Calon UMNO hanya memperoleh sekitar 3 juta daripada 6.58 juta undi orang Melayu malahan secara keseluruhannya Pakatan Rakyat (PR) mendapat jumlah undi lebih banyak berbanding BN pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.
Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri menyifatkan prestasi UMNO sebenarnya menurun berbanding PRU ke-12 lalu.
Katanya, PR memperolehi undi majoriti iaitu lebih 50 peratus sedangkan BN hanya memperoleh undian minoriti sekitar 47 peratus untuk menduduki Putrajaya.
Pada masa yang sama beliau menempelak sikap UMNO dan media kawalan mereka yang terus membuat pelbagai dakwaan perkauman yang berbahaya kepada perpaduan rakyat Malaysia.
“UMNO dan Najib menyalahkan kaum lain kerana kelemahan sendiri. Bukan orang Cina sahaja yang menolak UMNO bahkan lebih ramai Melayu menolak UMNO dari menyokongnya.
“UMNO main isu perkauman sedangkan Najib cakap besar mengenai 1Malaysia. Najib adalah hipokrit yang terulung di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, penolakan terhadap UMNO dan BN sangat jelas terutamanya di kawasan bandar kerana mayarakat di kawasan itu terdedah dengan pelbagai sumber maklumat dan merasai sendiri keperitan hidup sebenar berbanding kawasan luar Bandar.
“Dalam kawasan ini, rakyat berfikir dan berkerja, berfikir dan berkarya, mencapai dan menjayakan diri, membangun dan membesar. Dalam kawasan inilah idealisme dan wawasan mengenai masa hadapan Malaysia dibentuk dan dijana,” ujar beliau. -Roketkini
1 ulasan:
UMNO PARTI UNTUK ORANG MELAYU MAJORITI ISLAM. W/PUN BERGABUNG DGN MCA, MIC DAN LLN PARTI DI BAWAH NAUNGAN BN, TTP SUPREMECY MELAYU DAN ISLAM TETAP UNGGUL DAN MEMANG SEPATUTNYA KERANA INI TANAH AIR MEREKA. PARTI LAIN BERSAMA-SAMA BERGANDING DI BAWAH IBARAT BERSAMA BEKERJA DENGAN KOMPENI YG TOWKEYNYA IALAH ORANG MELAYU. TTP ADA MELAYU YG SANGGUP BERKOLOBRASI DGN KAUM MINORITI PENDATANG YG TAK SUKA TOWKEY MELAYU SEJAK MULA BEKERJA SEBALIKNYA DIA SENDIRI YG INGIN AMBIL ALIH SEBAGAI TOWKEY DAN SANGGUP GUNA ORANG SEBANGSA TOWKEY UTK MEMAIN PERANAN SBG SI KITUL ATAU APACARA SEKALIPUN ASAL JADI TOWKEY. SATU HARI BETUL2 DIA JADI TOWKEY APA UNTUNG YG KAMU DPT. KAMU RASA DAPAT PEMBELAAN SEWAJARNYA. JANGAN HARAP. OLEH ITU YG PENTING MELAYU MISTI BERSATU. JANGAN DIPERGUNAKAN. APAPUN ALASAN. DEMI ANAK CUCU KITA LEPAS KITA MATI. APAPUN SENGKITA ANTARA KITA HENDAKLAH KITA YG AMBIL INISIATIF SBB ITULAH SIFAT ORANG BERIMAN, MENDAMAIKAN 2 PIHAK YG BERSELISIHAN. BUKAN IKUT HASUTAN IBLIS DAN SYAITAN DAN SEKUTUNYA YG MEMANG SOP KERJANYA MEMECAH BELAHKAN SESAMA MUKMIN. DONT BE BLINDED BY FALSE PRIDE.
Catat Ulasan