25 Mei 2013

[BERGAMBAR] Puluhan Ribu Di Himpunan Black505 Melaka, Rakyat Terus Bangkit!


Nampaknya rakyat semakin bangkit seaklipun pihak polis telah menggunakan kuasanya menangkap beberapa aktivis Pakatan sebelum ini.

Puluhan ribu rakyat berhimpun di Perhimpunan Black5050 yang diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil malam tadi.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan malam tadi ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.

Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."







7 ulasan:

Awanama berkata...

kita ketawakan spr..ha ha ha..dr mat sabu...aku tengok mmg ramai rakyat kali ni berbeza dgn himpunan rakyat yg lepas...polis pun ada tapi pakai baju hitam gak..baju demokrasi..kononnya nk menyamar...kah kah..kantoi..yg pompuan(polis) 2 org tu bukan main mengada2 nk salam DSAI.....Perisik PR.

Awanama berkata...

salam.. dsai aku respect usaha yg hang lakukan tetapi stelah pru13 , kita tlh dapatkan kptsnnya. so sbg org islam kena redha ketentuan alah. allah masih belum mgizinkan pr memerintsh mslsysia.. allah maha mgetahui. redha lah dgn ketentuanNYa. apapn aku mmg xpernah sokong bn

Awanama berkata...

Anon 8.42am..memang kita perlu redha dengan apa yang berlaku tetapi dalam redha tu kita kena berusaha untuk melawan penipuan yang ALLAH perlihatkan kepada kita..sebagai contoh redha yang saudara cakap, andai saudara sakit teruk lepas tu redha tanpa merawat sakit tersebut..harap saudara dapat pencerahan

Awanama berkata...

salam bro anony 8.42am, redha mestilah, tapi kalau dibiarkan naik lemaklah BN, bak kata Iron Man YB Husam, sampai kiamat pun PR tak menang. ABU, Ya Rabb, lindungilah peserta2 505 Blackout, lumpuhkan anggota badan orang2 yang cuba mengkhianati perhimpunan aman rakyat, amin Ya Rabb.

Awanama berkata...

Perbaharuan demokrasi mesti di laku oleh golongan muda dlm PR, jgn mharap dan percayai kpd kebaculan SPR. kalau PRU 13 adalah ibu sgala PRU yg telah kita lalui...tp kputusannya adalah bapak kpd bapak segala penipuan......

Awanama berkata...

Perbaharuan demokrasi mesti di laku oleh golongan muda dlm PR, jgn mharap dan percayai kpd kebaculan SPR. kalau PRU 13 adalah ibu sgala PRU yg telah kita lalui...tp kputusannya adalah bapak kpd bapak segala penipuan......

Awanama berkata...

mari mendaulatkan suara rakyat