24 Mei 2013

Pengerusi SPR & Timbalan Didesak Letak Jawatan


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar didesak meletakkan jawatan berikutan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tidak ada tolak ansur dalam penipuan pilihan raya, apatah lagi SPR memaksa rakyat menerima sahaja keputusan yang diumumkan.

"Kita ada bukti peti undi hilang ada. Kita ada bukti orang asing mengundi. Kita ada bukti (wakil parti) tak boleh pantau. Sebab itu kita mesti tuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan serta merta," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar menjelaskan, sistem pilihan raya dikendali SPR membolehkan manipulasi dan muslihat termasuk dari 500,000 undi pos polis, tentera, petugas SPR dan pengamal media di seluruh negara.

Justeru, Anwar menyeru kepada pihak yang mempunyai bukti termasuk anggota polis, tentera, petugas SPR dan orang awam untuk membuat laporan polis dan menyerahkan salinan di mana-mana pejabat parti Pakatan Rakyat.

"Mulai pagi esok (hari ni), kalau boleh orang-orang yang bekerja dengan SPR, yang ada integriti buat laporan kepada polis. Tidak salah dan tidak susah. Kalau buat begitu, dengan sendirinya menjawab persoalan (yang dibangkitkan) Umno," kata Anwar.

Pilihan raya semula dikawasan berlaku salah laku

Dalam pada itu, Anwar turut mendesak pilihan raya diadakan semula di hampir 30 Parlimen yang berlaku salah laku sepanjang proses pilihan raya pada 5 Mei lalu.

"Kita tuntut pilihan raya semula di 30 parlimen. Dia (SPR) rampas hak kita. Maruah kita dicabar. Hendak terima dengan sabar? Sudah sampai ketikanya rakyat mesti bangkit.

"Dunia sedang memerhatikan Malaysia. Ia masih belum selesai. Biar rakyat tentukan wakil mereka yang sah," tegas Anwar.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli melalui pasukan Siasat PRU-13 mendedahkan 237 aduan salah laku dan penyelewengan pilihan raya di 27 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Enam kesalahan pilihan raya dikenal pasti termasuk pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula dan pengundi disyaki warganegara asing diberikan kad pengenalan dan mengundi. -KD

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya sistem kena dibetulkan dulu, tak guna berlawan di padang yg tak sama rata, selamanya akan kalah.
dah lama amno dan spr menipu sampai bila nak rela saja?

dan adakah tidak zalim sekiranya kita merelakan penipuan yg terbentang depan mata? atau pemimpin merelakan keputusan p/raya tipu sedangkan rakyat mengharapkan pemimpin membela dan berusaha untuk menegakkan keadilan, iaitu majoriti rakyat nak perubahan, majoriti rakyat nak selamatkan negara dr penipuan, nak pemimpin yg bersih dan berintegriti, nak negara ditadbir oleh kerajaan yg sah.

semua org mesti sama2 berusaha untuk dikurangkan dan diperbaiki sistem p/raya agar ia akan terus berubah menjadi p/raya bersih dan adil. kerja ni bukan senang, perlu penyatuan hati dan semangat kental. inilah yg rafizi dan pemimpin PKR sedang usahakan, bolehkah kita hanya berpeluk tubuh sedangkan mereka berusaha bersungguh2 utk merubah sesuatu yg zalim. betul kata rafizi, kalau rela dgn penipuan, baik tak yah bertanding dlm p/raya. aku pulak cakap tak guna masuk gelanggang kalau dah siang2 tau nak kena belasah dgn kedua tgn diikat, pi sua kepala bagi org tumbuk pecah kepala, dah siap kena balun tegolek dog bangun kata redha.

fact and figues from rafizi, everyone should listen to it.
https://www.youtube.com/watch?v=z3zcwSDBlNY

chuta chaiyoh berkata...

Letak jawatan shj. Dok tunggu apa lagi. Jangan dok bagi alasan remeh temeh la. Rakyat dah tahu kamu penipu. Hari tu kata dakwat kekal kena goncang. Hari ni kata setiap 2jam kena goncang. Kamu kenal sedar diri sikit, kamu tu siapa. Bagi arahan tu biar jelas. Ingat main pondok2 ka. Ini masalah negara. Rakyat dah cerdik sekarang dan lebih cerdik dari anda berdua. Rakyat boleh compare di Malaysia dgn overseas. Maklumat dihujung jari shj. Ini zaman edan, bukan zaman sebelum merdeka. Rakyat sudah cerdik dan sudah boleh menilai. Takutlah pada Allah swt. Kerja buat anda akan dipertanggungjawab didepan Allah swt. Tidak ada lawyer utk membela Anda masa itu. Tidak ada immunity masa tu. Mingkin atas dunia anda berdua boleh terlepas. Fikirkan lah.