Satu gabungan NGO hari ini membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa menyalahguna kuasa dan mengamalkan pendakwaan terpilih.
Dalam laporan yang difailkan di balai polis Travers di Kuala Lumpur, NGO tersebut memberikan polis tempoh dua minggu untuk mengambil tindakan terhadap AG.
Jika tidak, NGO tersebut memberi amaran akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
“Kami minta polis siasat AG, mengambil tindakan terhadapnya kerana membuat pendakwaan terpilih, beliau telah menyalahguna kuasanya, mereka perlu menangkapnya serta-merta,” kata Presiden Pertubuhan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power), S Gobi Krishnan.
Gobi membangkitkan tuduhan terhadap penulis blog Alvin Tan dan Vivian Lee serta keengganan Peguam Negara mendakwa Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin (gambar) sebagai bukti berlakunya pendakwaan terpilih.
“Kami mengalu-alukan berita pendakwaan penulis blog tersebut kerana kita tidak mahu sesiapa pun menghina mana-mana agama, tetapi AG mesti mengambil tindakan dalam semua kes (menghina agama)” katanya.
Gobi bertanya apakah satu gambar di Facebook sudah dianggap satu bukti yang cukup tetapi tidak pula video YouTube. Beliau merujuk kepada video yang didakwa menunjukkan Zulkifli menghina agama Hindu. -MR

2 ulasan:
BN ... biasa le. Dasar munafikun. Mana mungkin berlaku adil. Adil pada mata depa ialah memberi keuntungan kepada depa.
Yang aku kasihan melihat ialah Melayu telah lama ditipu dek Melayu dalam BN terutamanya UMNO. Kadang-kadang terfikir juga adakah Melayu ni Islam yang mukmin atau tidak, termasuklah mufti-mufti yang mengeluarkan fatwa menyokong BN ni.
Untuk penjelasan saudara Melayuku yang Islam agamanya. Apa maknanya "BAK KUT TEH"? AKu pernah makan BAK KUT TEH di kedai sahabat Cina aku yang muslim. Dia buat BAK KUT TEH dengan menggunakan daging lembu. Apa makna BAK KUT TEH ni? BAK bermakna daging dan KUT bermakna tulang. Tak ada sekali pun bermakna daging BABI. Kebiasaannya Cina ni membuat BAK KUT TEH menggunakan daging dan tulang BABI. TAPI adakah itu satu kemestinya? Inilah kelemahan dalam pemikiran kita. Adat mengatasi logik.
Kalau akulah Alvin dan Vivian, aku akan mentertawakan Melayu ni yang kurang pengetahuan dan melenting tanpa usul periksanya. Hanya kerana kemarahan sebilangan Melayu yang tidak cerdik, terus nak menghukum Alvin dan Vivian yang memang biadap tapi janganlah sampai kita dinampak tidak cerdik. Kan Alvin dan Vivian tu penyokong MCA dan BN termasuk UMNO. Bukan ini sandiwara puak munafikun ni? Yang anak Tok Guru pun terjebak sama? Sedih aku melihat rakyat Malaysia ni terutama Melayu ni. Fikirlah masak-masak sebelum bertindak.
Muslim yang bijak ialah muslim yang sentiasa berfikir dengan waras dan berfakta, bukan buta tuli. Kalau tidak, kita mudah dipermainkan oleh puak munafikun dalam UMNO laknatullah tu. Musang berkulitkan kambing.
Dalam bulan Ramadhan yang mulia, berbanyak2lah kita solat sunat agar diberi petunjuk dan hidayah dari Allah swt agar kita dapat bergerak dengan lurus dalam semua hal. Insyaallah. Kalau ada kata-kata kasar yang terluah, maafkan aku yang kurang ni. Yang baik datang dari Allah swt dan yang nakal tu ialah aku.
Assalamualaikum. Selamat Melakukan ibadat puasa.
Begitulah bangsaku melayu semakin layu sebelum kembang...kerana dipimpin oleh orang2 munafik....inilah tanda negara menuju kehancuran, apabila orang yg berjuang utk agama difitnah, dimaki, dihina, sehingga hendak menunaikan solat dlm masjid pun dihalang... Tunggulah masa kehancuran itu...
Catat Ulasan