5 Jul 2013

[VIDEO] PRK Kuala Besut Di Bulan Ramadhan, Penamaan Calon 12.7, Pengundian 24.7

Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan.

Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan perkara itu dalam mesyuarat khas hari ini di ibu pejabatnya di Putrajaya.

SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Kerusi DUN Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Kedua-dua BN dan PAS masih belum menamakan calon masing-masing. -mk



Ulasan GB

Alhamdulillah. Tarikh PRK Kuala Besut sudah pun diketahui. Kita berharap pilihanraya kecil yang berlansung di bulan Ramadhan itu nanti tidak dicemari dengan pelbagai aksi yang bersifat kurang ajar dan tidak baik seperti di dalam PRK-PRK yang lepas-lepas seperti yang dilakukan oleh kumpulan pemuda-pemudi di bawah ini:

1 ulasan:

anak rantau besut berkata...

MAHA SUCI ALLAH YG TELAH MEMBERIKAN KEMENANGAN PADA RASULLULAH DN SAHABAT
PADA PERANG SABIL BADAR DALAM BULAN RAMADHAN.YAKINLAH ALLAH AKAN BERI KEMENANGAN PADA PEJUANG2 ISLAM YG TERUS IKHLAS UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH...BUKAN UTK DIKERUSI EMPOK YB.
Rancangan musuh utk menafikan pengundi luar BESUT balik kerana undi
pada KERJA dan hampir HARIRAYA.ya ALLAH musnahkan perancangan BUSUK dn tersembunyi mereka.berikan kemenangan ISLAM hancurkan DARUL RUNTUH akibat kemungkaran mereka yg tidak AMANAH DAN ZALIM.AMINN,