15 Jul 2013

TG Nik Aziz Selar Kenyataan MP Pasir Salak


Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz hari ini membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman di dalam akhbar Sinar Harian yang menuduh PAS sebagai alat kepada DAP dan PKR.

Menulis di laman facebooknya, TG Nik Aziz mengembalikan pertanyaan itu kepada MP pasir Salak berkenaan dengan mengajukan soalan (jika PAS alat DAP dan PKR) "UMNO pula alat kepada siapa?"

TG Nik Aziz turut menasihatkan Datuk Tajuddin, supaya, selaku ahli parlimen jangan bercakap (menulis) tanpa fakta.

TG Nik Aziz meminta ahli parlimen berkenaan menunjukkan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR.

Dan TG Nik Aziz turut menyelar sikap bermuka-muka pemimpin UMNO dimana mereka akan berkata lain di hadapan orang Melayu dan lain pula bila berhadapan kaum bukan Melayu.

"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik."

Kenyataan TG Nik Abdul Aziz

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman 3 hari ini. Katanya, PAS merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?

Selaku ahli parlimen, janganlah bercakap tanpa fakta. Berikan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR.

Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik. Salam Ramadhan.
-SH


PRK: Pas hanya perkakas pada DAP, PKR

BESUT - BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.

Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.

“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.

“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam banyak perkara,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Raihan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu, Nawi Mohamad dan Pengarah Jabatan Veterinar Terengganu, Dr Marzuki Zakaria.
-SH

4 ulasan:

gengster melayu alaf baru. berkata...

Ahli Parlimen Pasir Salak dah buat fitnah dlm bulan posa ni..
Klau dia atau bn betul mmpertingkat syiar Islam dan bngsa melayu knapa dia snggup buat fitnah dlm bulan puasa?
Takda bukti pas jadi alat atau pekakas..

oranqtua berkata...

Nak tanya mamat yg main suka cakap merapu di parlimen; mana lebih mulia perjuangan islam untuk semua bangsa atau perjuangan melayu dan islam ikut suka masing masing. Tepuk dada tanya saki baki iman yang masih ada tu...

Awanama berkata...

Heran mcmana org pasir salak boleh memilih wakil yg bermentaliti begini. jgn dok merapu lah bulan posa ni, kami di K.Besut tidak termakan tohmahan ni..

Awanama berkata...

Ape la pemimpin BN ni,kau ingat kami rakyat Malaysia tak tau yang kau saja nak reka cerita supaya rakyat Malaysia lupa yang Barisan Nasional tu alat Yahudi laknattullah untuk menghancurkan negara terutamanya Islam dengan dasar pecah perintah. Apa kau fikir rakyat Malaysia sekarang bodoh macam kau ke?