30 Jun 2013

Tak Sudah-sudah Kerja Simbah Cat Ni...


Keganasan politik nampaknya tidak reda-reda walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah berlalu.

Dalam insiden terbaru, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong pula mendapati keretanya disimbah dengan cat merah dan dilontar batu.

Khoo berkata, pada jam 7.30 pagi tadi, beliau dapati bahagian belakang Honda CRV yang mempunyai logo ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan Rakyat dilitupi cat merah.

"Cermin belakang juga retak kerana dibaling dengan batu," katanya ketika dihubungi.

Khoo berkata, beliau dan keluarganya berada di rumah dan tidur kira-kira jam 1 pagi tanpa mengesyaki sesuatu.

"Memang kami ada dengan sesuatu pada masa itu tetapi kami tidak jangkakan perkara macam ini," katanya.

Ulasan GB

Kita sungguh merasa pelik terhadap golongan simbah cat dan baling batu ini. Tidak sedarkan mereka bahawa bidaya barbarian itu telah ditolak oleh rakyat jelata semasa PRU13 yang lalu?

Di Selangor kejadian simbah cat dan baling batu ini amat berleluasa sebelum PRU13. Apa berlaku selepas itu? UMNO BN kalah teruk di negeri tersebut.

Begitu juga di Temerloh, dimana kediaman Ketua Pemuda PAS dilemparkan dengan darah babi. Apa kesudahannya? Ketua Pemuda PAS menang di dalam PRU13 menewaskan lawannya, sekalipun lawannya itu seorang timbalan menteri.

usteru itu, kita ingin menyatakan kepada golongan yang suka menyimbah cat dan sebagainya itu, bahawa jika kerja yang mereka lakukan itu diteruskan juga, akan lebih cepat UMNO BN ditamatkan riwayatnya.

Itu hukum kebenaran dan keadilan...

2 ulasan:

BaDiN berkata...

Betulkah Bidalan Ini?.
Baling Batu Sembunyi Tangan.-

Tanpa Nama berkata...

Asal unsur simbah cat merah adalah kegemaran Ceti haram atau Along. Satu kesalahan yang sangat ringan iaitu kianat. Kalau mencuri boleh kena jail, kianat hanya denda saja. Kenapa Barisan Nasional suka sangat dengan cat merah.....

Cat merah sebenarnya membawa maksud ugutan bunuh, merah maknanya darah. Kenapa disimbah, kenapa tak curah saja depan pintu. Simbah ibarat amaran darah subjek akan memecit apabila kena sembelih.

Tapi di Malaysia, hanya Polis sahaja yang boleh suka2 cas rakyat kesalahan cubaan membunuh walaupun tak cedera seurat bulu pun. Jangan harap hukuman berat keatas penyimbah cat, itu pun kalau mau tangkap. Sebahagian besar Polis berkerjasama dengan penjahat sebab mereka adalah satu spesis yang sama. Kalau Polis adalah manusia yang baik, kenapa tak ada seorang pun Polis melapor bermacam kesalahan berlaku setiap hari dijabatan mereka. Tidak hairan simbah cat merah terhadap wakil rakyat PR semakin digalakkan oleh PDRM.

Tak silap kalau Along, pelacuran, kelab malam, taukeh dadah, rumah urut, pusat hiburan, Bohsia, kegiatan judi, nombor ekor serta semua yang haram dan gelap adalah kerjaya nombor 1 Barisan Nasional menyumbang kepada sebahagian besar suapan rasuah setiap hari bagi Polis Diraja.

Buktinya semakin hari jenayah semakin meningkat, penagih semakin ramai, pusat hiburan semakin tumbuh tak terbilang, Bohsia semakin gemilang, kegiatan haram semakin menjadi kerana mereka semua didokong, dijaga, dilindungi dengan cemerlang oleh Polis Diraja.

Rakyat perlu sedar, siapa dia ketua penjahat segala penjenayah.