5 Jul 2013

Pertembungan Ustaz Dengan Ustaz Di PRK Kuala Besut?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam.

Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun.

Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz.

Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof.

Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.

"Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang.

Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti hanya 246 undi sahaja.

Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh.

Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi.

"Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan 16 Adun Pakatan," katanya.

Pandangan beliau disokong Wan Azhar.

"Kita mahu lihat apa akan berlaku jika Adun PAS membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker misalnya. Ketika itu speaker yang dilantik BN tidak bolehlah mengundi kerana ia usul ke atasnya," kata Wan Azhar.

Beberapa tokoh BN sebelum ini beranggapan jika PAS menang pun, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana speaker yang dipilih BN akan menjadi undi penentu.

PRK Besut diadakan selepas kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar minggu lalu akibat komplikasi paru-paru berair.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat jam 10.00 pagi nanti dan membuat keputusan mengenai tarikh PRK di DUN Kuala Besut. -TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ambil lah pemilihan ini sebagai jihat utk menegakkan Islam.Jangan buta hati nanti kena jawab depan Allah.Dgn kuasa Allah di matikan seseorang dan tiada akan tahu perancanagan Ilahi, namun bagi umat yg di beri akal dan terbuka hati, ini adalah ada 1000 hikmah.Walau tak dapat kuasai Trenganung pada PRU13 apabila terjadi nya benda sebegini Tuhan itu maha adil.Bangkit lah rakyat Trenganung untuk menang kan Islam yg betul.Walau pun ada minyak, jika Allah murka maka bala menanti, contoh stadium runtuh, banjir, runtoh moral anak muda dan banyak maksiat bila tak meletakkan hukum Allah sepenuhnya.Jangan buat masjid gah, tapi rakyat tak di ajak dan kempen supaya bersholat.Ya Allah jadi kan negeri ini supaya dapat menjalan surohan Mu 100% sesungguhnya aku takut balamu akibat subahat dgn pemimpin munafik yg hanya berbuat fitnah dan rasuah.Kalau setakat Al Azhar Mesir, tapi tak dapat tegur pemimpin munafik masa kini, lebih baik jadi rakyat biasa.

Tanpa Nama berkata...

Sdr/Sdri sekelian. Secara fitrahnya Tuhan telah menetapkan 2 jalan untuk diselusuri. Bahkan putaran dunia ini pun ada 2 jalan sama ada putar ke kiri atau kanan. Tetapi Allah yang maha kuasa dan bijaksana dan yang menjadikan bumi ini telah memutarkan dunia kekanan ( ke timur lawan pusingan jam ciptaan manusia). Natijahnya pun 2 juga sama ada ke NERAKA atau SURGA.
PRK Kuala Besut ini kemungkinan 2 ustaz yang akan bertarung. Pilihlah ustaz yang berputar ikut pusingan jam ikut kehendak majoriti manusia atau melawan pusingan jam yang mengikut kehendak Allah Taala yang sedia maklum dibenci oleh sebahagian manusia. Tepuk dada tanya iman.

Tanpa Nama berkata...

igtkan ustad azhar idrus...........