25 Mei 2013

ROS Belum Luluskan Pendaftaran PR, AMK Gesa PR Bertindak


Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa agar Pakatan Rakyat (PR) mengasak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya segera meluluskan pendaftaran PR sebagai sebuah entiti.

Ini kerana menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kegagalan berbuat demikian hanya menyukarkan untuk PR bergerak sebagai sebuah entiti sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

“Ia masih menunjukkan kelemahan PR untuk menjamin kesatuan dan kerjasama dalam memfokuskan sasaran dengan menumbangkan satu sahaja musuh; BN.

“Sehubungan itu, sudah sampai masanya, bagi PR terus menggasak ROS bagi meluluskan PR sebagai sebuah entiti dengan fokus ‘satu parti, satu bendera, satu pengerusi dan satu manifesto,” ujar Shamsul dalam ucapan dasarnya dalam Kongres AMK di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Sebelum ini, PR mengemukakan permohonan pendaftarannya pada 2010 namun menghadapi halangan yang mana ROS mengkehendaki ia didaftar sebagai ‘Pakatan Rakyat Malaysia’.

ROS turut menolak pendaftaran PR dengan alasan Datuk Zaid Ibrahim yang ketika itu bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran tersebut sudah keluar dari PR.

PR selepas itu memasukan pendaftaran baru dengan menamakan Datuk Kamaruddin Jaffar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja PR yang baru.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media pada 3 Januari lalu, sehingga kini RoS masih tidak memberikan sebarang jawapan terhadap permohonan tersebut.

Ulasan GB

GB dah acapkali suarakan hal ini.

Sepatutnya pimpinan PR sudah heret ROS ke mahkamah kerana gagal mendaftarkan Pakatan Rakyat dengan memberikan PR pelbagai alasan yang karut-marut.

Petikan ulasan GB sebelum ini:

Melambat-lambatkan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah strategi jahat yang digunakan oleh RoS supaya Pakatan Rakyat tidak dapat menggunakan nama parti itu untuk bertanding di dalam pilihanraya.

Sudah bertahun permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat dikemukakan untuk kelulusan tetapi ROS mengemukakan pelbagai alasan dan helah untuk melambat-lambat proses pendaftarannya.

ROS, salah satu agensi yang diperalatkan selain dari SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain yang digunakan UMNO BN untuk menekan dan menzalimi PR agar tidak berkesemapatan untuk menggunakan satu nama dan lambang di dalam pilihanraya yang akan datang.

Pakatan Rakyat PERLU mengheret RoS ke muka pengadilan dan pihak pendaftar RoS perlu dihukum oleh mahkamah kerana strategi jahatnya itu yang bertindak secara diskriminasi dan pilih kasih.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua panel ROS patut letak jawatan. Haram gaji lu orang kalau tak buat kerja. Sudah berapa lama PR memohon ? Pukimak lu orang! Kalau UMNO memohon, pasti lulus dalam 5 minit. Celaka betul !

Tanpa Nama berkata...

ROS ke Kak Ros ?
Kak Ros kot meroyan tak mau bagi lulus daftar ni.

Jangan dok pi hantar SURAT LULUS tengah malam sudah la.

Mengkalu jadi pulak lagu tu, Rakyat kata PISANG bebuah 2X
Buah hat dulu pisang ROKET
Kalu bebuah pulak hat ni tentu pisang KENANGAN SEMALAM, sekali makan buleh kenyang sebulan.
Betoi ka tak betoi tanya Kak Ros

Misal kata lulus tu after ofice hour, mai la hantar sorat lepas ayam kokok esok pagi pon takpa PR tak mureh.
PR tidak akan mencederakan diri sendiri kerana sepucuk surat, percayalah wahai OMNU

Unknown berkata...

Cadang supaya PR guna logo yang simple dan bentuk yang sama apabila di putarkan 90 atau 180 darjah. Memudahkan penyediaan dan kerja pemasang bendera/logo semasa kempen pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

boleh bawa ke mahkamah kan ?