Kerajaan, polis akan rayu kes Kugan
Kerajaan dan polis akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada N. Indra, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan jika gagal ia akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
"Saya menghormati keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T Singham dan itu adalah keputusan mahkamah, oleh kerana keadilan harus diikuti bukan sahaja oleh pihak tertuduh tetapi juga pihak yang menuduh, maka sudah pasti ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kerajaan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Alumni Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah (Sista) ke-35 serta Koperasi bekas pelajar Izzuddin dan Ta'ayah (Kosista) ke-15 hari ini.
N. Indra menang dalam kes saman itu di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun lepas apabila mahkamah mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan.
Singham memberi award RM851,700 kepada Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan.
Singham juga memerintahkan Khalid (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas konstabel polis V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos. - Bernama

3 ulasan:
Satu lagi sandiwar "You help me, I help you"
Zahid tolong IGP, IGP tolong Zahid.
Ini 1Pukimak !
Tempat yang hendak dibuat repot di balai polis ,yang hendak menerima repot anggota polis yang hendak siasat juga anggota polis dan yang hendak kemuka kertas siasatan kepeguam negara ketua polis yang hendak kawal dan jaga OKT dalam lokap juga anggota polis , semua polis menerima arahan dari menteri keselamatan dalam negeri,dan kedua-dua mereka ini pula telah disabit pula dengan kes masing-masing jadi bagaimana mungkin kes ini akan selesai dengan adil untuk orang yang sememangnya sudah jelas melakukan jenayah yang sedang disaisat oleh polis.
POLIS masih boleh dipercayai lagi ke tak ?
Mereka sendiri dah buat salah secara terang dan jelas pun nak nafi lagi, nak rayuan lagi.
Kalau macam itu, Moto Tegas, Adil, Berhemah dan integriti amalan kami, amat saya meragukan maksudnya...
no Offence !!!
Catat Ulasan