Polis harus membuka siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai ‘affidavit palsu’, kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini.
Katanya ini berdasarkan laporan polis yang dibuat koordinator Jingga 13, Fariz Musa pada 26 Jun yang mendakwa bahawa Najib telah membuat affidavit palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau bertegas laporan yang dibuat Fariz itu berasas dan boleh dibuktikan sebagai dakwaan yang benar.
Mat Zain berkata demikian dalam surat terbukanya kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.
Salinan surat itu juga dihantar kepada Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.
“Saya berpendapat laporan ini tidak boleh diketepikan sewenang-wenangnya dan pihak polis wajib memulakan siasatan jika belum berbuat demikian,” tegasnya.
Tambahnya lagi, isu berkaitan nama palsu itu hanyalah sebahagian kecil daripada pemalsuan yang dikesan dalam affidavit Najib itu.
Katanya siasatan terhadap seorang Perdana Menteri bukanlah suatu perkara luar biasa.
Ini, kata beliau, berdasarkan siasatan yang dijalankan polis atas laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun 2000 terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai salah guna kuasa.
“Jika polis KL boleh lakukan sedemikian tanpa halangan atau campur tangan mana-mana pihak, maka saya percaya pihak polis boleh lakukan dengan lebih baik dan profesional lagi sekarang ini.
“Pada pendapat saya, saudara tidak ada opsyen melainkan untuk memberi keutamaan dan menyiasat laporan yang dibuat oleh Fariz Musa itu secara terperinci dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga,” katanya dalam surat tersebut.
Mat Zain juga menyebut mengenai dakwaan bahawa Najib pernah mengarahkan seorang peguam kanan iaitu Tan Sri Cecil Abraham untuk menderaf Akuan Bersumpah mendiang P Balasubramaniam pada Julai 2008.
“Saudara juga pasti sedar bahawa kesalahan yang didakwa ini adalah sama dengan kesalahan membuat atau bersubahat membuat affidavit palsu yang boleh disamakan dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.
“Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat kedua-dua dakwaan ini secara terperinci dan pantas kerana tidak wajar dakwaan memberi keterangan palsu, tergantung di atas bahu seorang Perdana Menteri,” katanya. -FMT

2 ulasan:
Semua sedar, siapalah yang akan menyiasat dan siapa pula yang akan disiasat. Kemudian siapa pula yang bakal memutuskan untuk pendakwaan atau tidak. Rakyat Malaysia tak perlu sedihlah. Bukankah negara kita, kita yang tentukan setiap 5 tahun sekali. Terima sajalah hakikat sebenar.
1.Bagaimana Atantuya masuk Malaysia tak ada catatan dlm immigration, jika tiada campur tangan pihak atasan.2.Bagaimana dapat passport Malaysia dan keluar negara dgn nama melayu. 3. Semua pegawai atasan yg terlibat dapat habuan menjadi orang penting dlm agency kerajaan selepas bersara. Ini lah korupsi yg ramai rakyat di bodohkan.4.Hakim paling korup di dunia adalah Malaysia dengan beberapa sebab simple diatas, tak nampak ke siapa yg patut di dakwa.Mana pecacai blogger umno yg makan bagi keluarga dgn menfitnah dan menegakkan benang basah.
Catat Ulasan