24 Jun 2013

[VIDEO & GAMBAR] Dato Husam Musa Akhirnya Dibebaskan Dengan Jaminan Polis -updated


Alhamdulillah, akhirnya Dato Husam Musa diBEBASKAN.

InsyaAllah beliau akan memulakan momentum pertama malam ni di ceramah FREE HUSAM @ Sek Men Taqadum Maarif, Pasir Tumboh.

Bermula jam 8 malam, kita akan buat solat hajat kesyukuran pada Allah krn Dato dibebaskan.

Pakat2 maghi belako malam ni, dengar sendiri dr mulut Dato Husam apa yg beliau nak cerita. -FB Syam Ghaz


Video Sidang Media Dato Husam Musa sejurus dibebaskan dari lokap



Tok Guru pesan Datuk Husam kuar dari IPD bawa bertemu dgnnya. Alhamdulillah kini berada di rumah tok guru. — at Masjid tok guru..pulau melaka. -FB Salmah Hussin




Isteri harap Husam dibebaskan hari ini


Isteri Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abdul Rahman telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta.

Rohana berharap suaminya dibebaskan hari ini.

Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.

Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.

Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubung Harakadaily berkata, program berkenaan bermula selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat.

Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.

“Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan,”
ujarnya.

Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu.
- HD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dato kerana telah dibebaskan.Para pejuang takkan sunyi dari dikejar, dirisek, diekori,ditangkap,disoal,dibrainwash,ditahan.Sunnah para pejuang terpaksa dilalui.........kalau ingin menjadi pejuang.Syabas Dato.Semoga Dato sentiasa dilindungi Allah dari hasat dengki manusia.

Tanpa Nama berkata...

Jgn jadi macan Nik Abduh, baru setahun jagung ddlm PAS, cakap mengalahkan pejuang lama dlm PAS. Sedar sikit Nik Abduh dan Nasrudin Tqntwi, ini bukan masa main gitar atau berakon naik teksi...kena tipu pilihanraya sejak merdeka masih cakap banyak bersabar. cakap dahlah tak cerdik malah mrnyampah orang dengar

sb dehlawi berkata...

Mana kelibat nik abduh, mana kelibat nik amar? Apa pun aku syukur husam dibebaskan. Seperti kata tgna husam dilahirkan bukan untuk kelantan saja malahuntuk malaysia. Pas kelantan amat rugi menyinkirkan husam dari kepemimpinan negeri. Tapi tak pe bintang husam sentiasa bersinar dan tak mustahil suatu hari nanti husam bakal memimpin Pas