15 Jul 2013

Dakwat Kekal: Pakatan Rakyat Saman SPR


Pakatan Rakyat menamakan tujuh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam writ saman yang difailkan hari ini berhubung sikap berat sebelah mereka dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan isu dakwat yang tidak kekal.

Tujuh individu tersebut ialah Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta anggota-anggotanya Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr. P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin.

Saman itu difailkan oleh Peguam R Sivarasa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi.

Selain mewakili Pakatan Rakyat, Sivarasa juga mewakili lima calon Pakatan dalam PRU13 iaitu Dzulkefly Ahmad, M. Manoharan, Saifuddin Nasution, Ariffin Abd Rahman dan Abbo A/L Rajoo.

Tuntutan mereka menyatakan bahawa SPR gagal mengendalikan PRU dengan baik khususnya berhubung penggunaan dakwat kekal.

Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, SPR mungkir janji yang dibuat pada 19 Disember 2011 berhubung dakwat kekal apabila dakwat yang digunakan sebenarya tidak kekal.

"Saya rujuk kenyataan pertama SPR yang dikeluarkan pada 19 Disember 2011, hasil kempen Bersih pada hari yang sama SPR keluar janji untuk guna dakwat kekal untuk elak pengundian 2 kali.

"SPR berat sebelah apabila kita perincikan satu persatu kenyataan SPR yang berpihak kepada Perdana Menteri, pengerusi SPR melakukan sedaya mungkin mempertahan perbuatan beli undi dan kenyataan PM termasuk menyerang dengan hebat ketua pembangkang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementra itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parimen Kota Bharu berkata, tindakan saman itu adalah tepat apabila polis tidak mengambil sebarang siasatan terhadap laporan yang dibuat Pakatan Rakyat ke atas SPR.

"Tindakan mahkamah ini juga dibuat pada pandangan Pakatan Rakyat beberapa laporan polis yang dibuat oleh samaada calon atau pengundi, polis tak buat siasatan hingga sekarang," katanya.

? Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke pula terus mempersoal keengganan kerajaan mendedahkan nama pembekal dakwat yang digunakan pada PRU13.

"Kenapa pembekal dakwat kekal tidak didedahkan walaupun pihak SPR dilindungi menteri di jabatan Perdana Menteri? Beberapa kali kita minta dedah di parlimen tapi mereka berdegil dan tidak mahu dedah.

"Alasan bahawa perkara ini rahsia tak boleh diterima kerana PRU dah berlalu jadi ak ada alasan untuk mereka melidungi pembekal yang kerajaan dah bayar," katanya. -HD

Pakatan saman SPR, mohon isytihar PRU tak sah

Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap tujuh orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk timbalan dan pengerusinya bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu tidak sah.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, saman tersebut juga dilakukan berhubung dakwaan penipuan pelaksanaan dakwat kekal dalam pilihan raya umu yang lalu serta tindakan anggota SPR yang dilihat berat sebelah.

"Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara yang paling utama ialah mendapatkan pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal untuk melaksanakan dasar perlembagaan, berniat jahat dan tidak jujur berhubung penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang logik yang akan kita perolehi ialah keputusan (pilihan raya umum) itu akan diketepikan.

"Kita mahu satu pengisytiharan bahawa semua 222 kerusi Parlimen yang diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
-mk

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rombak spr.. senang.. apa pun kita mahi malaysia yang makmur maju dan berdaya saing.. selamat berpuasa