baik punyeee....

Tanpa Nama berkata...

Dah kena pukul tu, muhasabah le. Masih nak sama2 dgn samseng. Ape le punya labu. Publisiti kot.

Tanpa Nama berkata...

Sejahat mana pun lakonan Aaron Aziz dalam lakonan KL gangster, lagi jahat lagi gangster dalam UMNO Sebab Aaron Aziz itu lakonan sahaja yang gangster UMNO ialah realiti dan mempunyai bukti jelas.

Tanpa Nama berkata...

KONGSI GELAP KOT...TANGKAP!!!

Tanpa Nama berkata...

masing masing ingin kan jawatan untuk dapat habuan dari rasuah.Kalau KU Li dah cakap rasuah lah menyebabkan harga naik, wahai pendukong parti yang penyamun harta negara dan hak rakyat, takut lah Allah kerana setiap setiap hasil akan di soal dari mana dan kemana.Hidup mewah di dunia bukan bererti bahagia di akhirat Duit haram hanya bahagiakan kita di dunia.