17 Ogo 2013

Senjata Israel Digunakan Tembak Pendukung Mursi, Tertulis Bahasa Ibraninya!


Semakin jelas bahawa senjata Israel telah digunakan untuk membubarkan aksi demonstrasi pendukung presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Mursi, pada Rabu (14/8) lalu.

Kelongsong peluru yang ditemui ternyata mempunyai tulisan Ibrani (Hebrew) yang menunjukkan ia datang dari negara Israel.

Pesawat kargo Israel telsh kelihatan mendarat di bandar antarabangsa Kaherah pada hari ketika pegawai keselamatan Mesir melakukan pembubaran paksa terhadap demonstran yang melakukan aksi duduk bantah untuk menyokong Mursi.

Dany Novery, koresponden Mi’raj News Agency di Kaherah, mengesahkan hal tersebut. Dia menyatakan kemungkinan senjata Israel telah masuk pada Rabu kelmarin.

"Sebab, senjata-senjata yang menyerang demonstran seperti gas air mata, tin-tin gas, peluru, bertuliskan bahasa ibrani," kata Novery seperti dikutip oleh MINA.

Sementara penyumbang berita Mi’raj News Agency di Kairo, Amran Hamdani, menyebutkan laporan media tempatan menyaksikan pesawat kargo Israel telah dilihat membawa perlengkapan senjata dan kemungkinan persenjataan yang didakwa sebagai bantuan untuk tentera Mesir.

Saksi mata juga melaporkan ada ambulans yang datang ke Rab’ah Adawiyah membawa penuh perlengkapan senjata untuk para tentera. Hal itu dilihatnya setelah pemandu ambulans menolak membawa jenazah yang dimintanya.

"Dia (saksi mata) melihat di dalam kenderaan itu penuh dengan perlengkapan senjata yang kemungkinan datang bersamaan dengan pesawat kargo Israel," kata Hamdani.

Tiada ulasan: