5 Ogo 2013

Remaja Bawah Umur Tawar Khidmat Seks RM20

Melaka: Harga yang ditawarkan untuk enam pelacur kanak-kanak hanyalah RM20 bagi setiap sesi berserta pil psikotropik untuk menjadikan mereka khayal.

Keenam-enam mereka yang semuanya berusia di bawah 14 tahun, telah ditahan ketika operasi anti-narkotik dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasaan.

Apabila ditanya, mereka mengaku secara rela menjual diri mereka untuk khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah mereka.

Pihak berkuasa mendapati sukar untuk mendakwa mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis-gadis bawah umur ini kerana identiti 'pelanggan' tidak diketahui.

"Dan, anak-anak gadis ini enggan memeberitahu nama mereka," kata Pengerusi Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar.

Beliau percaya terdapat banyak lagi gadis-gadis yang bersedia untuk dieksploitasi secara seksual kerana mereka mengalami ketagihan dadah.

"Kita bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan atau akses kepada kaedah pencegahan," katanya.

Latipah berkata polis baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang telah memaksa teman wanita berusia 13 tahun dari Merlimau terlibat dalam kancah perdagangan seks.

Bapa gadis yang melarikan diri dari rumah itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah di Peringgit Pantai pada 26 Julai lalu selepas menerima maklumat bahawa anaknya dipaksa melayan lelaki lain oleh teman lelakinya yang merupakan penagih dadah.

"Gadis itu berkata, dia juga terbabit dengan dadah dan menerima RM20 untuk setiap sesi seks daripada teman lelakinya," kata Latipah.

Siasatan polis mendapati gadis itu telah diminta untuk melayan pelanggan di hotel dan juga di rumah sejak Jun.

Latipah berkata remaja-remaja perempuan itu sedang menjalani pemulihan.

Sumber berkata beberapa pelacur kanak-kanak juga telah melancarkan perniagaan mereka secara bersendirian yang mana 'hasilnya' tidak perlu dikongsi dengan orang tengah dan bapa ayam.

"Mereka menawarkan perkhidmatan mereka melalui media sosial," kata satu sumber.

"Kebanyakan mereka menyewa rumah secara kumpulan untuk melayan pelanggan mereka," katanya.

"Ada juga yang melakukannya di lorong-lorong belakang." -mstar

12 ulasan:

Mr Dhon berkata...

Gubal undang2; sabit kesalahan kerana melanggan pelacur, hukumannya tiada penjara, tiada denda; bagi sebatan terus mandatori.... ADA BERANI ?

Tanpa Nama berkata...

Musibah kesan pusaka peninggalan dua orang bekas pembesar Melaka. Ingat tak? Sorang buat kes dgn gadis bawah umur & sorang lagi arkitek pembinaan sekolah wanita mengandung anak luar nikah. Astaghfirullah .....

Tanpa Nama berkata...

PADA TAHUN 1983 SAYA BEKERJA DI MELAKA DAN PELACUR DARI KAUM REMAJA INI SUDAH BERLELUARSA DAN TIDAK SESIAPA MENGAMBIL TINDAKAN... DAHULU KALU BERJUMPA DENGAN MEREKA CUKUP MEMBAYAR HARGA BILIK PENGINAPAN DAN MEMBAWA MAKAN MAKAN, MMG KEGIATAN SEKS REMAJA INI SUDAH BERTAPAK DI MELAKA PULUHAN TAHUN SUDAH TP TIADA PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN PUN... SBB SEMUA GENG PENGUATKUASA DR PIHAK BERWAJIB TUMPANG SEX FREE TERMASUK ORG POLITIK PON SAMA.... BARU HARI INI NAK HEBOH,... DAH TERLAMBAT....

Abu Syaukah berkata...

Tiada istilah terlambat dalam menegakkan kebenaran dan membasmi kemaksiatan.....dengan kuasa, dengan kata2 atau dengan hati (membenci)...

Tanpa Nama berkata...

"Kita bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan atau akses kepada kaedah pencegahan," kata Pengerusi Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar.

MAAF CAKAP DIBULAN RAMADHAN INI, SEPATUTNYA KITA BERCAKAP BAIK, NAMUN KENAYATAAN Datuk Latipah OmaR, SEOLAH-0LAH MEMBELEHKAN PELACURAN JIKA MEREKA TAHU CARA PENCEGAHAN. KITA SEPATUTNYA KEMBALI KEPADA SYARIAT DAN SUNATULALLAH, ALLAH TELAH MENGATUR PERANCANGAN NYA DENGAN BAIK.

TOLONGLAH DATO L O BERCAKAP ATAS DASAR IMAN DAN TAQWA BUKAN LOGIK SEMATA-MATA.

Tokwan Perak.


Roza berkata...

Baru tahu ke pemimpin BN minded mereka mmg tak boleh pakai ?. Jika kejadian jenayah tembak, parti pembangkang dipersalahkan oleh ex KM Melaka, tapi ini mana nak lari, baru bersepai di atas batang hidung sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Anak Anak Melayu lagi...

Apa nak jadi dengan Melayu yea?

Tanpa Nama berkata...

Mana ada brani brader...wallahu'alam. Menurut salah seorang lawyer muslim yang saya dengar sendiri dalam satu kuliah maghrib bab jenayah syariah msmaklumkan bahawa kesalahan jenayah syariah yang ada hukuman sebat, sukar dilaksanakan sebab KAEDAH SEBATAN SECARA ISLAM TAK DIWARTAKAN. Yang kita dengar hanya para ustaz saja bercakap kaedah mengikut nas hadith dan pandangan ulamak yang disepakati. Kalau dijatuhkan juga hukuman sebat, pesalah akan disebat sehingga tanggal kulit pungkok.

Jadi.... salah siapa.

Tanpa Nama berkata...

SALAH DIRI SENDIRI YANG MENGUNDI !

Tanpa Nama berkata...

Laksanakn hudud...

zaminc berkata...

tolong semak semula maklumat anda.

cara dan kaedah sebat dah ada warta lama dah.

kes minum arak di suatu negeri di pantai timur dulu, kalau anda ingat, kalau tidak kerana campurtangan pihak tertentu sudah tentu hukuman sudah dijalankan.

Unknown berkata...



Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
Sekiranya berminat, sila hubungi :-
DRINA DMARYA RESOURCES
No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
Tel : 03-33745230/ 013-3311606
WEB KAMI :
kahwinthaibest.blogspot.com
drina1998.blogspot.com






















giochi gratis online