14 Jul 2013

Blogger Seks Cabut Lari, Tutup Akaun FB

Kontoversi bodoh yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi mendapat bantahan pelbagai pihak. Pihak MCA juga tidak bersetuju dan meminta mereka berdua dikenakan tindakan.

SKMM dilaporkan akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh mereka serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu. Takkan sekiranya perlu!!

Seorang pegawai SKMM berkata akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Pasangan tersebut mendapat kecaman hebat kerana gambar tersebut yang turut sama disertakan logo halal. Mereka dikatakan telah memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

“Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang,” menurut kapsyen gambar tersebut.

Namun begitu kini akaun FB mereka telah tidak wujud. Nampaknya mereka dah cabut lari! -lanisma

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

rasa elok tukar perkataan 'kapsyen' dengan perkataan 'Penerangan/Tulisan'. Rosak bahasa kita nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kami tak kacau agama kamu tapi kamu kacau agama kami. SKMM dan polis bagus kamu cri 2 orang manusia durjana ini sampai dapat kalau tidak integriti SKMM dan polis akan dipersoalkan.

Tanpa Nama berkata...

Mereka penyokong kuat MCA dan Gerakan?

Tanpa Nama berkata...

Pelakon filem lucah ni jenis kafir harbi atau kafir zimmi, minta ulama jelaskan.

Tanpa Nama berkata...

kalau pembangkang buat bukan main cepat dapat tangkap...kes ni dah nyata dan menghina umat islam...x tangkap2 pun ..asyik nk siasat je..itu kah keadilan?

Tanpa Nama berkata...

Adakah perbuatan mereka ini setaraf dengan perbuatan Salman Rushdi?

Tanpa Nama berkata...

Ini org tarak akai punya. Anak sapa la nie. Hormatlah sikit. Otak hang letak kat lutut ka?

Unknown berkata...

SKMM Alan ambil tindakan jika perlu? Ape Punya bengap jika perlu!$€|¥€!!kalau kena yg tak sealiran politik bukan main laju nak dakwa!! Ini lah di katakan dakwaan terpilih!!!

Tanpa Nama berkata...

Dua ekor nie tak reti adab hidup di Malaysia...ada baik gugurkan saja taraf warganegara...

Tanpa Nama berkata...

Hukuman yang tegas dan sewajarnya perlu dikenakan. Jika tidak, orng lain yang buat kesalahan yang serupa akan hanya minta maaf dan percaya tiada tindakan akan di ambil.

Tanpa Nama berkata...

ok alvin & vivian! kamu degil. Takpe...