Sekumpulan NGO semalam telah membuat lima tuntutan, termasuk mendesak kesemua anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meletakkan jawatan mereka di atas dakwaan wujudnya keraguan dan berlaku penipuan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), melibatkan 25 NGO berkata mereka merasa dukacita di atas dakwaan berlaku penipuan dan membuat tuntutan-tuntutan berikut:
* Perletakan jawatan serta-merta anggota SPR;
* SPR dijadikan sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen;
* Sebuah jawatankuasa melibatkan semua parti dibentuk untuk membersihkan daftar pemilih;
* Pindaan perlembagaan dilakukan, supaya prinsip “satu orang satu undi” diperkenalkan
* Mendesak satu pembaharuan besar-besaran terhadap sistem proses pemilihan proses bagi mengatasi beberapa isu berkaitan persekongkolan, dan perlaksanaan terhadap sebuah manual yang absah ke atas sistem komputerasi bagi menjamin kredibiliti ke atas proses dan melindunginya dari sebarang bentuk penipuan.
“Orangramai jelas sudah hilang keyakinan terhadap SPR dan daftar pemilih. Jika mereka mahu mengekalkan professionalima mereka, mereka perlu berundur,” kata Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH , Tan Yew Sing, yang juga merupakan anggota gabungan.
Tan menekankan tuntutan mereka terhadap keperluan jawatankuasa dibentuk untuk pembersihan Daftar Pemilih.
“Kami sebagai NGO amat gembira untuk membantu parti-parti politik dari kedua-dua pihak bagi melakukan pembersihan Daftar Pemilih berkenaan,” katanya di sidang konferens di KLSCAH.
Pertubuhan IKRAM Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kumpulan Bertindak Bagi Hak Kaum India (NIAT) dan Persatuan Tindakan Wanita (AWAM) adalah diantara NGO yang menyertai gabungan berkenaan.
Adil untuk tuntut perletakan jawatan
Setiausaha Agung IKRAM Zaid Kamaruddin kerata menjadi satu kelaziman untuk pihak berkuasa di dalam negara-negara lain untuk meletakkan jawatan mereka setelah wujud dakwaan keraguan dan penipuan.
“Melihat kepada semua dakwaan keraguan dan penipuan semasa pilihanraya umum 5 Mei lalu, saya rasa adil untuk meminta anggota SPR untuk meltakkan jawatan mereka kerana mereka perlu bertanggungjawab terhadap keseluruhan pemilihan,” tambahnya.
Presiden NIAT Thasleem Ibrahim berkata SPR gagal menjalankan tan ggungjawabnya kerana beberapa isu telah ditimbulkan sejak pilihanraya umum 2008.
“Apa yang SPR lakukan untuk melindungi daftar pemilih apabila mahkamah sendiri pernah memutuskan terdapat ribuan pengundi hantu yang membolehkan berlaku lebih banyak penipuan? Lansung tak ada!” bentaknya.
“Oleh kerana mereka tidak tahu nak jalankan tugas merekayang menyebabkan timbul banyak aduan penipuan, anggota SPR perlu akui kelemahan dan kesilapan mereka dan letak jawatan secdara terhormat,” tambahnya.
4 ulasan:
Ikram sudah beri pendirian.....isma pula bagimana?....whom ni isma adalah satu2 nya ngo islam yg ucap tahniah pd najib yg jd pm semula.....apakah isma akn tubuh parti baru ops ni?....sian
Taubat Lahom mereka ini akan meletak jawatan,betul kata SU IKRAM Zaid Kamaruddin berkata menjadi satu kelaziman untuk pihak berkuasa di dalam negara-negara lain untuk meletakkan jawatan mereka setelah wujud dakwaan keraguan dan penipuan.
Bahkan di negara lain jika paukan bola sepak kalah berterusan pengurus dan jurulatih letak jawatan / pecat diMalaysia pemqin yang dibuang....
Demokrasi kita demokrasi songsanang, sesiapa juga ata negeri mana juga atau MP mana juga yang datang bukan dari parti utama yang memerintah maka mereka akan DINAFIKAN HAK MEREKA SEBAGAI RAKAYAT, WAKIL RAKYAT, NEGERI DALAM PERSEKUTUAN DAN LAIN-LAIN. ini jelas sedang dilakukan oleh MB bengap Trengganu yang mengatakan tiada rumah mampu milik dan pembangunan dikawasan pembangkang.
Kita boleh esak dan asak mereka tetapi mereka jenis pekak tuli dan buta hati.....
Tapi syabas atas usaha ini, semoga Allah membuka hati mereka, menvelik mata mereka dan membuka telinga mereka
Bagus. Sokong sgt desak anggota spr letak jwt. 1 idea yg bernas. Spr ni samseng gedebe tak tau malu muka tembok. Ikut ja arahan amno tak rasatakut pd tuhan. Ingat tak mati ka. Takpa di akhirat esok aku sbg rakyat msia akan tuntut dgn kau pengerusi tim semua2 dlm spr tu yg tipu tu. Semntara tu kami akan doa kelingkupn kamu dan keluarga kamu atas dunia mintak Allah segerakan dan perlihatkan. Amin ya rabbul alamin. Ya Allah yg maha menghukum, yg maha mengabulkan.
Kita sokong semuanya untuk menentang kezaliman.. Tp sbenarnya suara rakyat tak diambil peduli langsung.. Bg mereka kita xde apa apa kuasa... N apa yg kita ckp x beri impak pada mereka sbb mereka dah menang..
Sbenarnya, kita (rakyat) xde pilihan selain redha dgn qada Dan qadar.. Hanya Allah yg mampu membalasnya..
Catat Ulasan