27 Ogo 2013

Ali Rustam Dilantik Senator, Menteri JPM, Ketuai PNB Demi Upah Politik?

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin ditolak rakyat dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesali kerana tindakan itu dianggap sebagai upah politik demi menjaga kepentingan politik beliau menjelang Pemilihan Agung Umno yang bakal dilangsungkan tidak berapa lama lagi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin, Najib sepatutnya melantik individu yang mempunyai pengalaman serta trek rekod yang bersih selaras dengan prinsip wasatiah dan bukan melantik pemimpin yang mempunyai rekod prestasi yang buruk dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.

“Saya lihat ada satu trend pengagihan jawatan penting untuk mengemudi syarikat startegik negara kepada mereka yang kalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman di Sime Darby, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Tabung Haji dan terbaru Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula diwarkan bakal mengemudi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Malangnya ada diantara mereka bukan sahaja ditolak rakyat, malah tidak mempunyai latar belakang ekonomi dan lebih teruk lagi mempunyai rekod perkhidmatan yang tidak menyinar seperti Ali Rustam yang menyebabkan Melaka berhutang sebanyak RM900 juta dan skandal perkahwinan anak beliau yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”

Shamsul berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media semalam, Mohd Ali dipercayai bakal dilantik mengetuai PNB dan senator bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Lembaga Disiplin Umno sebelum ini juga pernah menggantung Ali Rustam daripada bertanding dalam Pemilihan Agung Umno 2009 apabila didapati bersalah memberi rasuah kepada perwakilan agar memberikan pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Shamsul menambah, trend melantik demi upah politik yang dipraktikan Umno-BN mampu memburukkan lagi keadaan prestasi ekonomi dan sekaligus membawa kewangan negara terus berada dalam keadaan defisit yang semakin tinggi.

“Malaysia sekarang ini sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri berada dalam keadaan ‘auto pilot’ dan tiada pencapaian yang boleh dibanggakan dilakukan Najib selepas 100 selepas pilihan raya dan diburukkan lagi dengan amalan memberi upah politik untuk dapatkan balasan politik,” ujar Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Sebelum ini amalan melantik semula pemimpin politik dari Umno-BN tanpa mengambil kira trek rekod, pengalaman dan latar belakang ke jawatan penting dalam organisasi strategik kerajaan dengan gaji lumayan mula dilihat sebagai trend pentadbiran Najib.

Selain Abdul Ghani, Abdul Azeez dan terbaru Mohd Ali, pemimpin Umno lain, Datuk Seri Isa Samad yang pernah terpalit dengan rasuah politik wang dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa dikaitkan dengan skandal rogol gadis bawah umur turut mendapat tempat dalam pentadbiran Najib.

7 ulasan:

Sid Najmi berkata...

Apa peranan kita sebagai warga Malaysia ? Hanya sekadar tunggu dan lihat sahaja sehingga negara hancur lebur...punah ranah ? Siapa pemilik negara Malaysia, UMNO BN atau Rakyat Malaysia ?

Tanpa Nama berkata...

Azeez Rahim dikatakan mengatur 'kroni-kroni' untuk diberikan jawatan kanan dalam PMO , betul ke ? Ini adalah maklumat dari email yang dikirim pada sorang blogger PAS di link http://penyokongpas.wordpress.com/ , blogger Jom Tolak Azeez Rahim dalam artikel terbaru pun dah pick-up di link http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/berikut-adalah-artikel-yang-diambil.html , alam artikel tersebut menunjukkan bagaimana Azeez guna pengaruh beliau yang rapat dengan PM untuk menyusun kroni-kroni supaya diberikan tempat atau jawatan kanan dalam JPM/PMO . Sibuk jaga urusan PMO yang tak ada kaitan dengan diri sendiri , mungkin cari peluang nak menyakau ? Tak puas ke dapat tempat di Tabung Haji tu ? Turun lah Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji , lu memang tak layak ! Tinggalkan dunia politik, buat bisness betul-betul , jangan nak guna pengaruh dalam politik ja .. harap kaki sakau yang pandai berlakon ni diberikan hidayah untuk letakkan jawatan , jangan sampai gambar video tersebar

gengster melayu alaf baru. berkata...

Jika bnar dakwaan ini maka kehncuran negara ini semakin dekat kerana d urustabir oleh mnusia yg hipokrat dan tdk layak.
Kita sbgai rakyat yg tdk mahu khncuran dan mnghncurankan generasi akan dtg harus bngkit mlawan.
Rkyt mesti bngkit shingga mnusia pnipu dan pnyangkat ini lnyap dr mukabumi ini..

Tanpa Nama berkata...

kepada mereka yang menyokong UMNO BN espiceally graduan menganngur. Tahniah saya ucapkan kerana akan akan ditawarkan kerja sebagai peladang Anggur yang berjaya kerana UMNO hanya beri jawatan penting kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

Kepada mereka yang bekerja dengan syarikat GLC anda lagi berpontensi menjadi menjadi peladang anggur yang berjaya sebab diaorang for sure akan buat perkara yang sama macam CEO CIMB adik PM.



Tanpa Nama berkata...

Setiap lantikan jawatan yang melibatkan kepentingan rakyat sepatutnya tanya dulu rakyat dan lantik pada kehendak majoriti.Puak-puak ni tak nak pula samseng tembak menyusahkan/melibatkan ramai bila keputusan bodoh keluar dari mulut mereka.Tak habis-habis celaka dan malang bila bukan ahli dibiar menerajui.

Tanpa Nama berkata...

Salah satu sebab GLC - Gov.Link C0.-punah dan bankrap kerana ahli-ahli poliik UMNO yang sudah basi dan tak laku serta korup dilantik jadi pengerusi dan ahli lembaga pengarah.Konon nak bals jasa,itu aje.Akibatnya berbilion wang rakyt punah kerana rugi dan banyk yang tutup kedai.

Tanpa Nama berkata...

Tak serik2 PM lantik org yg kena reject oleh rakyat.Ramai lg org2 umno yg lebih layak dan bersih blh tadbir GLC.Tak faham betul la!sikit hari lg bungkus pulak GLC2 ni.