28 Jun 2013

Dakwat Kekal Boleh Dimakan, Hingga Menjilat Jari


Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa bahan pewarna makanan digunakan bagi menggantikan bahan kimia dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, ia menjadi bahan ketawa.

Ini membuat Ahli Parlimen Bagan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam twitternya secara berjenaka menulis, dakwat kekal kini boleh dimakan. Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau membuat pendedahan ini pada sidang Dewan Rakyat semalam dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dan Anthony Loke (DAP-Seremban).

Beliau menjelaskan bahawa tarikh luput untuk dakwat kekal ialah empat bulan dari tarikh pengeluaran.

Tidak ada bahan kimia digunakan dalam dakwat itu dan “kami menggantikannya dengan bahan pewarna dalam makanan yang dibenarkan.”

Sementara itu, Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian.

“Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,”
kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada sebuah syarikat Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana, malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut. -FMT


Harga ‘dakwat kekal’ tiga kali ganda lebih tinggi jadi tanda-tanya


Jika dahulu kerajaan Barian Nasional (BN) membazirkan wang rakyat sebanyak RM2.

4 juta pembelian dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu yang akhirnya dilupuskan, DAP hari ini mempersoalkan pula mengapa kos pembelian bahan itu untuk PRU13 tiga kali jauh lebih tinggi dengan jumlah RM7.1 juta walhal nisbah peningkatan bilangan pengundi sekitar 20 peratus tidak wajar untuk harga semahal itu.

Bercakap kepada media hari ini di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, tambah membingungkan lagi ialah bagaimana Kerajaan Kemboja yang mempunyai lebih dari sembilan juta pengundi hanya perlu mengeluarkan RM2.8 juta untuk pembelian dakwat kekal dari Kerajaan India pada 19 Jun baru-baru ini.

“Kenapa perbezaan kos ini begitu ketara dan kita juga hairan apa sahaja yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia selalunya akan lebih mahal.

“Memang saya amat terkejut dan terkilan dengan jawapan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan amaun pembelian ‘dakwat kekal yang tidak kekal’ bagi PRU13 ini amat tinggi,” katanya.

Loke yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dalam perkara berkait menyatakan kekecewaan beliau kerana dakwat kekal itu bukan sahaja mahal malah tidak memenuhi fungsinya sebagai ‘dakwat yang kekal’.

“Kita mahu kerajaan dan SPR mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pembekal tetapi apa yang berlaku, SPR bukan sahaja tidak bertindak malah terus melindungi syarikat pembekal dengan merahsiakan siapa mereka konon atas sebab keselamatan.

“Kita nak tahu apakah isu keselamatan yang mereka maksudkan? Bagaimana pula maklumat pembekal dakwat kekal itu boleh menimbulkan masalah keselamatan?,” soalnya.

Katanya, jika sebelum PRU13 pihak SPR merahsiakan maklumat syarikat pembekal kerana takut disabotaj, mengapa pula alas an sebegini digunakan walaupun pilihan raya sudah berlalu.

Beliau mengingatkan SPR bahawa tindak-tanduk mereka dalam perkara ini hanya akan memperkuatkan persepsi negative rakyat terhadap mereka.

– Roketkini



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini lah kerajaan paling korup di dunai. Semua barang kerajaan di beli dgn harga berlipat ganda jika banding kan dgn negara lain yg tak korup.Lepas itu bagi anak bini makan, mana nak dapat pemimpin bertakwa.Ingat beli itu hak Allah bila belanja berhekmah,duit boleh bantu rakyat miskin.Tak payah pakai cincin harga berjuta dan belanja di luar negara bagaikan harta itu hak mereka.Tak takut Allah ke?Satu sen kalau tak amanah , jawab lah di akhirat.Pasal itu pemimopin macam ini payah sholat lima waktu dan keluarga jauh dari Islam sebenar.Bermewah berlebihan adalah sifat iblis laknatullah di tambahi pula duit dari sumbar haram.Tak takut dan bersalah ke bila tak boleh sholat lima waktu setelah Allah beri pangkat, kekayaan dan kesihatan.Jika kau jadikan dunia bagai surga dan tak ikut surohan Ilahi, maka neraka Allah menunggu mu. di akhirat.