19 Jul 2013

[KES PELIK] TG Nik Aziz Dihalang Solat Di Masjid TUDM


Besut: Hasrat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian.

Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.

Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.

Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi ceramah di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid tersebut biar pun pada ada persetujuan diberi.

Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak diadakan majlis berbuka puasa setiap hari sehingga sekarang.

Mereka juga melahirkan rasa hairan sedangkan sebelum ini tidak pernah diadakan majlis berbuka secara besar-besaran setiap hari di kem berkenaan, yang turut terbuka kepada penduduk tempatan.

Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM. -HD

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah kalau begitu. Allah melihat siapa yang punya angkara. Ingat harta dunia Allah boleh tarik bila-bila.

Tanpa Nama berkata...

Demi politik UMNO SANGGUP MEMPRMAINKAN AGAMA ISLAM. Ini brmakna dalam UMNO sendiri Tidak ada Orang yang betul-betul Islam dn Ikhlas terhadap AGAMA ISLAM.

Blogger berkata...

Manusia lebih takut pada manusia dari ALLH..

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullahalzim. Apa dah jadi dgn umat Islam yg taksub berparti ni. Nak solat di rumah Allah pun tak dibenarkan. Mereka ni dah sesat agaknya. Kepada warga TUDM tuan/puan nilailah sendiri pihak mana perlu kita pilih dalam PRK K.Besut nanti.

Andre Irwan berkata...

Dah lama aku dah kata. Puak UMNO ni memang bersifat munafik dan kaki fitnah yang hebat. Tapi nak buat macam mana, masih ramai Melayu yang masih menaruh kepada munafikun ni atas alasan Melayu mesti berkuasa walaupun Islam dihina dan dipermainkan.
Kenapa tak orang nak tangkap makhluk yang melarang orang dari solat ni? Awat Tuhan depa tu tak sama dengan Tuhan Tok Guru Nik Aziz kot??? Kiblat depa kat Israel kot atau Washington atau London???? Kalaulah kiblat depa tu berbeza dengan kita, kan lebih baik kita tak solat di dalam "masjid" depa tu, sebab sama saja sembahyang dalam kuil hindu atau cina atau gereja.

Tanpa Nama berkata...

Masjid itu rumah Allah dan bukannya rumah Mat Said atau rumah Mat Derih atau rumah konco-konconya...mengapa kita nak buat aniaya sesama islam...Ya Allah berilah pembalasanMu ke atas manusia yg zalim dan khianat di bulan Ramadhan yg mulia ini...amin...amin ya Rabbal alamin...

BaDiN berkata...

Syabas pada Umno kerana telah berjaya melahirkan manusia yg tidak takut kpd Allah & hanya takut kpd makhluk bernama Umno.
Perbuatan Syirik yang tidak nampak dari segi fizikal hanya yang tersirat shj.Jika Takwa Kpd Allah nescaya umno sudah lama mampus baham tanah.

QalamQabut berkata...

Baca pulak apa UMNO kata kat sini:
http://www.mykmu.net/?p=33279

Tanpa Nama berkata...

Encik QalamQabut, saya dah lawat dan baca blog mykmu tu. Pihak PAS tak pernah kira orang ramai ke sikit yang datang dengar ceramah, yang penting apa hendak disampaikan. Nampak sangat mykmu ni putar belit cerita. Tak mengapalah, Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Orang yang rasa dia takkan bertemu tuhan dia selepas mati akan terus buat fitnah dan takkan ada rasa bersalah dalam hati mereka. Kenapa mereka takkan ada rasa bersalah? Kerana Allah telah menutup telinga, mata, lidah dan hati mereka dari menyaksikan kebenaran. Dalam Al-Quran banyak kali ayat seperti ini keluar.

Tanpa Nama berkata...

Apabila buat sudah agamanya agama Melayu of causelah diaorang halang TGNA yang beragama Islam dari solat di masjid orang melayu.

PS: Jadi seorang yang beragama Islam bukan beragama Melayu (Munafik) agar kita diberkati oleh Allah di bulan ramadan yang mulia ini.

Tanpa Nama berkata...

Jelas madjid TUDM itu bukan BAITULLAH...tetapi BAITULUMNO.. tak layak dilaksanalan tahyatul madjid.

Remy berkata...

Terlalu dangkal pemikiran pihak tertentu hingga mesjid @ rumah Allah dia nak tentukan siapa layak dan siapa tidak beribadat di dalamnya. allah jadikan bumi ini luas untuk kita teroka dan beribadat di mana sahaja tanpa ada halangan, siapa dia nak sekat seorang hamba Allah untuk beribadat menyenbah-Nya? Takkan nak ikut jejak langkag firaun yg mengaku sebagai tuhan? Nauzubillah...

Tanpa Nama berkata...

Kes ni tak pelek pon, apabila ianya berlaku di negeri dan kawasan dikuasai OMNU. kita kena paham

OMNU jenis kasta Brahmin ni teramat suci dari segala najis dan dosa, mana mana orang dari kasta yang lebih rendah memang HARAM pijak kaki ka dalam masjid orang berugama AMNO Brahmin, dikhuatir segala dosa orang itu akan melekat di lantai mesjid kemudian akan terpalit ke tuboh penganut agama OMNO kasta Brahmin.

Tak mengapalah Tok Guru tak dapat tumpang bersolat di rumah ibadat OMNO kasta Brahmin di Besut tuh, saya dengan segala kerelaan dan berbesar hati sentiasa sudi menerima kedatangan Tok Guru untuk sama bersolat di rumah saya. InsyaAllah