21 Ogo 2013

TG Nik Aziz: Arab Saudi Belum Tentu Pegang Kunci Kebenaran Sekalipun Menjaga 2 Tanah Suci


Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir.

Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera.


Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.

Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak.

Saya menghormati keilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari.

Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera.

Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur.

Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan ALLAH SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran.

Di samping menjaga dua tanah Suci, Arab Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika Syarikat (AS) sekian lama.


Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Arab Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia.

Jika darah Abdullah bin Zubair RA pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini?


Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Arab Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa.

Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan ALLAH SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau.

Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-ALLAH, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar..!!

Orang Muda Geng Kita berkata...

Benarlah kata2 Tuan Guru.

Tanpa Nama berkata...

terbaik....ulasan dari Tuan Guru.....

5sal berkata...

assalam admin!rasa sebak pabila membaca cacatan TG Nik Abdul Aziz tu.Wat pejuang2 Islam bersabarlah. Allahhuakbar

Tanpa Nama berkata...

statement yg tulus dr seorg pejuang islam!!
without fear ar favour!!
Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...


sudah lama aku bagi tahu. orang yahudi mahu kuasai dunia. yahudi tahu jika mereka hendak kuasai dunia, seluruh manusia harus disesatkan & menuruti mereka. mereka berjaya menyesatkan kaum nasara dengan mengubah kitab injil sebenar kepada bible. akibatnya kaum nasara yg tersesat menuruti apa saja kata yahudi.

yahudi jugalah yg mencipta fahaman demokrasi, sekular, kapitalis, komunis, sosialis, liberal, kebangsaan, untuk merosakkan peradaban manusia. melalui fahaman ini mereka menyesatkan manusia dan merencanakan agenda mereka melalui kumpulan freemason, illuminati dan lain2. new world order. itulah cita2 & projek yahudi. new world order adalah rancangan yahudi memerintah dunia diketuai oleh pemimpin mereka yg ditunggu2 iaitu dajjal.

untuk menjayakan cita2 new world order, yahudi mencipta fahaman berhaluan kanan iaitu fahaman pentadbiran secara demokrasi-sekular dan fahaman kapitalis dalam ekonomi. mereka tahu umat Islam akan menentang fahaman ini dan jika umat Islam menentang, pasti mereka kalah. oleh itu, mereka mencipta fahaman kebangsaan, liberal dan wahabi agar unsur penentangan umat islam dapat dikurangkan.

mereka juga mencipta fahaman berhaluan kiri yg kononnya menentang fahaman berhaluan kanan. fahaman berhaluan kiri ini, disamping kononnya menentang fahaman berhaluan kanan, ia sebenarnya turut menjayakan projek new world order. fahaman berhaluan kiri adalah pentadbiran komunis dan ekonominya sosialis. sebab itu anda melihat russia & china kononnya menentang amerika. yahudi turut menyesatkan umat islam dengan mencipta fahaman berhaluan kiri dalam Islam iaitu fahaman syiah.

anda dapat melihat kerajaan syiah alawite di syria membunuh umat Islam. kerajaan syiah syria dibantu kerajaan syiah iran dan russia. anda juga melihat kerajaan saudi wahabi menyokong askar sisi membunuh umat Islam mesir. dan di sebalik kerajaan saudi wahabi adalah usa & zionis israel.

kepada umat Islam di malaysia, janganlah berpegang dengan fahaman ciptaan yahudi yg berhaluan kanan mahupun kiri. yakinlah kepada Islam yg sebenar. berpeganglah kepada mazhab empat ahlus sunnah wal jamaah. ingatlah bahawa Allah telah sempurnakan kitab Al-Quran. Jika anda mencampurkan fahaman ciptaan yahudi di dalam Islam, bermakna anda menafikan kitab Al-Quran telah lengkap dan sempurna. mereka yg membawa unsur2 fahaman yahudi ke dalam Islam, adalah mereka yg jahil tentang Al-Quran kerana tidak mendalaminya.